ARALYN membuka matanya lemah. Meliar matanya memandang sekeliling kawasan gelap itu. "Aku dekat mana ni?"
Aralyn cuba untuk bergerak namun tubuhnya diikat kemas di sebuah tiang. Terbutang matanya apabila ada api yang datang menyambar tubuhnya. "Aghh!!! Panas!! Panas!!! Tolong!!" jerit Aralyn.
Namun langsung tiada sesiapa pun datang membantu. Secara tiba-tiba kelibat ibu dan ayahnya muncul dihadapan Aralyn.
"Ibu!! Ayah!! Tolong Ara, ibu. Tolong Ara, ayah. Ara panas. Tolong lepaskan Ara," rayu Aralyn.
"Kami terlampau percayakan Ara. Ini ke balasan Ara pada kami? Tak cukup ke kami didik kamu dengan agama? Kenapa buat kami macam ni, Ara?"
Teresak-esak Aralyn menangis. "Maafkan Ara, ibu. Maafkan Ara, ayah. Ara salah. Ara nak bertaubat. Ara janji, ayah ibu. Ara takkan buat lagi perkara zina tu. Ara janji."
"Sudah la. Anggap la ini balasan untuk Ara. Biar api yang membakar tubuh kamu. Anggaplah ini hukuman bagi orang yang berzina." Perlahan-lahan kelibat ibu ayahnya menghilang.
"Ibu!! Ayah!! Jangan tinggalkan, Ara!! Panas!! Aghh!!!"
"Aghhh!!!" Aralyn tersedar dari mimpi. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Sekeliling bilik penginapannya dipandang.
"Baby girl, hey. Kenapa ni?" sapa Dani. Kedua-dua belah pipi Aralyn diusap lembut.
"I mimpi buruk."
Dani menghela nafas kecil. "Ingatkan apa la tadi. You ni buat I risau tau. Dah tak payah fikir. Itu cuma mimpi. Sambung tidur. Sini. Tidur atas lengan I."
Aralyn menurut. Wajah Dani dipandang kosong. Susah untuk dia lelapkan matanya semula. Perlahan-lahan dia turun daripada katil lalu menuju ke tandas.
Pili air dipulas lalu wajahnya dibasuh. Satu keluhan panjang dilepaskan. Fikirannya kembali melayang.
Apa maksud mimpi tadi? Kenapa dia perlu mengalami mimpi buruk yang sebegitu rupa? Atau itu hanya mainan tidur sahaja?
Pintu tandas dibuka. Matanya tertumpu ke arah Dani yang nyenyak tertidur tanpa sebarang pakaian di tubuh. Hanya selimut menutupi tubuhnya yang terdedah.
Rambut Aralyn diikat messy. Perlahan-lahan pintu bilik penginapan itu dibuka lalu dia melangkah keluar daripada bilik penginapan itu.
Sempat matanya meliar memandang sekeliling sambil langkahnya menuju ke kafe resort itu. Usai membuat pesanan, Aralyn memutuskan untuk mengambil angin sebelum pesanannya siap dihidang.
Tiba-tiba ada yang datang menyapa. "Cantik kan suasana dekat sini?" Aralyn memandang pelik ke arah lelaki asing yang duduk disebelahnya. "Cantik macam you," puji lelaki itu lagi.
Aralyn hanya membisu.
"By the way, nama I Qusyairi." Tangan kanannya dihulur pada Aralyn, namun langsung tidak disambut gadis itu. "And you?"
"Aralyn Aneesa." Dani muncul dari belakang, menyapa mereka. Dengan selamba dia mengambil tempat duduk disebelah Aralyn lalu merangkul bahu gadis itu.
Dahi Qusyairi berkerut. "Siapa ni?"
"Kenalkan, Tunku Dani Mustaqim, suami dia." Dani menghulurkan tangan kanannya.
"Oh. Dah ada suami? Maaf bang. Maaf sekali lagi," gelabah lelaki itu lalu melarikan diri. Malu!!
Dani memandang dingin ke arah Aralyn. "Siapa lelaki tadi tu?"
Aralyn menjongket bahu. "Entah. Tak kenal."
"Yeke? Atau you ada scandal dengan dia?"
Arayln mengecilkan matanya. "Boleh tak jangan menuduh? I datang sini, nak minum coffee. Tiba-tiba je dia datang kacau I. I bukannya kenal dia pun." Aralyn memuncungkan bibirnya.
YOU ARE READING
TUANKU DANI MUSTAQIM (COMPLETED)
RomansSPIN OFF TUANKU DAEEN MATEEN ‼️ "𝓘 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓼𝓱𝓸𝔀 𝔂𝓸𝓾 𝓽𝓱𝓮 𝓽𝓻𝓾𝓮 𝓶𝓮𝓪𝓷𝓲𝓷𝓰 𝓸𝓯 𝓱𝓮𝓵𝓵" START : 16 JULY 2024 END : 30 AUGUST 2024