"IBU!!" Sergah Aralyn saat melangkah masuk ke ruangan makan. Bibirnya turut tersengih suka, sebelum punggungnya dilabuhkan ke kerusi makan.
Puan Aminah menggeleng kecil. "Bagus anak dara ibu ni. Makanan dah siap terhidang baru tahu nak turun. Ni, solat subuh ke tak pagi tadi? Ibu ketuk pintu bilik, Ara diam je."
Aralyn mengigit bibirnya. Solat? Sudah 3 tahun dia tinggalkan perkara wajib bagi semua umat Islam. Solat, puasa, mengaji, semuanya. Hanya kerana pengaruh rakan sebaya, membuatkan dia alpa dengan dirinya yang dahulu.
"Masa ibu ketuk pintu, Ara tengah solat... kot," bohong Aralyn. "Ibu masak apa pagi ni? Banyaknya makanan. Macam tau-tau je yang Ara rindu semua masakan melayu terutamanya masakan ibu." Segera Aralyn menukar topik.
"Kan? Duduk la Turki tu lama-lama lagi. Ingatkan dah duduk sana, tekak dah tak boleh terima masakan melayu," sindir Puan Aminah.
Aralyn tersengih. "Ibu ni. Ada je kan nak usik Ara? Ayah mana? Tak nampak pun." Meliar mata Aralyn mencari kelibat Encik Aatif.
"Pergi kebun."
Dahi Aralyn berkerut. "Kebun? Sejak bila kita ada kebun ni? Kebun atok ke?" soal Aralyn hairan.
Puan Aminah tertawa kecil. "Ha itu la kamu. Duduk jauh lama sangat. Sampai tak tahu yang kita dah ada kebun." Aralyn tersengih. "Ayah kamu saja je beli tanah untuk buat kebun. Iye la. Kami ni kan dah berusia. Bila-bila masa je boleh dapat menantu, dapat cucu. Kan?"
Aralyn hanya sengih. Teh panas diteguk, menutup rasa gugup. Rasanya dia boleh agak apa soalan yang bakal keluar dari mulut ibunya itu.
"Ara dah ada kekasih?"
Tengok? Dah agak sangat. Bukannya dia tidak kenal ibunya macam mana. "Takda."
"Takkan Ara takda kenal dengan mana-mana lelaki dekat sana?"
Aralyn membisu sejenak. Lelaki? Satu-satunya lelaki yang dia kenal hanyalah Tunku Dani Mustaqim. Itu pun bukannya kenal sebagai kekasih tapi sebagai sugar daddy.
Ya. Dani yang banyak laburkan duit padanya sepanjang di berada di Turki walaupun hakikatnya dia tidak perlukan duit Dani. Hanya disebabkan rakan serumah semuanya mempunyai 'bank bergerak', dia hanya mencuba nasib.
Cinta? Tidak sama sekali. Lagipun jarak antara Aralyn dan Dani agak jauh. Boleh dikatakan 11 tahun jarak umur mereka. Mustahil untuk Aralyn jatuh cinta pada Dani.
"Takda. Ibu juga kan cakap. Ara dekat sana kena fokus belajar. Lagipun dekat negara luar tu bahaya la. Macam-macam boleh jadi. Ibu tak takut ke kalau Ara terkahwin dengan orang sana? Tak boleh balik sini Ara nanti."
Puan Aminah tersenyum suka. "Bagus la takda kekasih."
Dahi Aralyn berkerut. "Kenapa pula?"
Puan Aminah tersengih lalu menggeleng. Mahu sembunyikan rancangannya itu terlebih dahulu. Masih awal untuk bocorkan rahsia.
"Ibu..." Meleret suara Aralyn memanggil manja.
"Hurm... panggil ibu macam ni mesti ada sesuatu kan?" teka Puan Aminah. Bukannya dia tidak kenal anak daranya itu.
Aralyn tersengih. "Ibu, kawan Ara ajak Ara pergi bercuti sementara Ara belum masuk kerja lagi. Boleh?"
"Bercuti dekat mana?" sampuk Encik Aatif sebaik sahaja terdengar perbualan mereka saat dia melangkah menuju ke ruang makan.
Aralyn menoleh. Air liurnya diteguk payah. Takut. Dengan ibunya, dia berani lagi hendak menipu, dengan ayahnya, terus berdiri bulu roma. "Erm... Pulau Tioman?"
"Pergi dengan siapa? Bila nak pergi tu? Berapa lama nak pergi?" soal Encik Aatif lagi.
"Erm... esok? Tak lama pun ayah. Dalam 5 hari je. Lepastu Ara balik la. Lagipun Ara pergi dengan kawan Uni Ara. Ye la, takkan kami nak putuskan hubungan lepas je balik Malaysia kan? Nak enjoy, enjoy dulu sebelum masuk dunia pekerjaan," bohong Aralyn.
Melihat wajah dingin ayahnya itu, teragak-agak Aralyn hendak bersuara. "Boleh kan ayah?"
"Ala bagi je la bang. Budak-budak nak berseronok. Nanti dah kahwin, dah tak dapat dia nak merasa berjalan dengan kawan-kawan dia," sampuk Puan Aminah.
"Betul tu ibu," sokong Aralyn.
Encik Aatif mengeluh kecil. Berat hatinya hendak melepaskan anaknya pergi. Terasa seperti ada sesuatu bakal berlaku padanya. Harap-harap perasaannya sahaja.
"Iye la. Tapi janji dengan ayah dan ibu. Jaga diri."
Aralyn tersengih. "Baik, ayah."
YOU ARE READING
TUANKU DANI MUSTAQIM (COMPLETED)
RomanceSPIN OFF TUANKU DAEEN MATEEN ‼️ "𝓘 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓼𝓱𝓸𝔀 𝔂𝓸𝓾 𝓽𝓱𝓮 𝓽𝓻𝓾𝓮 𝓶𝓮𝓪𝓷𝓲𝓷𝓰 𝓸𝓯 𝓱𝓮𝓵𝓵" START : 16 JULY 2024 END : 30 AUGUST 2024