"NAK pergi... air terjun, boleh?"
Keadaan jadi senyap sunyi buat beberapa detik sebelum suara Jazz mendominasi suasana. "Air terjun? Niagara Falls ke?"
"Niagara Falls tu yang dekat Kanada, kan?"
"Haah." Jazz mengiyakan.
"Bukan, bukan. Jauh sangat tu."
"Habis tu kau nak pergi air terjun mana? Victoria? Iguazu? Ke..."
"Tak payah la sebut yang jauh-jauh tu. Yang dalam Malaysia ni pun dah okey. Air terjun Gunung Ledang pun macam best. Aku tengok dekat Tiktok orang buat video mandi-mandi dekat situ. Teringin nak pergi berkelah, makan-makan."
Speechless sekejap kedua kembar seiras itu dibuatnya. Mereka sangka Ivy akan minta bawakan dia pergi ke tempat-tempat yang lebih jauh dan sukar untuk dipergi sendirian. Kalau setakat Gunung Ledang di Johor, pejam mata pun Luke dan Jazz boleh bawa!
Luke paksa bibirnya untuk kekal pegun, tak mahu Ivy rasa dia sedang merendah-rendahkan keinginan gadis itu kerana sememangnya bukan itu niat dia. "Tu je? Lain?" soalnya mahu tahu, kut-kut Ivy ada lagi wishlist tempat percutian yang lain.
"Tu aje kut. Nak berkelah dekat tepi sungai."
"Okey, kau siap-siap. Weekend ni kita pergi!" Jazz dengan bersemangatnya tepuk meja kemudian dia hunuskan jarinya tunjuk Ivy.
"Really?!"
"Ya. Weekend ni kita pergi." Luke beri pengesahan. Rasa suam menyusup ke dasar hati apabila dia lihat muka Ivy bersinar terang tanda dia sedang gembira. Luke tak tahu Ivy itu umurnya berapa. Puas ditanya tapi tak sekali-kali Ivy buka mulut.
Rahsia negara, katanya.
Tapi entah kenapa, Luke selalu rasa yang Ivy itu jauh lebih muda daripada dia dan Jazz. Bukan kerana mukanya yang memang nampak seperti seorang remaja tapi kerana berada dekat dengan Ivy, Luke selalu rasa yang dia perlu lindungi Ivy seperti gadis comel itu adik kecilnya.
"Eh, kejap. Weekend ni?"
"Yalah. Setakat nak pergi Johor, tak payah beli tiket flight ke apa. Drive kejap je dah sampai." Beritahu Jazz.
Luke perhatikan muka Ivy tiba-tiba berubah, suram. "Kenapa?"
"Weekend mana boleh cuti. Customer ramai."
Oh. Baru Luke teringat. Hujung keningnya digaru walaupun tak berapa nak gatal. Ya tak ya juga.
"Weekday?"
"Tak boleh cuti juga. Sekarang tengah short staff, ramai pekerja berhenti. Jadi aku kena cover dia orang."
"Alah, bulan depan kan ada. Kita pergi bulan depan." Luke cuba hendak pujuk Ivy tapi sekejap aje dia rasa kakinya di bawah meja terasa seperti disepak. Luke pandang sebelah. "Apa?"
Kembarnya sudah menyendengkan badan dekat dengan Luke. Jazz berbisik perlahan tak mahu Ivy dengar perbualan mereka. "Bukan ke bulan depan kita kena fly pergi NZ?"
"Bulan depan ke?"
"Yalah, sebulan kan kita dekat sana ikut mama."
Walaupun tak berapa nak dengar sangat suara si kembar itu, Ivy boleh teka dengan mudah apa intipati perbualan mereka. Tak mahu membuat keadaan menjadi lebih rumit, lekas-lekas Ivy bangun dari kerusinya. "Tak apalah. Tak payah susah-susah, nanti bila-bila masa aku free aku pergilah sendiri."
"Eh, janganlah macam tu. Nanti kita orang bawa kau pergi situ, tak jauh pun."
Ivy pasang riak ceria yang palsu. "Sokey, twin. Terima kasih selalu ingat dekat aku. Serius, nanti aku free aku pergi. Don't worry about me. Aku nak sambung kerja dulu, jumpa nanti. Bye!" Sejurus berpamitan, tak tunggu sesaat pun Ivy tinggalkan Luke dan Jazz yang sedang dihurung dengan rasa serba-salah.
YOU ARE READING
Ivy
RomanceInsan yang sama,tapi berikan dia dua pengalaman yang berbeza. Dengannya dia bahagia, Dengannya juga dia derita. Bila cinta tak lagi sama... "Mama betul. Kau perempuan murah,dari awal,aku tak patut kutip kau." -Adha- Mereka saling mencintai tapi den...