Akmal, Amir, Fir, Iman dan Kai serentak duduk setelah menamatkan perbualan telefon bersama Ayahanda Andika. Masing-masing masih memikirkan rancangan Ayahanda Andika itu. Kalau tanya mereka, mereka memang akan bangkang rancangan itu. Yang lebih mengejutkan Ayahanda Andika rancangan itu daripada Deniz Lie Hua.
"Aish... Apa yang Ayahanda Andika fikirkan? Macam mana dia boleh berkerjasama dengan Deniz Lie Hua dan menerima arahan Deniz Lie Hua? Ayahanda Andika lupa ke siapa Deniz Lie Hua itu?" Ucap Amir yang tidak puas hati. Dia rasa tak sepatutnya rancangan ini dijalankan. Kenapa tidak serahkan pada Tuah? Tuah tahu apa nak buat. Tuah pun dah ada rancangan untuk tumbang mereka semua.
"Ayahanda Andika tahu apa yang dia buat. Dia tahu apa yang terbaik untuk semua. Ayahanda Andika akan fikir baik buruk rancangan sebelum bertindka." Ucap Iman yang yakin Ayahanda Andika buat keputusan yang terbaik untuk semua walaupun hatinya juga ada sedikit membangkang dengan apa yang Ayahanda Andika buat.
"Tahu apa yang terbaik untuk semua? Kalau dia tahu apa yang terbaik untuk semua dia takkan berdiam diri dengan apa yang jadi 16 tahun lalu dan Tuah takkan berada dalam situasi macam ini." Ucap Amir yang kurang suka dengan ucapan Iman itu. Iman memandang tidak puas hati pada Amir. Dia kenal Ayahanda Andika. Dia tahu kebolehan ayahanda Andika. Dia tahu Ayahanda Andika pasti sudah siap sedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjaid dalma rancangannya.
"Jadi kau nak cakap Ayahanda Andika tak berfikir sebelum bertindak? Jadi kau nak cakap Ayahanda Andika penyebab semua ini jadi?" Tanya Iman tidak puas hati itu. Dia sakit hati mendengar ucapan Amir itu.
"Dia salah satu penyebabnya." Ucap Amir tidak mahu kalah. Iman mengepal menumbuk. Dia yang baru saja ingin mendekati Amir itu tidak jadi oleh kerana dihalang Fir dan Kai.
"Sudahlah Iman. Cubalah jadi matang. Keadaan sekarang sudah banyak masalah. Jangan tambah-tambahkan lagi masalah. Kita kena cari jalan keluar dari semua ini. Kita harus berkerjasama. Amir. Aku tahu kau risaukan tentang Tuah tapi keadaan sekarang kau tak boleh salahkan sesiapa. Itu bukan cara selesiakan masalah." Ucap Fir menasihati Iman dan Amir. Iman dan Amir tidak pula membantah. Mereka hanya mendiamkan diri mereka saja.
"Jadi apa yang kita nak buat?" Tanya Kai pada mereka semua.
"Kita kena tunggu Ayahanda Call Arsya. Lepas itu kita bincang dengan Arsyakayla apa yang harus kita buat. Yang penting sekali jangan sampai Tuah tahu. Kalau dia tahu dia takkan tunggu lama. Dia akan habiskan Aaron serta merta." Ucap Akmal menjawab persoalan itu.
"Tapikan lebih bagus hancurkan mereka semua. Masalah akan selesai." Ucap Kai mengutarakan pendapatnya.
"Tuah fikirkan keselamatan keluarga. Terutama sekali Maknya. Apa-apa yang dia buat akan beri kesan kepada Maknya. Jadi dia tak boleh sesuka hati dalam bertindak. Bunuh mereka bukan jalan yang bijak. Tuah lebih suka guna kuasa hukum. Daripada bertindak sesuka hati. Sebab itu dia nak kumpul semua pembunuh-pembunuh itu dan serahkan mereka pada pihak polis." Jawab Akmal menjelaskan pada Kai. Kai menganggukkan kepalanya faham. Namun ada sesuatu yang masih dia tertanya-tanya.
"Jadi kalau Tuah lebih suka guna kuasa hukum, kenapa Tan Sri Jasper dan Tan Sri Huan ditemui rentung? Itu bukan kerja Tuah ke? Merekakan pembunuh-pembunuh arwah bapak Tuah." Tanya Kai lagi yang masih bingung itu.
"Yang buat kerja itu bukan Tuah tapi Abang Tuah. Inspektor Azlan. Yakinlah pada aku kes ini tidak henti Sampai sini. Aku yakin akan ada orang balas dendam atas kematian mereka berdua sebab mereka berdua dibawah jagaan kuasa yang kuat juga." Jawab Akmal lagi.
Semua menganggukkan kepala mereka tanda faham. Ya dalam dunia mereka ada awalan tapi tiada akhir. Selagi mana keturunan musuh masih ada selagi itu mereka akan hapuskan. Itulah kekejaman dunia. Jika jadikan hawa Nafsu sebagai ketua hancur lebur semuanya.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...