Tuk! Tuk! Tuk!
Ketukan pintu biliknya mengalih pandangan Tuah. Pistol disimpan ke dalam laci meja semula. Dia merapikan dirinya sebelum turun dari katilnya. Perlahan-lahan dia cuba melangkah ke arah pintu bilik.
Tombol pintu dipulas dan ditarik.
"Kayla?"
Arsyakayla menghadiahkan senyuman ringkas pada Tuah. Mesti Tuah terkejut melihat dia berada didepan pintu inikan.
"Busy? Ada masa tak? Ada benda nak cakap?" Tanya Arsyakayla sambil memberi tahu tujuannya ke bilik Tuah.
"Oh. Okey. Masuklah." Ucap Tuah lalu membuka pintu bilik seluas-luasnya lalu mengambil getah penahaan pintu dan diselitkan ke kaki pintu.
Arsyakayla terus melangkah mausk ke dalam bilik lalu berjalan menuju ke arah sofa yang ada di situ.
Disebabkan sofa itu panjang jadi Tuah mengambil keputusan untuk duduk disofa yang sama disudut kiri manakala Arsyakayla disudut kanan.
"Macam mana kaki? Okey? Dr. Siva ada datang petang tadikan?" Tanya Arsyakayla pada Tuah.
"Okey saja. Macam biasa antibiotik kena makan sampai habis." Jawab Tuah sambil mengusap rambut. Agak kekok ye dia rasa tiba-tiba.
Sebenarnya fikirannya sudahpun melayang memikirkan tujuan sebenar Arsyakayla datang berjumpanya itu. Dia kenal sangat Arsyakayla ini. Sekali dengan dia punya gerak geri Tuah dah faham. Ini kalau tak sebab nak sesuatu atau nak beritahu sesuatu itu sajalah.
"Kenapa diam? Tadi cakap ada benda nak cakapkan?" Tanya Tuah apabila melihat Arsyakayla diam sambil menundukkan kepalanya dan bermain dengan jari jemari itu.
Arsyakayla mendongakkan kepala memandang Tuah. Sebenarnya, apa yang dia nak cakap sekejap lagi mungkin akan membuat Tuah terkejut dan tidak percaya. Tapi dia kena turunkan ego. Setelah apa yang terjadi malam Tuah diculik dia rasa dia patut minta maaf.
Dia memang bencikan Tuah. Dia memang susah nak maafkan Tuah atas apa yang Tuah dah buat padanya 3 tahun lepas. Tapi itu cerita 3 tahun lepas tiada kaitan dengan apa yang jadi sekarang. Sekarang mereka berjumpa kembali atas takdir dan Tuah bersama mereka atas tugas yang diberikan.
Tugas Tuah untuk menjaga dia sehingga semua keadaan reda.
"Aku nak minta maaf." Jawab Arsyakayla ringkas.
"Hah?" Tercengang Tuah mendengar kata maaf keluar daripada mulut Arsyakayla.
Arsyakayla menghela nafas panjang sebelum dia mengarur posisi duduknya menghadap Tuah. Mata Tuah ditenung lama. Raut wajah Tuah masih kelihatan bingung.
"Aku minta maaf tentang kejadian malam dinner itu. Aku terlalu ikutkan emosi sampai aku pun tak fikir tentang keselamatan aku. Aku pilih untuk bertengkar dengan kau berbanding ikut cakap kau." Ucap Arsyakayla serba salah. Tuah cuma menasihati dia untuk jaga keselamatan saja tapi dia memilih untuk bertengkar dengan Tuah.
Tuah tersenyum kecil saja "no hal lah. Aku kalau ditempat kau pun aku buat benda yang sama. Aku dah besar kenapa perlu orang untuk jaga aku. Kalau aku jadi kau pun aku akan selamat syarikat yang satu-satunya jadi sumber pendapatan keluarga aku."
Arsyakayla menganggukkan kepalanya. Ya itu yang dia maksudkan tapi keadaan tidak sama. Dia menjadi ancaman musuh daddynya. Kelemahan Daddy-nya cuma dia. Kalau dia kenapa-napa dia yakin Daddy-nya akan lemah. Ini bukan soalnya saja tapi soal daddy dan yang lain. Dia tak mahu kerana ego dan sikapnya yang sombong memberi kesan pada orang sekeliling.
Lihatlah Tuah sekarang. Jadi macam ini pun ada kaitan dengannya.
"Daddy ada beritahu aku kenapa kau kembali pada kami lagi. Kenapa daripada awal lagi kau tak pernah beritahu aku the reason why you here?" Tanya Arsyakayla pada Tuah.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING(ON GOING)
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...