DARALYN || BAB 15

14K 506 56
                                    

TELEKUNG disarung pada tubuh usai keluar daripada bilik mandi. Sempat matanya tertumpu ke arah katil. Dahinya berkerut. Kelibat Dani langsung tidak kelihatan terbaring di atas katil. Kemana agaknya suaminya menghilang?

"Sayang, dah ambil wuduk?"

Sapaan Dani menyentak Aralyn. Langsung dia menoleh ke arah Dani dihadapannya. Terkedip-kedip matanya memandang Dani hairan. Untuk kali pertama dia melihat suaminya berkopiah putih di kepala serta berpelikat di pinggang. Terpana seketika.

"Sayang?"

Aralyn tersentak. "Aaa... umm." Teragak-agak Aralyn mengangguk.

Dani tersenyum. Kakinya memijak sejadah sebelum takbir diangkat. "Allahuakbar."

Aralyn merenung lama belakang tubuh Dani. Entah mengapa tiba-tiba hatinya sebak. Selama 3 tahun mereka tinggal bersama, tidak pernah dia melihat lelaki itu solat. Ini kali pertama mereka solat bersama. Pertama kali dia mendengar merdu suara Dani membaca ayat Al-Quran.

Usai bacaan doa dibaca, Dani menghulurkan tangan kanannya ke arah Aralyn. Teragak-agak Aralyn mengucup. "Sayang, sejujurnya ada sesuatu yang abang nak cakap dekat sayang."

"Apa dia?"

"Sayang nampak cantik bila macam ni. Abang macam jatuh cinta untuk kali kedua bila nampak sayang bertudung. Cantik sangat," puji Dani.

Aralyn menunduk malu. "Sejak bila you macam ni? Maksud I... solat?"

Dani menjongket bahunya. "Sejak hari pertama abang bergelar suami sayang? Sayang cakap abang tak layak untuk jadi suami sayang sebab abang ni jahil. Tak solat, tak tahu pasal agama. Jadi abang nak buktikan dekat sayang yang abang bukan macam tu eh. Abang ni budak tahfiz kot dulu. Cuma sekarang ni... tersasar sikit," sengih Dani.

"Bukan sebab nak bersaing dengan Aalam kan?"

Riak wajah Dani berubah. Dengar sahaja nama Aalam seumpama berdesing telinganya sekarang. Namun cuba dihiraukan. Sedaya upaya mengawal amarahnya itu. Terus dia menggeleng laju lalu tersenyum kelat.

"Abang nak buatkan breakfast. Sayang nak makan apa?"

Aralyn mencebik. "Tak payahlah buat. Kan I ada. Ibu pun ada. Kami boleh siapkan. You tu lelaki. Patutnya you pergi la sembang dengan ayah ke? Eh ayah? You bahasakan diri ayah sebagai 'ayah' ke?"

Dani tersengih. "Tak kot. Janggal je rasa." Dani menggosok lehernya. "Ha!! Jangan nak tukar topik. Princess abang nak makan apa harini? Abang nak masak. Ibu dengan sayang tak payah masak."

"Ish!! I segan la dengan ibu ayah. Sepatutnya I yang sediakan sarapan dekat suami. Ini terbalik pula. Nanti apa kata ibu ayah nanti?" Aralyn memuncungkan bibirnya.

"Siapa cakap suami tak boleh siapkan sarapan? Boleh apa? Cepat la request sayangku. Kang tak pasal-pasal sampai Isya', kita bergaduh sebab sarapan je."

Aralyn memuncungkan bibirnya, memikirkan makanan yang teringin di tekaknya. "Nasi lemak!!"

"Okay, siap!!" Segera Dani berdiri lalu menanggalkan kopiah sebelum melangkah keluar daripada bilik tidur itu.

Senyuman Aralyn kian lama kendur saat kelibat Dani sudah menghilang. Satu keluhan kecil dilepaskan sebelum dia bangun berdiri, menanggalkan telekung yang masih tersarung pada tubuhnya sambil fikiran melayang entah kemana.

"Betul ke dia dah berubah? Takkan secepat tu? Entah-entah dia sengaja nak ambik hati aku. Sebab dia nak aku lupakan Aalam?" Aralyn terdiam sejenak. "Cakap pasal Aalam. Apa agaknya dia tengah buat sekarang ni?"

Telefon pintarnya dicapai. Direnung lama telefon pintarnya itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TUANKU DANI MUSTAQIM (COMPLETED)Where stories live. Discover now