DARALYN || BAB 9

12K 474 20
                                    

PUNGGUNG Aalam dilabuhkan pada sebuah batu besar yang sedikit basah akibat hempasan sungai. Mulutnya terkumat-kamit dengan zikir sementara menunggu umpannya mengena. Harap-harap rezeki berpihak padanya untuk hari ini.

Melihat pancingnya seumpama bergerak, menandakan ada ikan yang sudah termakan umpannya, segera Aalam menghampiri. Bibirnya juga terukir senyuman lebar. Namun perlahan-lahan pudar.

"Lah, sampah je? Buat suspen je." Aalam mencebik.

Baru sahaja dia ingin melemparkan umpan kedua, tiba-tiba pandangannya tertumpu ke arah seorang gadis berdiri di atas jambatan usang. Terus dia mengurut dadanya, terkejut. Hampir luruh jantungnya itu.

Matanya dikecilkan, ingin memandang gadis itu dengan lebih jelas. Macam kenal...

Matanya terus terbutang. "Aneesa!!" Segera Aalam berlari mendapatkan gadis itu.

Sementara itu, teresak-esak Aralyn menangis memandang kedalaman curam itu. Ya. Dia sudah bertekad. Dia sudah tidak sanggup untuk teruskan hidup lagi. Dia sudah tidak sanggup menjadi hamba serakah Dani lagi. Dia terseksa. Biarlah dia mati.

"Maafkan Ara..."

Setapak kakinya melangkah, terus jatuh daripada jambatan usang itu.

"Aneesa!!" Aalam berlari mendapatkan Aralyn. Lengan Aralyn dicapai lalu dibawa ke pelukan sebelum sama-sama terjatuh masuk ke dalam sungai.

Aalam membuka matanya, memandang Aralyn yang sudah tidak sedarkan diri. Terpana dia seketika melihat wajah bersih Aralyn dibalik air jernih itu. Segera dia membawa Aralyn ke tebing sungai.

Terbatuk-batuk dia dibuatnya akibat air sungai yang memasuki rongga hidungnya. Pandangannya teralih ke arah Aralyn yang masih belum sedarkan diri. "Aneesa!! Aneesa!!" kejut Aalam.

Aalam mengaru kepalanya, memikirkan cara untuk sedarkan Aralyn. Terus dia mendengus. "Maafkan saya, Aneesa." Bibir basah Aralyn dibuka, ingin membantu gadis itu bernafas dengan baik sebelum bibirnya bersentuhan dengan bibir Aralyn.

Dada Aralyn ditekan berulangkali sebelum bibirnya kembali pada bibir Aralyn.

Aralyn tersedar, terus memuntahkan air yang bertakung di rongga tekaknya. Terbatuk-batuk dia bangun daripada baringan. Matanya memandang ke arah Aalam lalu menjerit.

"Jangan dekat!!! Jangan!!!"

Dahi Aalam berkerut. "Aneesa?"

"Jangan sentuh!! Jangan!! Pergi!!! Pergi!!!" racau Aralyn.

"Aneesa, ini saya. Saya Aalam."

"Pergi!!! Aku cakap pergi!!! Jangan sentuh aku!!! Aku tak nak!!" bentak Aralyn. Tubuhnya juga kini menggigil ketakutan. Di matanya bukan Aalam dihadapannya tetapi Dani.

"Aneesa!!! Istighfar, Anessa!! Istighfar!!" Nada suara Aalam sedikit keras, menyedarkan Aralyn. "Ikut saya. Astaghfirullah halazim. Astaghfirullah halazim."

Aralyn menurut. "Astaghfirullah halazim. Astaghfirullah halazim." Bergetar suara Aralyn mengikut bacaan Aalam.

"Lawan Aneesa. Jangan dengar hasutan syaitan. Sekarang ni saya ada dengan awak. Awak dah selamat," pujuk Aalam.

Aralyn mengangkat wajahnya memandang Aalam. Terus tangisan lebat dilepaskan. "Maafkan saya. Maafkan saya." Separuh bisik Aralyn berkata.

"Tak apa."

Wajah tenang Aalam direnung lama. "Kenapa awak tak macam lelaki lain yang suka ambik kesempatan atas perempuan?" soal Aralyn selepas lama mendiamkan diri.

"Sebab umi saya perempuan, adik saya juga perempuan. Kalau saya sakiti perempuan, pukul perempuan, buat perempuan menangis, seumpama saya juga buat umi dan adik perempuan saya begitu. Hidup ni macam roda, Aneesa. Apa yang kita buat, itu yang kita dapat nanti."

TUANKU DANI MUSTAQIM (COMPLETED)Where stories live. Discover now