PILI paip dipulas dengan cermat. Tangannya mula dibasahi dengan air bersih, sebagai wuduk untuk solat istikharah. Syukurlah. Berkat tunjuk ajar Aalam dan adik perempuan Aalam, Aafiyah selama seminggu. Kini dia sudah boleh solat sendirian tanpa bimbingan mereka berdua.
Tangannya ditadah selepas salam diberi.
"Ya Allah, ya tuhanku. Jika dia ditakdirkan untukku, kau permudahkanlah segala urusan kami dalam membina sebuah mahligai yang diredhai olehMu. Semoga dia adalah lelaki yang bakal memimpin ku ke syurgaMu nanti." doa Aralyn.
Disisi lain, Aalam turut menadah kedua-dua belah tangannya, meminta petunjuk daripada pencipta.
"Ya Allah, jika dia adalah jawapan untuk solat-solat istikharah ku, kau mudahkan lah segala urusan kami. Sesungguhnya dihatiku cuma mencintai seorang insan. Mudah-mudahan cintaku padanya tidak melebihi cintaku padamu," doa Aalam.
"Mudah-mudahan ini adalah kebahagiaan yang aku cari selama ini. Aminn," doa Aralyn pula.
"Aminn."
Ketukan pintu bilik tidur, mematikan lamunan Aalam. Terus Aalam mengangkat wajahnya lalu tersenyum.
"Abang? Boleh adik masuk?" soal Aafiyah.
Aalam sekadar mengangguk.
"Adik ingatkan abang dah tidur," kata Aafiyah sambil melangkah menghampiri Aalam.
"Abang tak boleh tidur. Itu yang solat kejap. Kenapa adik tak tidur lagi? Tak penat ke? Majlis tadi boleh tahan ramai," kata Aalam pula.
Ya. Hari ini merupakan hari pertunangan Aralyn dan Aalam selepas seminggu Aalam melamar gadis itu untuk dijadikan sebagai isteri. Tak sangka, cepat masa berlalu.
"Adik terjaga tadi. Ingat nak minum air kejap. Lepastu nampak bilik abang bercahaya. Sebab tu adik terfikir nak kacau abang kejap. Tak sangka abang tengah solat."
Aalam mengangguk faham.
"Abang, boleh adik tanya sikit? Tapi abang jangan marah eh?"
"Tanya la."
"Abang betul-betul serius ke dengan akak Ara?"
Dahi Aalam berkerut. "Apa maksud adik?"
"Abang baru kenal dengan akak Ara seminggu, tiba-tiba dah bertunang. Abang rasa tak tergesa-gesa ke? Abang tak rasa pelik kenapa keluarga akak Ara nak cepatkan majlis?"
Aalam tersenyum kecil. "Abang faham maksud adik. Adik takut yang kami berdua tak ada perasaan yang sama kan? Adik takut yang kami berdua sebenarnya terpaksa bertunang hanya disebabkan permintaan keluarga? Adik, semua yang dirancang adalah permintaan kami, bukan keluarga. Lagipun tak manis la berkawan tanpa sebarang ikatan. Kami taknak jadi buah mulut orang. Itu sahaja."
"Adik bukannya apa. Adik takut yang orang macam akak Ara akan kecewakan abang. Adik takut yang akak Ara hanya nak mainkan perasaan abang hanya disebabkan abang 'baik'."
"Adik tak percayakan akak Ara ke?"
Aafiyah tersengih. "Tak la. Adik okay je kalau abang dengan akak Ara. Adik tengok akak Ara pun cantik. Jadi tak hairanlah kalau abang boleh jatuh cinta dengan dia. Tak pelik kenapa abang tiba-tiba boleh berkawan dengan akak Ara sedangkan selama ni abang tak pernah ada kawan perempuan."
Aalam tersenyum kecil. "Abang berkawan dengan akak Ara bukan sebab dia cantik cuma disebabkan sesuatu. Ada sesuatu yang menarik abang untuk kenal dia dengan lebih dekat. Dan abang rasa abang kena tolong dia. Bimbing dia. Tapi kalau boleh abang nak dengan cara yang lebih halal."
"Mudah-mudahan akak Ara tak sia-siakan abang."
"Insyaallah."
***
YOU ARE READING
TUANKU DANI MUSTAQIM (COMPLETED)
RomansaSPIN OFF TUANKU DAEEN MATEEN ‼️ "𝓘 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓼𝓱𝓸𝔀 𝔂𝓸𝓾 𝓽𝓱𝓮 𝓽𝓻𝓾𝓮 𝓶𝓮𝓪𝓷𝓲𝓷𝓰 𝓸𝓯 𝓱𝓮𝓵𝓵" START : 16 JULY 2024 END : 30 AUGUST 2024