KETUKAN pintu rumah dari luar kedengaran, lantas Dani menghampiri. Sekadar seluar pendek disarung pada tubuh sebelum menghampiri pintu rumah itu. Melihat beberapa orang lelaki bersongkok hitam, berdiri di hadapan pintu rumahnya.
"Assalamualaikum, tunku. Kami daripada pejabat agama Islam dapat laporan ada aktiviti maksiat disini. Boleh kami masuk untuk periksa?"
Pandangan Dani tertumpu pula ke arah 2 biji kereta yang memasuki perkarangan rumahnya. Terus dia tersenyum sinis. Seperti yang dirancang.
"Mana anak aku?!!" amuk Encik Aatif. Kolar leher Dani juga dicengkam kuat. Mahu sahaja dia melayangkan penumbuknya pada lelaki itu.
"Encik, sabar. Biar kami yang buat kerja."
Encik Aatif menghirau. Tubuh Dani ditolak kasar, jauh darinya. Segera dia melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, mencari kelibat anaknya. Dia tahu pasti Aralyn berada di rumah itu.
Aalam teragak-agak untuk melangkah masuk. Sempat matanya memandang ke arah Dani. Langsung tiada serba salah pada wajah Dani. Perlahan-lahan dia mengikuti langkah Encik Aatif.
Sebuah bilik tidur yang bersepah dengan pakaian di lantai, menarik perhatian mereka untuk menghampiri. Terbutang mata masing-masing melihat Aralyn nyenyak tertidur dengan tubuh bogel berselubung dengan selimut tebal.
"Ya Allah, Ara!!" teriak Puan Aminah. Segera dia menghampiri anaknya itu. "Ara!! Ara!! Ara, bangun!!" Separa mamai Aralyn membuka matanya. "Ara, apa yang Ara dah buat ni? Ara sedar tak apa yang Ara dah buat?"
"A... Ara minta maaf." Separuh bisik Aralyn berkata. Dia masih lagi mamai. Fikirannya juga kosong. Langsung tidak dapat berfikir. Apa yang dia tahu sekarang ni, tubuhnya benar-benar lemah.
Encik Aatif bercekak pinggang saat mereka semua berkumpul di ruang tamu. Kehulur ke hilir langkahnya memikirkan soal anak perempuannya itu. Kecewa. Sungguh dia kecewa. Inikah balasan selepas 21 tahun membesarkan anaknya itu?
"Aatif... aku minta maaf," ucap Dani selepas lama mendiamkan diri.
"Kau sedar tak dia tu siapa? Dia tu anak aku. Tunang orang. Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni?"
Dani menunduk. "Aku tahu. Sebab tu aku minta maaf. Sejujurnya aku memang cintakan dia. Macam kau tengok sekarang. Terbukti yang kami memang ada hubungan sebelum ni tapi disebabkan salah faham, dia larikan diri dan jadikan Aalam sebagai kambing hitam... Untuk sembunyikan anak kami yang ada dalam perut dia."
BUKK!!
Satu tumbukan dihayunkan pada wajah Dani. "Kau memang kawan tak guna. Aku terlalu percayakan kau. Terlalu agungkan kau tapi ini balasan yang aku dapat? Ini ke sepatutnya aku balas budi kau? Dengan cara macam ni?"
Aralyn perlahan-lahan melangkah menghampiri mereka. Air matanya juga lebat. Setelah sedar sepenuhnya, mendengar pula khabar berita dari ibunya, sungguh hatinya sakit.
Kenapa? Kenapa Dani perlu perangkapnya sebegini? Kenapa Dani perlu malukan keluarganya?
"Sekarang ni macam mana nak settle?"
Dani menunduk. "Aku akan bertanggungjawab ke atas Aralyn. Aku akan kahwin dengan dia. Memang itu sepatutnya dari dulu lagi aku buat. Bertanggungjawab selepas apa yang aku dah buat."
Aralyn tersentak. "You dah gila ke? I ni tunang orang!!"
"Saya pun setuju kalau diorang ni dikahwinkan dan putuskan pertunangan Aalam dengan Aralyn," sampuk Encik Aamin.
Aralyn kembali tersentak. "Tak. Tak nak!! Ara taknak putuskan pertunangan ni. Aalam!! Aalam, awak percayakan saya kan? Sumpah saya tak buat. Sumpah saya tak rela disentuh lelaki ni. Sumpah, dia cuma nak perangkap saya. Awak percayakan?"
YOU ARE READING
TUANKU DANI MUSTAQIM (COMPLETED)
RomanceSPIN OFF TUANKU DAEEN MATEEN ‼️ "𝓘 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓼𝓱𝓸𝔀 𝔂𝓸𝓾 𝓽𝓱𝓮 𝓽𝓻𝓾𝓮 𝓶𝓮𝓪𝓷𝓲𝓷𝓰 𝓸𝓯 𝓱𝓮𝓵𝓵" START : 16 JULY 2024 END : 30 AUGUST 2024