Entah kenapa hari ini terasa agak pelik untuk lima sekawan itu, mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena... tapi apa?
"Rayyan... kau tak rasa pelik ke?" Akhirnya Adryyan bersuara setelah lama mereka mendiamkan diri dalam miting ini.
"Something's wrong... tapi aku tak tahu apa. Sakit kepala aku dibuatnya..."
Hari ini mereka tidak membawa isteri-isteri tersayang ke markas kerana isteri mereka mahu keluar membeli belah bersama.
"Rindulah pula dekat isteri aku ni..." Gumam Haider.
Tiba-tiba Fayyadh berlalu bangun dari kerusinya terus menuju ke ruangan di mana mereka semua membuat latihan menembak.
Sniper G13 dicapai.
Bam! Bam! Bam!
Tiga tembakan tepat mendarat pada tengah-tengah papan. "Aku tak akan biarkan siapa-siapa sentuh bini aku..." suaranya tegas mukanya tegang. Meremang bulu roma keempat rakannya itu.
"Ni kalau kita cari pasal... dah arwah agaknya?"
Adryyan mengangguk perlahan.
"Rissa, baju yang ni sesuai tak?" Tanya Rathea sambil memegang sebuah dress merah yang seksi.
"Cantik!" Balas Arissa teruja.
"Amilya? Kenapa tak pilih baju?" Tanya Vea pelik akan sahabatnya, biasanya Amilyalah yang paling teruja bila datang dengan membeli belah.
"Hari ni birthday Fayyadh, aku nak cari hadiah untuk dia. Aku nak pergi kedai sebelah kejap ye?"
"Careful, Amilya."
Amilya melangkah masuk ke dalam sebuah kedai pakaian lelaki, mencari kot hitam untuk suaminya.
"Hai, Amilya Cassandra." Satu suara beku menyapanya. "Siapa..." Sah! Dia yakin dia pernah nampak muka perempuan ni! Tapi dimana?
Yana menarik kasar tangannya, membawa dia ke tempat parkir kereta. "Kau duduk dalam ni diam-diam!"
"Siapa kau! Argh!" Terjerit-jerit dia meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang datang, dia sudah hanyut tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hatinya sebak, memanggil nama suaminya.
"Abang! Tolong Lia!"
"Aku cakap diam!" Yana masuk ke tempat pemandu, kereta BMW berlalu pergi dari parkir mall itu.
"Mana Amilya?" Tanya Vea.
"Bukan ke dia dengan Puan Muda?" Tanya anak buah Silver Square kembali."Cari dia! Cepat!" Tempik Rathea.
"Fayyadh! Amilya hilang! Jejak lokasi dia!"
"Sial! Macam mana dia boleh hilang?!" Tempik Fayyadh sambil mencari lokasi IPhone isterinya.
"Ayden! Kau ikut aku, yang lain tunggu dekat sini." Ayden dengan cepat mengangguk.
Kereta Lamborghini milik Fayyadh berlalu pergi dari markas, mengikuti lokasi telefon Amilya.
"Kau nak buat apa ni?!" Jerit Amilya yang telah diikat. "Diam! Aku nak kau mati! Kalau kau mati aku boleh dapatkan hak aku balik!" Balas Yana.
"Yadh... itu kereta Yana..."
"Sialan!"
Fayyadh memecut laju mendekati kereta BMW di hapadan.
"Shit, they've found us."
"Berhenti, Yana! Ini dosa!"
"Diam! Kalau aku tak dapat dia. Kau pun tak boleh..."
Bvungg!
"Yana!"
Kereta BMW itu terseret memasuki gaung. "Amilya!" Serta merta Fayyadh memberhentikan keretanya.
Kakinya terasa lemah berlari ke arah kereta itu. Kepala Amilya dipenuhi dengan cairan merah yang pekat, tangan memeluk perut kandungannya yang besar.
"Sayang..."
Amilya sudah tidak menyedarkan dirinya.
"Ayden... ambulans..."
"Macam mana dengan isteri saya, dok?" Tanya Fayyadh yang sudah tidak menyabar, sudah dua jam mereka tunggu di luar bilik Amilya.
"Maafkan saya, Tuan..." tidak sempat doktor itu menghabiskan ayat, kolar bajunya sudah dicengkam oleh Fayyadh. "Sialan! Aku nak kau selamatkan dia, sial!"
"Fayyadh!" Adryyan menarik tubuh sahabatnya ke belakang, menjauhi doktor itu. "Continue." Arah Ayden.
"Isteri tuan mengalami amnesia... she lost half of her memories. Dan, jangan risau kandungan dia selamat..."
Terduduk Fayyadh mendengarkan semua itu, hilang ingatan? Adakah Amilya masih mengingatnya? Kenapa semua ini berlaku? Amilya sedang mengandung... hatinya bagaikan jatuh ke perut bumi. Apa yang harus dia lakukan...
Perlahan kakinya menjejaki bilik Amilya. "Sayang? Sayang dah bangun?"
Amilya yang mendengarkan suara itu terus berpaling ke arahnya. "Kau siapa?" Selamba aje jawapannya.
"Wifey..." perlahan dia cuba untuk mencapai tangan Amilya. Tetapi dengan laju gadis itu menepis.
"Jangan sentuh aku! Kau siapa?!"
Zap! Hatinya seolah-olah di tusuk dengan pisau yang tajam. "I'm your husband, Fayyadh Al-Hakim."
"Kau tak payah nak tipu aku! Adryyan! Dia siapa?!" Jerkah Amilya. Tentulah dia terkejut tiba-tiba datang mengaku sebagai suaminya?
"Your husband. Look at that ring on your finger."
Tergamam Amilya memandang sebuah cincin permata pada jari manisnya. Jadi betullah? Dia sudah kahwin...
"Sayang..."
"Jangan panggil aku sayang! Kenapa pula aku kahwin dengan kau!" Jerkahnya lagi.
"Sayang, maafkan abang... abang terlambat untuk selamatkan wifey masa tu..." air matanya perlahan mengalir ke pipi.
"Aku tak percaya..." tangan gadis itu naik mengelap air mata suaminya yang telah mengalir. Dia masih lagi tidak dapat mempercayai bahawa ini bukanlah mimpi... dia memang sudah ada suami...
"You lost half of your memories, wifey... I'm so sorry..."
"Kalau kau yang menyebabkan ingatan aku hilang... aku benci kau! Aku tak akan maafkan kau!" Amilya menolak dada bidang milik Fayyadh ke belakang.
"Wifey..."
"Get out! I don't want to see your fucking face! Get out!" Suara Amilya mula meninggi.
Akhirnya Fayyadh melangkah keluar dari bilik ward itu.
"Lia, tak baik cakap dengan suami macam tu..." Tengku Rathea sedaya upaya menenangkan Amilya. "Suami? Aku langsung tak ingat dia. Suami? Haha! Lawak!"
Sumpah! Dia langsung tidak mengingati memorinya dengan mana-mana lelaki yang digelar seorang suami. Dia ingat orang di sekelilingnya. Tetapi bukan Fayyadh...
"Yadh, sabar ajelah... lama-lama dia ingatlah tu." pujuk Ayden.
"Tak apa... aku tak ambil hati pun." Mulutnya memang berkata seperti itu, tetapi matanya semakin dibanjiri dengan air mata yang dalam. Hatinya umpama ditusuk dan ditembak, dia sudah tiada hala tuju. "This is not the birthday gift I want..."
"Yana?"
"She died."
"Great..."
estellesses
YOU ARE READING
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [BAKAL TERBIT]
RomanceFayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amil...