"Woi kau dah kenapa?! Tak reti nak ketuk pintu ke? Adab mana adab?!" Jerkah Yana yang masih lagi memegang tangan Fayyadh.
Dengan laju lelaki itu menepis tangan Yana daripadanya. "Lepaslah! A...Amilya, jangan fikir bukan-bukan...aku..."
"M...maafkan saya..." dengan itu bayang Amilya terus hilang dari pintu itu. "Amilya, wait!"
Amilya lari ke arah restroom yang terdekat. Hatinya sakit! Mereka berdua sudah mahu berkahwin tetapi ini kelakuan Fayyadh di belangkangnya?
Oh, memang tidaklah dia mahu berkahwin dengan lelaki jijik itu!
Amilya berlari sehingga dia terlanggar seseorang sebelum dia sampai ke restroom itu.
"I'm sorry!" Matanya masih lagi memandang ke arah lantai, air matanya mengalir ke pipi.
"Eh? Amilya, kan? Adik Adryyan?" Terus Amilya mengangkat kepalanya dan memandang lelaki tampan itu.
"Eh...Ayden...Ha'ah, ni adik Adryyan... Kenapa Ayden ada kat sini?" Kata Amilya sambil mencuba berhentikan air matanya.
"Aku kerja sini, kenapa ni? Kenapa nangis? Siapa buat?"
Alamak, nak jawab apani? Ayden tak boleh tahu pasal hubungan dia bersama Fayyadh! Cukup Fayyadh dan abangnya, Adryyan sahaja yang tahu.
"T...tak ada apa-apa...hehe. Saya cuma penat, Tuan Fayyadh bagi banyak sangat kerja."
Haaa, padan muka kau, Fayyadh. Kan dah kena fitnah! "Haish Fayyadh ni, suka sangat buat orang stress. Mentang-mentanglah CEO. Dah, takmo nangis-nangis...nasib baik Adryyan tak ada hari ni...kalau tak arwah dah Fayyadh tu."
"A...abang aku kerja sini? Kenapa dia tak cakap?!" Ayden memberikan senyuman manis,
"Ye, dia start kerja esok. Ye la, kitaorang mana boleh berpisah. Adryyan, Fayyadh, Rayyan, Haider and aku akan kekal bersama."
"Mm...okay, thank you, Ayden. Aku kena pergi sekarang."
Ayden mengangguk kecil sebelum Amilya melangkah pergi. Akhirnya dia sampai ke restroom terdekat.
"Assalamuailaikum, umi..." sapa Amilya selepas membuat panggilan dengan umi.
"Wassalam, anak umi. Kenapa call ni? Kenapa suara serak tu?" Ujar umi. Risaulah putri bongsunya ini, suara serak macam menangis.
"Umi..." tangisan anak bongsunya itu pecah. "Eh? Kenapa ni, sayang? Hm?
"Lia nak batalkan perkahwinan Lia dengan Fayyadh...Lia tak nak kahwin! Lia tak nak merana lepas kahwin!"
Tangisan Amilya semakin kuat walaupun dia sudah mencuba mengawal tangisannya.
"Fayyadh curang! Tak ada agama! Dia berpegang dengan betina lain, umi!" Tangisannya pecah sekali lagi.
"Astagfirullah, Lia...Kenapa cakap macam tu? Dia tu bakal suami Lia tau!" Ujar umi, cuba untuk memahami anak bongsunya ini.
"Lia nampak dengan mata Lia sendiri!! Dia sentuh perempuan lain, umi! Percaya la Lia, umi!"
Tangisannya semakin menjadi-jadi. Sakitnya hati dia!
"Ya Allah, Lia. Bawa mengucap, sayang...bawa bertenang, nanti dah tenang cerita elok-elok"
Kata umi, memujuk putri bongsunya.
Adryyan yang terdengar tangisan adiknya itu terus mengambil telefon daripada umi. "Woi! Kau asal? Okey tak?! Jantan mana yang buat kau?! Meh, aku open table dengan dia!" Kata Adryyan. Orang tengah nangis ni dia buat main-main pulak!
YOU ARE READING
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [BAKAL TERBIT]
RomanceFayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amil...