Tuah memasukkan beg bagasi mereka berdua ke dalam bonet kereta. Bawak beg macam nak pindah. Beg dia cuma 1 saja tapi datang dekat Arsyakayla 3 beg terus. Terkejut dia bila Arsyakayla serahkan beg-beg ini tadi.
Arsyakayla memang nak bercuit sakan ni.
"i gonna miss you daddy." Ucap Arsyakayla sambil memeluk erat Tan Sri Aariz. Tan Sri Aadiz tersenyum kecil ke arah Arsyakayla.
"Jaga diri kamu Arsya. Jangan buat Tuah susah hati." Ucap Tan Sri Aariz memberi pesanan kepada anak perempuannya itu. Dia bukannya tak kenal anaknya itu. Suka buat hal.
Tengoklah 2 hari lepas nak pilih tempat berbulan madu pun dia dan Tuah asyik bergaduh.
Flashback
"No. Saya tak nak pergi Uk. Bosanlah. Saya dah 3 tahun duduk sana. Takkan nak Honeymoon dekat sana juga." Bantah Arsyakayla apabila Tuah mencadangkan mereka berbulan madu di UK.
"Sebab kau lama duduk sanala aku pilih bercuti disana. Kan senang nanti apa-apa kau dah tahu selok belok kawasan itu. Tak pening-pening kepala nak cara itu ini." Balas Tuah ke arah Arsyakayla.
Arsyakayla masih tidak puas hati. Dia bangun daripadanya duduk lalu berdiri didepan Tuah dengan pandangan yang tidak puas hati.
"No. Kita nak pergi honeymoon faham Honeymoon. Cuti bulan madu selepas berkahwin. UK tak sesuai untuk pasangan suami Isteri yang baru berkahwin untuk menikmati cuti bulan madu. Kita kena perlu tempat yang ada sentuhan alam semula jadi. Yang ada culture. Laut. Hutan hutan. Nature. We nature Tuah." Ucap Arsyakayla lagi membela dirinya.
Tuah mengecilkan matanya. Agak bengang dengan Arsyakayla yang suka membantah apa yang dia tetapkan. Tuah bangun dan berdiri didepan Arsyakayla juga.
"Jadi kau nak pergi mana?"
"Switzerland ." Jawab Arsyakayla. Tuah tercengang Maldive?
Tuah diam seketika. Switzerland. Idea menarik. Tapi transot dekat Milan, Itali kan?
Tidak!
Bahaya untuk mereka. Dia yakin Mr.Clas dan Aaron Damian akan tahu keberadaan mereka nanti. Dia kena fikirkan keselamatan Arsyakayla juga. Dalam keadaan sekarang apa-apa yang mereka nak lakukan dia mesti fikirkan tentang keselamatan Arsyakayla.
"No. Aku tak nak. Boring." Ucap Tuah membangkang lalu berdiri dihadapan Arsyakayla itu.
"Bosan? Ehh awak tahu tak Switzerland itu cantik sangat. Pemandangan alam semula jadi yang sangat menakjubkan? Macam-macam kita boleh buat dekat sana Tuah. Switzerland is the best place for us untuk meminta honeymoon kita." Ucap Arsyakayla tidak puas hati itu. Manusia yang tak ada ilmu pengetahuan Am saja cakap Switzerland itu tempat yang membosankan.
"Pilih tempat lain." Ucap Tuah tidak mahu kalah. Dia pelik takkan Arsyakayla tak fikir tentang keselamatannya?
Arsyakayla menahan geram. Tak tahu apa masalah Tuah ini baru 3 hari kahwin dia tunjukkan sikap tak mahu kalahnya itu.
"Apa masalah awak eh? Saya dah cakapkan kita pergi honeymoon saya yang decide nak pergi mana. And awak pun setuju. Tapi kenapa tiba-tiba awak bangkang idea saya? Cakap nak tenangkan saya. So pergilah tempat yang saya suka." Luah Arsyakayla tidak puas hati. Dia menjeling menyampah memandang Tuah. Geram pula dia dengan Tuah ini.
Semua yang ada diruang tamu itu hanya menyaksikan saja drama suami isteri itu. Baru 3 hari kahwin dah gaduh pula.
"Apa kita nak buat?" Tanya Tan Sri Aariz pada Ayahanda Andika. Ayahanda Andika memandang Tan Sri Aariz sekilas lalu mengjungkitkan bahunya.
YOU ARE READING
TUAH AKALIL : THE BEGINNING(ON GOING)
RomanceMengisahkan tentang seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi menebus maruah keluarganya. kematian bapaknya yang tragis angkara kesilapan manusia bodoh membuatkan kehidupan Tuah berubah 100%. ibunya disahkan mempunyai gangguan mental membuat...