"Ala bos ni... orang cakap macam tu pun nak merajuk..." pujuk Vea terkejut melihat wajah tegang Ayden sambil membuat kerjanya. Ayden baru sahaja menambah kerja buatnya.
"Cakap macam tu ke macam ni ke, aku tetap nak merajuk! Ada ke muka hensem ni dipanggilnya bapak rimau?!" Jerkah Ayden. Muka hensem gentleman macam ni dia panggil bapak rimau?
"Baik bos..." jawabnya singkat. Pasrah dapat bos macam ni.
'Untunglah kau Lia... dapat duduk dalam ofis suami, kau pun Arissa!! Pergi keluar beli baju pengantin dengan Adryyan bagai! Argh stres! Aku terperap aje dalam ofis dengan bapak rimau ni!!' Keluhan hatinya.
"Abaaanggg..." Aih... adalah tu craving apa-apa.
"Ya, wifey? Nak apa?" Mata Fayyadh hanya fokus ke arah skrin komputer riba miliknya. "Nak babi kriuk-kriuk boleh?"
Tersedak Fayyadh yang sedang meminum kopinya. "Uhukk!! Hah?! Nak apa, sayang?!"
"Babi kriuk-kriuk!!"
"Sayang...kita orang islam, mana boleh makan menatang tu..." pujuk Fayyadh lembut. Air mata Amilya mula mengalir. "Abang tak sayang Lia ke? Sampai Lia craving pun tak bagi..."
"Bukan taknak bagi sayang... tapi kenapa babi? Tak ada benda lain ke sayang nak makan?" Pujuknya lagi.
'Kalau nak babi kriuk-kriuk, baik aku masak 4 ekor tu aje... kan dah jadi babi kriuk-kriuk!'
"Kita makan rusa nak?"
"Taknak! Nak babi!"
"Tak boleh, Amilya!" Suaranya mula tegas, wajahnya kembali tegang.
"Huwaaa... abang marah Lia... abang tak sayang Lia... huwaaa..." tangisannya mula menjadi-jadi.
"Sayang... abang tak marah, okey? Abang sorry, abang sorry... kita makan arnab kriuk-kriuk je okey?" Pujuk Fayyadh lagi.
Amilya hanya mengangguk perlahan sambil mengelap air matanya.
Fayyadh mencapai IPhonenya lalu mendail nombor Khai. Personal Assistantnya.
"Salve, Giovane Maestro"
(Helo, Tuan)"Carikan arnab golek yang crispy."
Mengerut dahi Khai mendengar arahan Tuan Mudanya. "Nak buat apa, Tuan? Makan ke?"
"Nak buat bela belakang rumah. Makanlah bodoh!"
Kriuk!! Kriuk!!
"Sedap?" Tanya Fayyadh sambil memandang Amilya yang sedang makan. "Sedap!! Terima kasih, abang! Love you!"
"I love you too, wifey..." balasnya lembut.
"Abang nak rasa?"
Fayyadh menggeleng, "Abang dah kenyang, wifey makanlah. Lepasni kita balik."
Ayy ayy ayy I'm your little butterfly!
'What the fuc... apahal ringtone aku macam tu?!'
Fayyadh mengerling sekilas ke arah isterinya. Amilya menayangkan riak yang tidak bersalah. "Hehe, Lia bosan... jadi Lia saja usik phone abang."
Fayyadh menggelengkan kepalanya pasrah lalu melepaskan tawa kecil. Tangan mencapai IPhonenya.
Incoming Voice Call
Adryyan (Dragon)Fayyadh menekan butang 'accept' lalu melekatkan IPhonenya itu ke telinga. "Ha, apa cerita call malam buta ni? Nak penampar?"
YOU ARE READING
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [BAKAL TERBIT]
RomanceFayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amil...