Bab 71

13 1 0
                                    

"Aariz dah buat keputusan. Aariz nak tamatkan semua ini. Aariz tak kira. Aariz akan serahkan diri pada pihak polis hari ini juga!" Tegas Tan Sri Aariz.

Dia sudah penat dengan semua ini. Hidupnya sering dihantai bayang-bayang arwah Mustafa. Sering kalai Arwah Mustafa hadir dalam mimpinya membuatkan dia tidak tahan lagi untuk menghadap semua ini.

"Kamu gila ke Aariz. Jangan buat keputusan melulu. Keadaan sekarang tenang. Jangan sampai mereka serang kita disaat kita belum bersedia!" Larang Ayahanda Andika tegas.

"Tenang? Ya memang tenang! Tapi bukan Aariz Ayah. Aariz tak tenang! Aariz takut, gelisah! Arwah Mustafa selalu hadir dalam mimpi Aariz. Menghantui Aariz. Semua yang terjadi ini salah Aariz Ayah salah Aariz! Mustafa, Tuah, Arsya dan Puan Hajijah! Semuanya! Semua yang menimpa mereka disebabkan kebodohan dan kekejaman yang Aariz buat. Aariz penat Ayah. Aariz penat." Ucap Tan Sri Aariz meluahkan perasaan dalam tangisan.

Tubuh badannya semakin lemah usia juga semakin bertambah. Tiada daya untuk dia melawan selain menyerah diri. Hanya dia saja yang boleh selesaikan masalah ini.

Yang paling dia kesal ialah Tuah dan Puan Hajijah yang tiada kaitan dengan kes ini pun terlibat sekali hanya kerana dia gagal lindungi anak perempuannya.

Dia yakin kalau dia serah diri. Mereka semua akan takut dan dengan itu dia boleh minta untuk mereka lepaskan Arsyakayla dan Mak Jijah. Dia sangat yakin tentang itu.

"Ayah tahu kamu rasa serba salah kamu. Kamu nak mereka semua selamat. Kamu nak mereka pulangkan Arsya dan Puan Hajijah. Ayah juga tak halang kamu serah diri pada pihak polis kerana itu yang sepatutnya tapi keadaan sekarang tidak mengizinkan kita Aariz. Kamu kena sabar. Tuah masih koma. Kalau mereka tahu Tuah masih hidup dan dalam keadaan begitu Ayah yakin mereka akan serang kita dan bunuh Tuah. Bahkan mungkin nyawa Puan Hajijah dan Arsya akan terancam. Cukup Tuah yang hadap. Ayah tak mahu yang lain juga kena." Jelas Ayahanda Andika supaya Tan Sri Aariz batalkan niatnya itu.

Tan Sri Aariz termenung sambil memproses ucapan Ayahanda Andika itu. Otaknya buntu. Sudah tidak tahu hendak berbuat apa.

"Sampai bila Ayah? Sampai bila?"

"Sampai Tuah sedar." Jawab Ayahanda Andika. Tan Sri Aariz memberi reaksi kosong pada Ayahanda Andika.

"Alangkah bagus kalau Aariz dapat lindungi anak Aariz. Mesti Tuah dan Mak dia tak kena masalah ini. Aariz rasa serba salah Ayah. Kerana kekejaman Aariz mereka jadi mangsa." Ucap Tan Sri Aariz sayu mengenangkan apa yang jadi.

'Kalaulah kau tahu siapa Tuah sebenarnya Aariz aku yakin mesti bertambah lagi kekecewaan dalam diri kau. Mesti kau akan tekad serahkan diri kau pada pihak polis'. Ucap Ayahanda Andika dalam hatinya.

Ya Tan Sri Aariz masih belum tahu siapa Tuah sebenarnya. Mereka semua masih rahsiakan siapa Tuah daripada Tan Sri Aariz. Yang lain sudah tahu termasuk Mikhail dan Halif. Halif juga sudah diberi penjelasan. Oleh sebab itu Ayahanda Andika ambil keputusan untuk hantar Halif jauh supaya Halif tidak buat apa-apa tindakan pada Tan Sri Aariz.

Dia hampir nak bunuh Tan Sri Aariz. Tapi mujur tindakannya cepat dihalang dan dia dihantar ke tempat lain oleh Ayahanda Andika. Tan Sri Aariz mempersoalkan tindakan Ayahanda Andika tapi Ayahanda Andika memberi alasan supaya Halif tidak menjadi mangsa musuh-musuh mereka.

Tiba-tiba bunyi kecoh dari luar bilik menarik perhatian mereka. Ayahanda Andika dan Tan Sri Aariz bergegas keluar dari bilik. Terlihat Kekanda Bima berlari ke arah mereka tercungap-cungap.

"Apa jadi?! Kita kena serang ke?"

Kekanda Bima menggelengkan kepalanya tanda tidak.

"Tuah! Dengupan jantung dia naik mendadak. Nasib baik Doktor belum balik lagi. Dia tengah dirawat." Jawab Kekanda Bima yang kelelahan berlari tadi.

TUAH AKALIL : THE BEGINNING(ON GOING)Where stories live. Discover now