PAGI itu, tidak sama dengan pagi-pagi lain yang pernah Ivy lalui sejak dia bekerja di Vook. Pagi itu, pulangnya ke rumah ada berteman. Tidak bersendirian melewati jalan yang sunyi. Tidak sepenuhnya gelap tapi suramnya ada.
Membesar di ibu kota tanpa keluarga buatkan Ivy tiada pilihan. Takut? Risau? Perkataan-perkataan itu tidak diizinkan tertulis dalam kamus hidup Ivy. Sementara anak-anak gadis lain seusianya tumbuh dengan didikan dan dalam jagaan keluarga, Ivy terpaksa menjadi dewasa sebelum usianya.
Kalau dia tak kerja, siapa yang akan menyara dia? Hidupnya sebatang kara.
Ivy hanya ada diri sendiri untuk disandarkan segala harapan. Sakit ke, susah ke, senang ke, Ivy tak ada sesiapa untuk diharapkan. Bertahun-tahun, dia sudah ajarkan dirinya menjadi gadis berhati perkasa.
Tapi, pagi ini, buat pertama kalinya dalam hidup Ivy, satu rasa aneh sedang menyelinap ke dasar hatinya. Rasa suam? Entah, Ivy tak pandai hendak gambarkan rasa itu dengan kata-kata.
"Termenung apa?"
Suara Adha mengembalikan Ivy yang hampir hanyut dibawa emosi. Terasa pautan tangan Adha di pinggangnya diperkemaskan sambil mereka berjalan. Lelaki berkulit cerah itu walaupun puas Ivy tegah, tetap juga dia berdegil untuk hantar Ivy pulang.
Kalau tak disebabkan kaki dia memang betul-betul sakit dan perlukan bantuan untuk berjalan, dah lama Ivy suruh Adha balik. Tebal mukanya hendak menyusahkan pemuda itu.
"Adha." Panggil Ivy tiba-tiba.
"Hurm?"
"Macam mana you boleh jumpa I tadi?" Setelah hampir tiga puluh minit berjalan tanpa sebarang bicara, Ivy beranikan diri menjadi yang pertama membuka mulut.
"I tunggu you dekat luar Vook. Lepas tu tiba-tiba I nampak you berlari, so I follow you."
Oh, patutlah. Eh, kejap. Kalau Adha tunggu Ivy dekat luar Vook, maksudnya...
Ivy pakukan kakinya ke tanah buatkan langkah Adha juga terhenti. "Maksudnya you nampak I kena kejar tadi?"
Mereka berpandangan. Ivy teliti wajah Adha dalam-dalam. Mahu lihat reaksi dia.
Dalam keadaan yang malap itu, Ivy nampak Adha mengangguk. "Nampak."
Ivy pula yang terdiam. Kalau Adha nampak segala-galanya, kenapa lelaki itu berkelakuan seperti dia tidak tahu apa-apa? "You tak nak tanya I apa-apa ke?"
"You nak jawab ke?"
Berubah riak muka Ivy, terpukul dengan soalan ringkas Adha. Sendiri yang tanya, sendiri yang terasa. Adha buka langkahnya yang terhenti seketika tadi sambil memaut bahu Ivy, mengajak gadis itu berjalan bersamanya.
"I tak akan tanya you apa-apa. Kalau you nak cerita, I dengar. Kalau you selesa simpan sendiri, bukan hak I nak tanya you lebih-lebih. That's your privacy that I should not invade. Setiap dari kita ada cerita yang kita tak nak orang tahu. I percaya, apa yang I nampak tadi tu adalah salah satu daripada cerita tu." Terang Adha dengan tenang.
Kendur muka Ivy mendengar butir bicara Adha. Entah bila, dia rasa matanya memberat secara tiba-tiba. Setelah sekian lama kolam matanya kemarau, hari itu ada genangan air mata berkumpul seterusnya pecah apabila empangan tidak lagi dapat menampung perasaan sebak yang hadir.
Buat pertama kali dalam beberapa tahun dia menjadi si yatim piatu yang malang, Ivy menangis.
Sekali lagi, perjalanan mereka jadi tergendala.
"Hei, kenapa you menangis?"
Laju Ivy sapu air matanya. Menggeleng dalam sebak yang masih bersisa. "Tak ada apa-apa."
"Sakit?"
"Tak." Ivy terharu kerana Adha tidak paksa dia untuk bercerita. Sepanjang dia bekerja dekat Vook, Ivy dah jumpa bermacam manusia yang rata-ratanya akan bertanya akan macam-macam benda sekiranya mereka tahu umur Ivy.
