"Abang buat apa dalam bilik air?" Tanya Amilya yang sedang berdiri di hadapan suaminya. "Ambil wudhuk, sayang."
"Hehehe!" Amilya membuka luas tangannya lalu mengejar Fayyadh mengelilingi ruang tamu. "Sayanggg! Stop!"
Suka sangat mengusik!
"Lia nak peluk la! Meh sini meh!" Langkahnya semakin laju mengejar Fayyadh.
"Sayangggg!!"
"Opps! Tersentuh..." Amilya tersengih dengan muka yang tidak bersalah. "Amilya Cassandra!"
"Argh! Abang! Lia tak sengaja!" Kali ini Fayyadh pula yang mengejar Amilya mengelilingi ruang tamu itu.
"Uncle, uncle! Papa dengan mama memang suka main kejar-kerja eh?" Luth menarik hujung lengan baju Dyler. "Hm, dulu sampai ke uncle pun dia orang kejar sekali." Dyler mengeluh pasrah melihat kelakuan Tuan mudanya.
"Luth lapar..." Luth mencebik membuatkan Dyler melepaskan tawa. "Jom pergi makan, biarkan aje mama dengan papa tu! Main kejar-kejar sampai lupa anak."
"Kurang ajar kau, Dyler! Sini kau!" Kini kedua-dua. Amilya dan Fayyadh memgejar Dyler.
"Tuan muda! Puan muda! Argh!"
"Rayyan? Asal termenung ni?" Tegur Adryyan, tangannya perlahan mengusap bahu temannya. "Tak adalah..."
Mata Adryyan lalu tertumpu pada seorang wanita di hadapan meja mereka berdua. Clara Arabella.
"Kau rindu dia eh?"
"I just felt regret... aku tak patut lafazkan ay..." Tidak sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya, seketul paha ayam kentucky sudah berada di dalam mulutnya disuap oleh Adryyan.
"Diam. Sudah. Cukup."
Boleh pula dia nak rindu? Eh perempuan itulah yang hampir bunuh dia dan perempuan ini jugalah yang sudah membunuh kedua orang tuanya dulu! Ada yang makan penampar ni...
"Aku rindu dia, aku gagal... aku gagal sebagai seorang suami... and aku gagal sebagai seorang anak! I have no one!"
Kata-kata yang dikatakannya tempoh hari masih lagi bermain dalam kepalanya. Kini dia sudah kembali ke ofisnya sendiri. Jujur kata dia masih merindui Bella tetapi sekarang dia sudah mempunyai seorang wanita yang telah mencuri hati bekunya. Xara Eliena.
Akhirnya dia menjejaki masuk ke dalam ofis tetapi tidak sempat dia melakukan apa-apa. Ngap!
"Woi! Lepaslah! Kenapa pegang aku ni?!" Jerkahnya sambil melihat empat orang sosok yang sedang memegangnya supaya tidak melarikan diri
"Kau orang nak apa?"
Nadanya menjadi beku membuatkan mereka berempat terdiam sejenak. Lalu Ayden yang pertama bersuara
"Bagitahu kita orang mana girlfriend kau."
Rayyan menggeleng tanda tidak ada, "Mana ad..." cepat-cepat ayat itu dipotong oleh teman wanitanya sendiri.
"Sayang, jom turun lunch!" Ujar Xara dengan terujanya. Namun wajah terujanya itu hilang menjadi wajah pucat setelah melihat empat sosok yang sedang memegang Rayyan.
"Alamak, dah kantoi ke, Yen?" Fayyadh mengeluarkan ketawa sinis.
"Xara, keluar dulu ye. Nanti you punya boyfriend turun." Jelas Adryyan dengan senyuman manis dimulut.
Wajah Rayyan sudah berubah geram dengan mereka, hanya Haider yang perasan akan wajah Rayyan itu berubah.
"Err, aku ada kerjalah... aku keluar dulu ye." Lalu dia dengan laju melangkah pergi dari ofis Rayyan maninggalkan tiga sosok yang sedang memegang lelaki itu.
Beberapa minit kemudian.
"ARRGH! HAIDER TOLONG!" Tempik Ayden yang sedang di dera oleh Rayyan yang sudah geram.
"RAYYAN BAWA MENGUCAP! AAAA TAK NAK!" Sempat Adryyan melarikan diri lalu menyorok di belakang Fayyadh supaya tidak dipukul oleh Rayyan.
"Nasib baik aku bos dia." Fayyadh tersenyum bangga, namun senyuman itu tidak lama sehingga tangan berbisa isterinya menarik rambut kemas milik Fayyadh.
"Aduh! Sayang! Sakit!"
Amilya menarik suaminya keluar menggunakan rambut suaminya sendiri. "Pandai eh, buat masalah lepastu lari aje?!"
"Apa maksud wifey ni?" Tanya Fayyadh keliru.
"Abang kata nak belikan Lia samyang! Abang tipu!"
Membulat mata lelaki itu, sunpah dia tidak ingat! Dalam perjalanan dia turun ke lobby tadi tiba-tiba dia terima pesanan dari Adryyan mengatakan bahawa Rayyan sudah berpunya! Tentulah dia teruja sehinggakan terlupa untuk membeli ramen untuk buah hati sendiri. Sekarang terimalah padahnya!
"Abang lupa, abang sorry sayang. Jom kita pergi makan dekat bawah! Ada kedai makanan korea, abang janji!"
"Jom!"
"Ab..abang..." panggil Vea dengan nada layunya. "Hm? Kenapa ni, love?" Tanya Ayden risau melihat kerutan pada dahi Vea seolah-olah sedang menahan sakit.
"S...sakit... abang... ssakit..." Vea mencengkam erat tangan Ayden. Dengan cemas Ayden bangun dari pangkuannya.
"Sayang? Isn't it too early...?" Dahi Ayden berkerut seribu melihat air ketuban isterinya sudah pecah... ini maksudnya...
"It hurts so bad, abang!"
Ayden dengan cepat mencepung isterinya lalu dibawa ke kereta. Kali ini assistant dia yang akan pandu. Jika Ayden sendiri yang memandu taknya masuk parit nanti.
"Speed up." Nadanya berubah dingin, wajahnya juga pucat.
"Yes, sir."
Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya sekarang... risau, teruja, gembira, takut... tentulah! Dia bakal menjadi seorang bapa!
Vea masih lagi mencengkam tangan suaminya dengan erat sekali. Ayden menggigit bibir bawahnya menahan sakit dari cengkaman tersebut.
"Abang, sakit..." air mata akhirnya tumbang ke pipi.
"I'm here, love... I promise I'll be there for you. Always. I'll never leave you." Tangan sebelah lagi mengusap kepala isterinya.
"Abang selalu ada dengan sayang. Sayang kena kuat tau? Demi anak kita. Demi abang." Ayden mencium ubun-ubun Vea lalu sambung mengusap perut Vea.
Vea hanya mampu menangis dalam dakapan suaminya yang hangat itu.
estellesses
YOU ARE READING
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [BAKAL TERBIT]
RomanceFayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cassondra menyorokkan kerja sebenar mereka berlima? Atau semua ini akan berakhir dengan pengetahun Amil...