Bab 51

18 2 0
                                    

"And you know what Atuk? Arsyakayla terkucil dalam seluar sebab takut. Hahahahhaha."

Suanasa meja makan pada malam itu cukup meriah dengan gelak ketawa mereka disebabkan oleh Laura yang tidak habis-habis bercerita tenang kejadian-kejadian lucu dia bersama Arsyakayla diluar negara itu.

Ayahanda Andika turut ketawa terbahak-bahak mendengar Laura bercerita.

"Hahaha. Ugh. Penat atuk dibuat kamu ini Laura. Kamu memang tak pernah berubah. Buka mulut memang tak berhenti." Ucap Ayahanda Andika pada Laura. Laura hanya tersengih gembira sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Alah bukan selalu Atuk happy macam inikan? Ha malam ini biar Laura happykan semua orang. Ermm Arsya cakap dia nak tidur sini malam inikan? Kalau Laura tidur sini juga boleh?" Ucap Laura sambil meminta izin untuk tidur dirumah Ayahanda Andika. Dia memang tak ada rasa malu langsung.

"Eee... Tak malu eh sesuka hati nak tidur rumah orang?" Sindir Ariana yang panas hati melihat sikap Laura yang seperti dirinya pula cucu Ayahanda Andika.

"Ugh... Ada saja lalat ni berbunyi." Sindir Laura pula membuatkan beberapa orang di meja itu menahan tawa.

Ariana sudah menggenggam tangannya menahan amarah. Garfu ditangannya hendak saja dia cucuk dimata Laura itu. Sesuka hati pula panggil orang lalat.

"Ha sudah-sudah janganlah bergaduh. Tidurlah kalau nak. Berbelas-belas bilik dalam rumah ini. Pilih saja mana yang nak. Yang lain pun kalau sudi menginaplah dirumah ini buat malam ini ya?" Ucap Ayahanda Andika menenangkan keadaan sambil mempelawa yang lain untuk menginap sama dirumahnya

Mereka semua tersenyum sambil menganggukkan kepala mereka. Meja makan kembali sunyi. Semua fokus melahap makanan yang ada hidangkan.

Ayahanda Andika memandang satu persatu ke arah mereka. Sudah begitu lama dia tidak merasakan suasana seperti ini. Cukup lama membuatkan dia mahu masa ini terhenti. Biar tetap begini.

Pandangan terakhirnya terarah pada Tuah.

Tuah Akalil.

Mari kita tegangkan suasana meja makan yang tengah ceria ini.

"Tuah Akalil?" Panggil Ayahanda Andika mesra.

Tuah yang asyik makan itu terus memberhentikan makannya lalu memandang ke arah Ayahanda Andika. Terkejut dia namanya dipanggil ditengah kesunyian tadi. Kenapalah nada dia menjadi tarikan Ayahanda Andika untuk disebut.

"Ye Ayahanda Andika." Jawab Tuah menghormati Ayahanda Andika.

Ayahanda Andika tersenyum kecil. "Panggil Atuk saja." Ucap Ayahanda Andika apabila Tuah menyebut nama gelarannya itu.

Tuah menganggukkan kepalanya faham. Sempat dia melirik ke arah Arsyakayla yang ada didepannya itu. Terlihat Arsyakayla senyum ke arahnya. Seperti mengejek pun ada.

"So. Let's talk about you. Atuk tertarik nak dengar cerita kamu. Macam mana kamu boleh berada dalam kalangan mereka. Bekerja dengan mereka. Aariz and Hanz. And ya i Heard that kamu sebenarnya anak angkat Hanz?" Tanya Ayahanda Andika pada Tuah dan mulai mengusik isu privasi mereka.

Kekanda Bima yang mendengarnya jelas terkejut. Dia memandang muka adik beradiknya itu. Jelas sekali ketiga-tiga mereka tidak terkejut langsung dan dia yakin selama ini mereka menipunya hidup-hidup. Entah kenapa dia rasa dia tidak penting langsung bagi mereka bertiga.

Semua mata memandang ke arah Tuah. Menunggu Tuah menjelaskan tentang dirinya.

Tuah pula masih berdiam diri. Tiba-tiba dia rasa tegang pula situasi ini. Semua tampak ingin mengetahui kisah hidupnya. Yang pasti dia tidak akan jujur 100 %

TUAH AKALIL : THE BEGINNING(ON GOING)Where stories live. Discover now