BAB 2

759 113 5
                                    

Dua tahun kemudian,

"IVY, table 5! Clean up!"

"On my way!" Ivy letak dulang yang berisi gelas-gelas kaca di atas troli untuk dibasuh oleh tukang cuci nanti. Sempat dia capai satu tuala kecil yang bersih lalu disangkutkan ke sisi pinggangnya sebelum keluar dari kawasan dapur itu.

"Ivy, nanti lepas clean meja tu hantar cheesy chips dekat Diamond. Ada order masuk dekat bilik 3. " Pesan Lee si pengurus pada Ivy sebelum gadis itu pergi melakukan tugasnya.

"Diamond?" Ivy tak jadi melangkah. Terpasak kemas kakinya di lantai dengan kening yang hamper bertaut.

"Ya, Diamond."

"Mia mana?" Soalnya dengan suara yang kendur.

"Mia ada..."

"Habis tu apasal aku pula yang kena naik Diamond?" Laju dia memotong kata-kata Lee dek kerana rasa bengang yang bertamu di dada.

"Ivy, please? Mia dah naik tadi tapi teruk dia kena usik sampai menangis budak tu dibuatnya. Kau je boleh tahan dengan dia orang."

Ivy mendengus kasar, tuala kecil di tangannya dia genggam erat-erat.

"Tak guna!" Maki Ivy tanpa lapik depan Lee.

"Ivy, please?"

"Fine!"

TING, ting, ting!

Ganas suis loceng yang berada di tepi pintu yang disadur dengan emas itu Ivy tekan sekuat hati. Sedikit pun tidak peduli andai penghuninya akan terkejut dengan bunyi kuat yang terhasil secara tiba-tiba.

"Masuk!"

Ivy lihat bajunya dari atas ke bawah. T-shirt putih seragam yang tertera logo Vook, dikenakan dengan seluar pendek hitam separas lutut. Dari atas sampai ke bawah, semuanya longgar.

Tidak seksi apatah lagi tak menjolok mata.

Puas hati dengan pakaiannya, Ivy tolak daun pintu dan masuk dengan troli makanannya.

Masuk aje dia ke dalam bilik tersebut, hidung Ivy jadi kembang-kempis dengan sendirinya. Rasa macam nak marah diri sendiri sebab lupa tarik nafas sebelum buka langkah tadi.

Bilik mewah yang gelap dan malap itu dipenuhi dengan bauan masam dari alkohol yang pelbagai buatkan Ivy rasa tak senang.

Ergh, busuknya!!

"1 plate of cheesy chips with salsa, 2 bottles of beer, and 1 set of salted mushroom chicken wing was ordered from this room. Enjoy your meals." Ivy sebutkan semula satu-persatu menu yang dipesan sambil menghidangkan kesemua makanan itu.

Selesai dengan kerjanya, lekas-lekas Ivy mahu beredar tetapi langkahnya ditahan dengan satu soalan oleh salah seorang dari tiga jejaka yang ada di dalam bilik tersebut.

"Eh, tu je?"

"Saya ada tertinggal apa-apa ke?" Soal Ivy sedikit pelik. Rasanya dia dah semak dengan kitchen sebelum bawa troli itu naik.

"Ada."

"Boleh saya tahu apa yang tinggal?"

"Kita orang order kau, kenapa tak duduk atas meja tu?" Habis aje ayat itu dilontarkan, serentak berdekah tiga suara lelaki bergabung menjadi satu mentertawakan Ivy.

Lawak lucah!

Ivy buat muka toya tanda dia tidak terkesan dengan jenaka biadap mereka. Malas melayan, cepat-cepat dia keluar dari bilik gelap itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

IvyWhere stories live. Discover now