"Wey, Lia, aku dengar yang si Rissa tu datang kerja sini!" Ujar Vea, sudah teruja dengan kawannya daripada Melbourne.
Mereka bertiga kawan baik daripada sekolah rendah, terpisah apabila Arissa terpilih untuk memasuki University di Melbourne. "Ha'ah!! Arghh! Excited aku!!" Balas Amilya. Siapa aje tak excited jumpa kawan lama??
"Eh, aku tertinggal charger dalam kereta lah...aku nak pergi ambil kejap." Laju Vea melangkah keluar dari ofis mereka berdua, eh.. ketiga! Lepas Arissa sampai Arissa akan duduk bersama mereka!
"Ha pergilah, jangan lama sangat nanti aku rindu." Usik Amilya. Vea hanya memberi jelingan yang tajam pada kawannya itu, serabut!
Vea berjalan ke arah kereta Audi miliknya, tanpa dia sedar motor besar berada di sebelah keretanya, dia terus membuka pintu sebelah pemandu.
Pang!!
"What the..." Ya Allah, tengok motor pun dah tahu mahal! Motor siapa ni?! Habislah duit gaji melayang nanti...
"Ver...Veronica!! Baby, are you okay?!" Ayden melutut di sebelah motornya. 'Motor dia ke?' Ayden mengerling ke arah Vea.
"Sampai hati kau cederakan Veronica aku?! Cinta hati aku?! Nyawa aku?!" Ayden mencebik geram. Haritu Haider dah buat rosak ni pekerja dia pula!!
"Sorry awak...saya tak nampak motor awak ada kat situ..." Vea menunduk, apa lagi dia nak jawab ni? "Eh aku baru repair ni kau tahu tak?! Ni kalau kau jual Audi kau tu belum tentu boleh bayar lah!! Huwaaa!!"
Menangis pula mamat ni... ada yang minta penampar ni...
"Excuse me? Awak jaga sikit mulut tu eh! Awak ingat awak siapa? CEO dekat sini? Kita ni sama taraf je eh! Tak payah nak perasan! Setakat motor 3 ringgit ni saya pun boleh beli lah!!" Jerkah Vea, ada hati nak cakap aku miskin??
"Takda! Sekarang ni aku nak kau ganti balik!" Tangannya disilang ke dada. Merajuk! "Manja! Motor pun nak berkira! Saya ada banyak kerja ni tahu tak?! Nanti kita bincang balik! Bye!"
Vea terus berlari keluar dari tempat parkir kereta itu. "Woi! Kau tak payah nak lari eh! Ni siapa nak angkat?!"
"Angkat lah sendiri! Tangan ada kan?! Menyusahkan orang betul!!" Tempik Vea setelah mengijak masuk ke dalam lift.
"Ha, ye aku on the way." Arissa mematikan panggilan, telefon di tangan ingin dimasukkan ke dalam handbag Gucci miliknya, sebelah lagi tangan memegang segelas kopi sambil berjalan. Matanya langsung tidak fokus ke hadapan.
Bukk!!
"Shi..." bajunya dibasahi oleh kopi yang berada di tangannya tadi, "Woi! Kau buta ke?! Habis baju aku!" Jerkah lelaki yang dilanggarnya,
"Baju aku pun basah ni! Kau tu buta ke?! Tak reti nak bagi laluan?!" Jerkah Arissa kembali, orang tengah takda mood ni!!
"Kau yang langgar aku pastu nak salahkan aku?!" Jerkah Adryyan dengan pandangan tajam ke anak mata Arissa. 'Uish...seram...' meremang bulu roma!
"Now paperworks aku pun dah kena kopi murah kau tu! Jijik!" Adryyan mencapai kertas kerjanya yang berada di atas lantai. Arissa juga mencapai cawan kopinya, terlihat ada sedikit lagi sisa kopi di dalam. Senyum sinis ditarik.
Wush!!
"Sial! Kau gila ke?!" Terkejut Adryyan apabila Arissa menjirusnya dengan sisa kopi yang tinggal di dalam cawan itu. "Yes! I'm crazy! Alang-alang dah basah tu kan? Now get out of my sight sebelum aku mandikan kau dengan kopi!"
YOU ARE READING
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [BAKAL TERBIT]
RomanceFayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amil...