"HELLO!" Datuk Jerry lekapkan telefon ke telinga sambil merengus. Orang tengah sedap-sedap tidur ada pula yang mengacau lena. "Ha, ada apa?"
"Saya nak maklumkan tentang maklumat perempuan yang Datuk suruh saya ikut tu."
Daripada kuyu, kini mata Datuk Jerry terus jadi segar. Hilang semua sisa kantuknya. "Ha, dah jumpa budak tu?"
"Dah jumpa. Betul macam Datuk cakap, dia memang kerja dekat The Vook."
Senyum jahat tersungging di bibirnya tanpa dia sedar. "Aku dah agak dah! Berapa lama dah dia kerja dekat situ?"
"Tiga tahun, Datuk."
Naik sebelah kening Datuk Jerry mendengarkan maklumat yang disampaikan oleh penyiasat peribadinya. Nak tunggu Datin Mel buat kerja, lambat! Kalau tak ada kepentingan dekat dia, jangan haraplah Datin Mel nak bersungguh-sungguh buat apa yang Datuk Jerry suruh.
Cuba kalau hal-hal yang melibatkan Datuk Jerry, sekejap aje dah sampai gambar dekat peti mesejnya. Dasar, pilih bulu!
"Dia tinggal dekat mana dah tahu?"
"Belum lagi. Hari ni saya dah ikut dia tapi dia tak balik rumah lagi."
Datuk Jerry turunkan telefon dari telinga lalu dia pandang skrin yang menyala untuk lihat jam. Pukul enam pagi? Tak balik lagi? "Dia pergi mana pula?"
"Tak pasti, Datuk. Tadi saya tunggu dia balik, lepas tu nampak dia keluar dan bercakap dengan seorang lelaki. Tak sempat saya nak kejar, dia orang dah hilang. Tapi Datuk jangan risau, Esok saya akan ikut dia lagi."
"Pastikan kau ikut dia sampai dia balik rumah. Aku nak tahu dekat mana dia duduk."
"Baik, Datuk."
Panggilan terus ditamatkan. Dia sambung pejam mata sambil diiringi ketawa kecil. Ivy... Ivy. Ingatkan jauh sangat dia pergi, rupa-rupanya sejengkal aje dengan Datuk Jerry. Buat penat aje dia susah hati mencari selama ini.
"Mana kau nak lari, Ivy..."
"KAN I dah cakap dekat you, kalau busy tak payah datang." Kata Ivy selepas hampir seminit dia berdiri tanpa bicara. Bukan apa, terkejut dengan kehadiran susuk tubuh tinggi lampai Adha di depan kelab malam tersebut pada jam enam pagi.
Ivy ingatkan Adha tidak akan datang. Eh, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia nampak ada lelaki itu sedang berdiri di bawah lampu.
"You tak suka ke I datang?" soal Adha dengan muka sengaja dibuat-buat sedih.
"Bukan tak suka, tapi kalau you busy tak payah la datang sini. Pagi-pagi macam ni, baik you tidur dekat rumah."
Muka comel gadis itu Adha pandang diiringi bersama satu senyuman nipis. Ah, rasanya baru satu hari mereka tidak bersua muka tapi Adha dah rasa rindu.
Apalah yang Ivy sudah buat pada Adha? Jampi apa yang telah dia baca hingga siang dan malam Adha hanya mahu berada dekat dengan Ivy selalu?
"I said I'll walk you home, kan? Lagi pun bahayalah balik sorang-sorang."
"Mana ada bahaya. Selama ini selamat aje I balik sendiri tak ada you." Ivy masih tak puas hati.
Mereka sudah berkawan hampir tiga bulan. Boleh kata hampir setiap hari Adha akan tunggu Ivy habis kerja dan temankan dia pulang ke rumah. Kalau waktu kerja Ivy itu sama seperti orang lain, tak apalah juga.
Mula-mula terharulah juga dengan keprihatinan yang ditunjukkan lelaki itu tapi apabila sudah lama-lama, makin hari Ivy dihujani dengan rasa bersalah. Rasa seperti dia sudah menyusahkan Adha.
YOU ARE READING
Ivy
RomanceInsan yang sama,tapi berikan dia dua pengalaman yang berbeza. Dengannya dia bahagia, Dengannya juga dia derita. Bila cinta tak lagi sama... "Mama betul. Kau perempuan murah,dari awal,aku tak patut kutip kau." -Adha- Mereka saling mencintai tapi den...