Apa budak bawah umur seperti Ivy buat dekat The Vook? Mana keluarga Ivy? Kenapa Ivy tak duduk dekat rumah anak yatim? Macam-macam soalan sampaikan dia jadi trauma untuk dedahkan umurnya kepada sesiapa.
"Pagi ni sejuk, mata I berair."
"ADHA, kita dah sampai."
Adha berhenti memapah Ivy. Tinggi dia mendongak melihat ke atas. "You tinggal dekat sini?"
Ivy angguk. "Haah." Dia turut melihat ke atas, ke arah deretan rumah kedai yang menjadi teduhannya sejak beberapa tahun yang lalu.
"You boleh naik atas?" tanya Adha penuh prihatin, pasti sukar untuk Ivy mendaki tangga untuk ke bilik sewanya dengan keadaan kaki yang sebegitu.
"Boleh."
"Betul?"
"Boleh, I cuba." Ivy sudah lepaskan pautan tangannya di bahu Adha. Dia cuba pijak lantai bersimen kaki lima rumah kedai dengan perlahan-lahan. Sakit, tapi boleh tahan.
"Betul ni? Nak I hantar sampai atas tak?"
"Eh, tak payah. Tak apa, nanti I jalan perlahan-lahan."
"Sure?"
"Sure... Adha."
"Okeylah kalau macam tu. You pergilah naik, I tunggu dekat sini." Suruh Adha. Beg sandang Ivy yang sejak tadi tersangkut di bahunya, Adha serahkan kepada pemiliknya semula.
"Terima kasih, Adha." Tulus Ivy mengungkapkan rasa berterima kasihnya kepada lelaki itu. Sungguh, kalau Adha tak ada tak tahulah jadi apa dekat Ivy. Tak balik rumah agaknya.
"Sama-sama kasih. Dah, pergi naik atas."
"Bye." Ivy lambai-lambai Adha sebelum berjalan terhencot-hencot memanjat anak tangga.
"Bye."
Adha pastikan Ivy hilang dari penglihatan barulah dia beredar pergi. Hoodie dia naikkan menutup kepala sebelum tangan diseluk masuk ke dalam poket sweater.
She is safe.
"SAYANG! Apa kena dengan you ni? You pergi bertumbuk dengan siapa sampai muka jadi bengkak macam ni sekali?!"
Datuk Jerry tolak muka Datin Mel yang begitu rapat jaraknya dengan muka dia. "Jauh-jauh la sikit, rimaslah!"
"Eh, I ni dekat sebab risau tengok rupa you yang dah macam kain buruk! Kenapa sampai jadi macam ni? Kenapa you tak lawan?"
Datuk Jerry pedulikan isterinya dan sambung tuam muka dengan tungku yang diperbuat daripada kain. Hati tengah panas, badan tengah sakit, Datin Mel pula datang buat kecoh.
"Sayang! I tanya ni, siapa yang buat you..."
"Diam! Diam! You boleh diam tak, Mel?!" Bergema ruang tamu rumah agam itu dengan suara Datuk Jerry memarahi isterinya.
"Diam kenapa pula? Bagi tahu ajelah, siapa yang pukul. Apa yang susah sangat?"
"Masalahnya I tak tahu! Faham tak, I tak tahu!!"
Jeritan dibalas dengan jeritan juga buatkan dua-duanya terdiam.
Berombak-ombak dada Datuk Jerry dibuatnya. Marah yang belum lesap sedari semalam kini mekar bak api yang disiram dengan minyak tanah. Menjulang tinggi tanpa dapat dikawal.
Semalam, kalau tak disebabkan ada seorang lelaki yang tidak Datuk Jerry tahu asal usulnya tiba-tiba muncul dan tumbuk muka dia, pasti dia akan dapat bawa pulang gadis yang dipercayai sebagai Ivy ke rumah!
Tiga tahun dia mencari, semalam apabila sudah ketemu, ada pula yang jadi batu penghalang.
Urgh, menyebalkan!
Tunggu Ivy, tunggu. Hari ini dia boleh lepas. Kalau Datuk Jerry jumpa lagi, siaplah dia!
YOU ARE READING
Ivy
RomanceInsan yang sama,tapi berikan dia dua pengalaman yang berbeza. Dengannya dia bahagia, Dengannya juga dia derita. Bila cinta tak lagi sama... "Mama betul. Kau perempuan murah,dari awal,aku tak patut kutip kau." -Adha- Mereka saling mencintai tapi den...