Chapter 17

10K 360 67
                                    

"Wifey! Tolong bertahan!!" Tempik Fayyadh dari luar bilik kecemasan. Air matanya tidak berhenti mengalir.

"Yadh..." tegur Adryyan lembut, "Semua salah aku! Kalau aku tak tinggalkan dia mesti semua ni tak akan jadi!"

Adryyan dengan laju menangkap tubuh Fayyadh yang sudah lemah dalam dakapannya itu.

"Anak aku Adryyan! Anak aku!!"

Tangisannya semakin menjadi-jadi. "Anak kau akan selamat, Fayyadh!" Ujar Haider.

"Tolong jangan macam ni, Amilya tengah bertarung nyawa dalam tu..." sambung Rayyan.

"Mana Ayden...?"

Mereka memandang sekeliling, mana anak syurga yang seorang itu?

"Vea...? Dah bangun? Kau okey? Nak apa-apa tak?" Tanya Ayden yang sudah lama berada di sisi katil Ward VIP Vea.

Vea memegang kepalanya yang luka akibat terhantuk pada tingkap kereta sebentar tadi.

"Nak air..." katanya lembut.

"Tunggu sini, aku turun bawah pergi ambil air mineral." Laju Ayden menghayun langkah keluar.

Vea hanya berbaring di atas katil, dia menghembus nafas lembut syukur dapat tenangkan diri seketika.

Mata Vea segera memandang ke arah pintu, melihat seorang wanita dalam usia 50-an berdiri di situ.

"Ibu..." panggilnya perlahan.

Puan Zamidah mendekati anaknya lalu...

PLAKK!!

Tamparan yang kuat mendarat pada pipi kanan Vea. Pipinya terasa perit ditampar oleh ibu kandungnya sendiri.

"Kau ni memang anak tak guna! Hidup menyusahkan orang! Mati pun menyusahkan orang!! Memang bawa bala!! Kenapa kau tak mati aje?! Aku menyesal lahirkan kau!! Dasar anak haram!!"

Mata Vea mula berair. Dia hanya mahu disayangi oleh ibunya sendiri, adakah itu mustahil buatnya?

"Vea tak minta pun untuk dilahirkan! Kenapa ibu salahkan Vea dalam semua benda?! Kalau ibu menyesal sangat kenapa dari dulu ibu tak gugurkan Vea?! Kenapa lahirkan anak tak guna macam Vea ni?!" Jerkah Vea.

Dia sudah tidak tahan dengan semua ini, dibenci oleh ibu, lahir dari benih yang haram... dia perlukan kasih sayang! Niat ingin membunuh diri semakin membuak-buak di dalam dirinya.

"Kurang ajar!" Baru sahaja Puan Zamidah mengangkat tangan sedia untuk menampar Vea, laju tangannya di tepis oleh Ayden.

"Kau siapa?! Kekasih dia?! Rupanya betina ni tak sedar diri lagi, dah kena rogol pun ada hati nak cari lelaki lain?! Entah-entah dalam rahim kau tu dah ada isi!" Tengking Puan Zamidah membuatkan Vea mula menangis teresak-esak.

"Woi, makcik! Cakap tu berlesenlah sikit! Ni dah berapa lama tak bayar lesen mulut tu?! Aku pagi-pagi buta macam ni nak lah buat pahala sikit, tambah amal ibadah! Kang tak pasal-pasal tambah dosa sebab maki orang tua macam makcik ni!" Bidas Ayden yang sudah geram.

"Amboi kau! Tak ada adab dengan orang tua! Mak bapak kau tak ajar cara nak beradab ke?!"

"Aku layan orang macam mana orang tu layan aku! Kalau kau kurang ajar dengan aku, aku boleh buat sepuluh kali lagi teruk!" Sambung Ayden, makcik ni memang tak takut dosa pahala ke apa?

"Kau ni memang nak kena..."

PRANGG!!

Vea menghempas sebuah pasu kaca yang berada di sebelah katilnya, "Diam!" Tempik Vea.

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now