"Ready?" Fayyadh melihat wajah mereka seorang demi seorang. "Ready, Young Master!" Jawab anak-anak buahnya yang sudah bersiap siaga dengan sentaja dan seragam masing-masing.
"Kita orang akan pecah masuk dan lawan mereka. Kau cari Rayyan." Jelas Adryyan, Fayyadh hanya mengangguk. Tiba-tiba pesan Amilya sebelum mereka bertolak pergi.
"Abang..." panggil Amilya. "Ya, wifey?" Mata mereka bertembung, "Abang janji dengan Lia yang abang balik dengan selamat? With Rayyan."
"Abang promise, sayang."
Dia sudah berjanji, Rayyan akan pulang dengan selamat. "Gerak sekarang!" Haider, Ayden dan Adryyan sudah pecah masuk markas Irsyad bersama anak-anak buah mereka sedia untuk menyerang. Manakala Fayyadh diluar untuk mengesan lokasi Rayyan.
Buk!
Satu tumbukan lantas mendarat pada perut lelaki itu, Fayyadh jatuh ke tanah tidak mampu berbuat apa-apa.
"Hero dah datang ke? Lemah aje ni?" Sinis Irsyad.
Nampaknya dia sudah mengetahui pergerakan-pergerakan mereka semua. Jadi dia memutuskan untuk berada di luar untuk menguruskan ketuanya dulu.
"Mana Rayyan?!" Jerkah Fayyadh. "Kau masuk tempat orang dengan salam pun tak ada. Lepastu nak memekak pula?"
"Dia akan mati juga tak lama lagi." Kata Irsyad dengan menayangkan senyum sinisnya membuatkan Fayyadh mengumpalkan penumbuk. Tak! Dia tak akan mati! Dia tak boleh mati!"
Seminggu yang lalu...
"Tak sabarnya aku nak kahwin!" Ujar Rayyan dengan terujanya. Fayyadh pula tersenyum manis melihat gelagat Rayyan. Ini kali pertama dia lihat Rayyan gembira seperti ini selepas apa yang terjadi tujuh tahun yang lalu...
"Yadh..." Tiba-tiba wajah Rayyan berubah suram. "Hm? Kenapa?"
"Macam mana kalau Xara tak nak kahwin dengan aku? Macam mana kalau Allah tarik nyawa aku sebelum kita orang kahwin...?"
Fayyadh menghela nafas berat, sejak bila orang tua ni pandai overthinking ni?
"Sebelum aku hempok kau dengan kuali ni baik kau diam. Orang lain nak kahwin happy, dia nak kahwin makin cari gaduh!"
Rayyan melepaskan tawa kecil. "Iya lah! Sikit-sikit nak marah!"
"Mana ada!"
"Dasar orang tua!"
Fayyadh bangkit dari duduknya lalu terus mengejar Rayyan yang sudah jauh berlari. "Kurang hajar!" Tempiknya sambil mengejar Rayyan dengan gelak tawa senyuman.
Ya, mungkin dia boleh hilang segalanya tetapi bukan orang yang dia sayang. Termasuklah Rayyan. Jadi dia perlu membawa Rayyan pulang dengan selamat!
"Bagitahu aku, Syad. Mana kau letak kawan aku?!" Tanya Fayyadh lagi dari mukanya dapat tahu yang dia sudah geram. "Kalau tak nak?"
Bam!
"Argh!" Lelaki itu menjerit kesakitan dengan tindakan Fayyadh. Peluru Fayyadh menembusi perutnya.
"Sialan! Argh!" Semakin dia cuba untuk bercakap semakin lukanya sakit.
"Kau tak nak bagitahu? Kau mati."
Bam!
Satu lagi tembakan dilepaskan dari Fayyadh. Kali ini peluru itu telah menembusi tepat pada kepala Irsyad.
"Rayyan! Rayyan! Mana kau?!" Terjerit-jerit Fayyadh memanggil nama Rayyan. Namun tiada respon.
Dyler juga menyertai Fayyadh untuk mencari Rayyan. "Tuan Rayyan! Tuan Rayyan!"
"Sabar." Dia seperti terdengar sesuatu...
Tit! Tit! Tit!
"Rayyan!" Muka Fayyadh berubah pucat melihat keadaan lelaki itu. Bom diikat pada badannya. Hanya satu minit masa yang tinggal.
"Fayyadh! Keluar! Bom ni dah nak meletup!" Jerit Rayyan memberi amaran. Dia tidak boleh mengapa-apa dengan dirinya masih lagi terikat pada kerusi besi itu.
50...
"Rayyan! Aku nak selamatkan kau!" Fayyadh mendekati lelaki itu. "Tinggalkan aku Fayyadh! Biarkan aku pergi..."
"Rayyan!"
40...
"Diam! Aku dah gagal dalam semua benda Fayyadh! Aku gagal untuk menjadi seorang suami! Aku gagal sebagai seorang anak! Dan aku gagal untuk lindungi tunangan aku! Aku gagal! Aku gagal, Yadh! Aku hilang segala-galanya!" Air mata membasahi pipi Fayyadh mendengarkan kata-kata dari Rayyan. Rayyan juga terikut menangis.
"Kau tak pernah gagal, Rayyan. Ini semua takdir dari Allah! Allah tak akan uji kau kalau kau tak kuat! Allah uji kau kerana dia tahu yang kau kuat dan kau dapat hadapi cabaran dan ujian dari dia! Dan kau belum hilang segalanya, Rayyan! Aku dan yang lain masih lagi keluarga kau..." sebak Fayyadh bersuara.
"Kau masih ada tanggungjawab kau Fayyadh! Kau ada isteri kau ada anak! Kau ada mak bapak kau! Aku dah hilang semuanya! Aku dah gagal lakukan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan sebagai seorang suami, Fayyadh!"
30...
"Keluar Fayyadh! Mungkin ini juga takdir buat aku. Aku redha..."
20...
"Kalau kau nak pergi. Aku akan ikut kau." Fayyadh makin berkeras kepala. "Fayyadh Al-Hakim!"
10...
"Kita mati sama-sama!"
"Dyler! Bawa dia keluar! Ini arahan!" Tempik Rayyan. Dyler dengan pantasnya menarik tubuh Fayyadh. Walaupun lelaki itu berdegil tetapi dia tidak mampu melawan. Dia sudah lemah.
"Lepas! Lepaskan aku, Dyler Kim!"
"Aku sayang kau, Fayyadh."
3... 2... 1... Boom!!
"Rayyan!" Tubuh Fayyadh jatuh ke tanah. Tak! Ini semua mimpi! Semua ini tidak benar!
Kawannya sudah mati... dihadapan matanya sendiri... tak! Ini semua palsu! Rayyan masih hidup!
Air mata tidak dapat ditahan, tubuhnya juga semakin lemah tidak berdaya. Tangisannya juga semakin pecah.
Hanz Rayyan bin Hanz Taylor, hari ini adalah hari terakhir kita. Ya Allah, aku tak kuat menerima perpisahan ini...
Ayden, Haider dan Adryyan turut melutut di sebelah Fayyadh air mata mereka sudah tidak dapat ditahan lagi. "Allah lebih sayangkan dia."
"Semoga kau tenang disana, Rayyan. Jangan lupakan kita orang tau?" Haider menyeka air matanya.
Perpisahan semestinya sakit. Tetapi kita harus redha dan menerima takdir yang telah Allah tetapkan...
TAMAT
estellesses
YOU ARE READING
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [BAKAL TERBIT]
RomanceFayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amil...