Tuah merenung dirinya didalam cermin. Dia cuba tenangkan dirinya mengingatkan apa yang dia lihat tadi. Tak sangka Arsyakayla dan Aaron Damian akan makan malam berdua di tempat yang sama. Terlihat Aaron Damian tidak melepaskan pandangan memandang Arsyakayla membuatkan dia semakin panas hati.
"Sabar Tuah. Sabar. Jangan biarkan hati mengawal diri. Kau ada tanggungjawab yang besar." Ucap Tuah menenangkan dirinya.
You masih sayangkan Arsya?
Tapi.
Sampai bila dia harus mengetepikan hatinya? Sampai bila dia harus kuburi perasaannya yang ingin memberontak itu? Sampai bila dia harus tipu dirinya sendiri?
Akankah dia kecapi bahagia untuk dirinya nanti bersama gadis yang dia cintai?
Orang cakap kalau cinta perjuangkan.
Tapi ada yang cakap kadang kala kita harus melepaskan dan menggadai perasaan untuk kebaikan masing-masing. Kerana tak semua cinta itu berakhir dengan penyatuan.
Kerana ada cinta yang harus dilepaskan demi kebaikan masing-masing itu lebih baik.
Untuk situasi dirinya. Mana satu harus dia lakukan?
Aku benci kau!
Amarah Arysakayla kembali berlayar dalam ingatan. Adakah melepaskan dia merupakan jalan yang terbaik. Melihat dia bahagia juga kebahagiaan kau kan Tuah?
Kalau dah sayang kita sanggup lakukan apa-apa untuk memberi kebahagiaan kepada orang yang kita sayangi.
Termasuk...
Melepaskan?
Tuah keluh kecil lalu mengatur rambutnya dan memeriksa wajahnya. Dia kena kuat. Dia kena kuat demi Keluarganya. Dia kena laksanakan juga rancangan balas dendam ini. Dia dan keluarganya menderita bertahun-tahun kerana sikap manusia-manusia yang kejam dan tiada hati perut tu.
Manusia-manusia bersikap iblis.
"Kau kena buat untuk Mak kau Tuah. Mak kau menderita disebabkan kekejaman yang mereka lakukan!" Ucap Tuah tekad dengan penuh dendam. Biarlah takdir yang menentukan kisah cinta hidupnya. Dia harus menerima apa saja yang bakal terjadi pada masa hadapannya.
Tuah kemudian keluar daripa tandas. Sekarang dia kena hadap Ariana pula. Cakap tentang Ariana, dia yakin Ariana pasti tengah mencari tahu tentang dirinya. Mungkin atas arahan Abang Long Jugah.
Yalah last perjumpaan mereka berdua nampak yang mereka berdua saling tidak bersependapat. Nasib baik Tuan Hanz boleh kawal Abang Long Jugah. Tuan Hanz terlalu percayakan dia disebabkan itu Tuan Hanz tak pernah ingkar mahupun lawan dia.
Tapi entah kenapa jauh dari sudut hati dia dapat rasakan Abang Long Jugah dan Tuan Hanz juga ada kaitan dengan kes pembunuhan bapaknya. Nampak mereka berdua terlaku bersungguh-sungguh untuk jatuhkan Tan Sri Aariz. Sampai sanggup bantu dia untuk bunuh Tan Sri Aariz.
Tuan Hanz juga telah menceritakan siapa dia pada Abang Long Jugah. Namun reaksi wajah Abang Long Jugah nampak tenang membuatkan dia ragu-ragu adakah lelaki itu terlibat sama?
"Aku kena usaha lebih lagi." Ucap Tuah pada dirinya sendiri.
Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila matanga terarah pada sosok tubuh seorang perempuan yang meringkuk ditepi dinding itu. Dia memandang sekeliling laluan itu. Kosong. Sunyi. Tiada sesiapa yang lalu.
Dia mengambil keputusan untuk datang lebih dekat. Tedengar bunyi esakan sedang menangis dari arah perempuan itu.
Dahinay berkerut. Bila dia teliti bentuk tubuh dan bunyi esakan dari perempuan itu dia sedar akan sesuatu. Nampak perempuan dia kenal. Dia kembali melihat baju yang digunakan perempuan itu.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING(ON GOING)
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...