BAB 2 : Kasih Seorang Nuqman

32 4 0
                                    

Puteri tercengang hebat, tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Waktu itu juga dia hampir tak bernafas. Nuqman? Hatinya bergetar hiba, dia datang juga! Tapi wanita cantik tu... siapa?

Tiba-tiba pandangannya jadi berpinar. Sekejap terang sekejap kelam. Bahagian rahimnya semakin dicengkam rasa sakit. Bunyi hingar-bingar buat dia semakin kalut sejuta rasa. Puteri telan liur. Dia pejam mata dan buka kembali. Nuqman hilang dari pandangan. Wanita itu juga tak kelihatan. Semuanya semakin kelam berbalam. Puteri mengerang kuat. Antara sakit dan kelam, dia hilang imbangan, cuba capai lengan Maliha yang terlepas tadi tapi tak sampai. Langsung tubuhnya terasa melayang. Kaki dah tak berpijak ke bumi...

"Ika!"

Dia sempat dengar namanya diseru. Namun dia tak dapat menjawab. Tubuhnya dicengkam kesakitan yang amat. Hingga dia tiada daya mahu bertahan, langsung dibiarkan diri jatuh melayang ke dalam terowong hitam tanpa cahaya.

Puteri tak sedar bila Nuqman berlari mendapatkannya. Tak tahu bagaimana cemasnya lelaki itu bila melihat darah mewarnai lantai. Tak dengar bagaimana dia memekik memanggil paramedik seperti dunia akan berakhir. Tak juga tahu, separuh jiwa lelaki itu seakan lumpuh.

Semua yang terpegun memandang mula riuh bila mendengar pekikannya.

Tan Sri Megat Hasyim hampir rebah melihat keadaan anaknya. Ibu Aisyah menekan dada. Hatinya berkata-kata, cemas tak terkira. Namun mereka tak sempat berkata apa, Nuqman sudah mendukung Puterinya. Bila melihat pesawat masih ada di situ, terus dia bergegas ke sana.

Sementara itu, empat orang paramedik berlari mengejarnya bersama stretcher. Sempat mereka sampai serentak di hadapan pintu pesawat lalu Puteri dibaringkan dan diberi rawatan awal.

Beberapa minit kemudian, semua yang ada di situ menyaksikan Puteri diangkat masuk ke dalam pesawat bersama Nuqman dan dua orang paramedik. Sementara dua orang lagi kembali ke tempat di mana Puteri rebah dan menemui ahli keluarganya untuk menyampaikan pesanan Nuqman.

Pesawat peribadi itu akhirnya berangkat bersama doa ramai yang hadir agar Puteri selamat.

Hari itu buat pertama kalinya, kebanyakan penuntut hilang keterujaan untuk menerima ijazah sebaliknya saling berkongsi rakaman video pasangan itu yang tular sekelip mata. Ramai yang terharu menyaksikan bagaimana kasihnya seorang Nuqman.

Kecuali wanita dengan stiletto itu. Senyumannya makin lebar dan manis. Keterujaannya bagai direnjis. Terasa segar dengan hati yang terus berdebar.

Dialah Liana Ikram. Bekas penuntut jurusan Seni Reka Fesyen yang pernah mencipta kecemerlangan ketika di kampus dulu. Juga terkenal dengan pelbagai skandal termasuk perampas kekasih anak tan sri. Tapi dia Liana Ikram. Mana pernah dia peduli!

"Kak Liana!"

Jeritan suara itu menyedarkan dia tentang tujuannya. Dengan senyuman paling manis, dia menyapa, "Hello, cousin!"

"You really can make it! Can't believe that you're here!"

"All the way from DC!"

Mereka ketawa dan berpelukan erat sekaligus menarik perhatian orang sekeliling. Siapa tak tertarik bila hadir seorang model yang sudah sebati dengan pentas peragaan. Dengan senyuman dan lirikan matanya yang memukau, jarang ada yang tak mencuri pandang.

"Apa khabar, uncle? Auntie?"

Ibu bapa Tasya, sepupunya, disapa mesra dan mereka juga bersalaman serta berpelukan. Satu-satunya keluarga yang dia ada sejak ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini membawa bersama adik kesayangannya. Kini, tinggal dia sebatang kara mewarisi kemewahan yang ditinggalkan papanya, yang mampu membeli apa sahaja termasuk cinta!

"Let's goinside! Majlis dah nak mula tu," Intan Suraya memaut mesra pinggang rampinganak saudaranya, bangga menjadi tempias tumpuan ramai. Moga Tasya dapatmengikut jejak Liana, menjadi model peragaan di luar negara. Ahh... bangga sungguh! Hatinya berbunga teruja.

...Bersambung.


Note: Please comment, like and vote if you like SIHIR CINTA. I will keep writing for you, insyaAllah. Thank you in advance!

SIHIR CINTAWhere stories live. Discover now