LEMAH Aralyn bangun daripada baringannya. Sempat matanya meliar memandang sekeliling. Kelibat Dani hilang entah kemana. Baguslah. Tak perlulah dia mahu menghadap wajah lelaki itu lagi. Masih sakit hati tentang kelmarin.
Sedaya upaya Aralyn cuba untuk turun daripada katil. Pedih pada alat sulitnya, membuatkan dia sukar untuk bergerak. Semuanya angkara Dani terlalu berkasar saat mereka 'bersama'.
Pili paip air pancuran dipulas. Dibiar air mengalir pada tubuhnya yang luka akibat dilibas dengan tali pinggang. Pedih. Penuh dengan kesan lebam pada tubuhnya.
Aralyn menyebam wajahnya pada lutut. Daripada air matanya bertakung, kini bertukar lebat. Sakit. Sangat sakit. Apa yang dia rasa sekarang, sama seperti hatinya. Terluka. Pedih.
Dia tahu mahu menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Sepatutnya memang daripada awal dia tidak perlu bertemu dengan lelaki itu. Mungkin hidupnya kini lebih aman tanpa seorang lelaki yang bergelar 'sugar daddy.'
Aralyn menghentak kepalanya berkali-kali. "Kenapa aku bodoh sangat?!! Kenapa aku senang sangat terpengaruh?!! Kenapa?!! Kenapa?!!" raung Aralyn semahunya. Melepaskan segala kepedihan di hati.
Namun lama kelamaan, tangisan Aralyn menjadi semakin halus. Dia sudah tidak berdaya untuk menangis lagi. Tubuhnya benar-benar lemah. "Maafkan Ara, ibu. Maafkan Ara, ayah. Ara gagal jadi anak yang baik. Maafkan Ara..."
Dani baru sahaja pulang, masuk ke dalam bilik penginapan mereka bersama bungkusan makanan. Aralyn tentu lapar. Semalam gadis itu tidak menjamah makanan. Harap-harap berselera lah Aralyn makan nanti. Harap juga gadis itu tidak kekal dingin dengannya nanti.
Kedengaran bunyi air pancuran dari dalam bilik mandi, membuatkan Dani tersenyum. Rasanya Aralyn sudah bangun. Pasti sedang bersihkan diri.
Namun selepas 7 minit menunggu, dahi Dani berkerut hairan. Mengapa Aralyn belum keluar daripada bilik mandi lagi? Bunyi air pancuran masih kekal sama.
Lantas Dani mendekati bilik mandi tersebut. "Baby girl. You ada dekat dalam? Baby girl?"
Diam.
"Baby girl, answer me. You ada dekat dalam ke? Kenapa lama sangat mandi? Are you okay?"
Diam.
"Baby girl, jangan buat I risau. Tolong la jawab. Ada apa-apa berlaku ke? You okay ke dekat dalam? Sayang?" Lembut Dani memujuk. "Kalau you tak jawab juga, I pecahkan pintu ni nanti," ugut Dani.
Namun masih sama. Masih tiada jawapan daripada Aralyn.
Tanpa membuang masa, Dani segera memecahkan pintu bilik mandi itu. Terbutang matanya saat melihat Aralyn terbaring dari atas lantai tanpa sebarang pakaian. Air pancuran juga membasahi tubuh gadis itu.
Segera Dani menutup lalu mendapatkan Aralyn. "Baby girl!! Baby girl!!" kejut Dani namun langsung tiada sebarang respon.
Tersedar sahaja Aralyn daripada pengsan, matanya merenung lama ke arah syiling. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun daripada baringannya. Agak terkejut apabila tubuhnya sudah tersarung dengan pakaian. Tubuhnya juga diselimut dengan selimut tebal.
"Baby girl, dah sedar?" Dani menghampiri Aralyn bersama semangkuk bubur di tangan, diletakkan di meja sisi katil. Pipi Aralyn disentuh. Panas. "Kenapa you macam ni? You buat I risau tahu tak? Macam mana kalau I balik lambat tadi?" marah Dani dengan nada lembut.
Aralyn membisu.
"Jangan takutkan I lagi. I tak sanggup hilang you, sayang." Pipi Aralyn diusap lembut, namun segera Aralyn menepis. Rimas!!
Dani tersenyum kelat. "I ada masakkan you bubur. Makan sikit ye? Perut you kosong tu. Badan you pun panas. Nanti I panggilkan doktor, okay?" Pandangan Dani tertumpu pada lebam di bahagian bibir Aralyn. "Nanti I cuci luka you."
YOU ARE READING
TUANKU DANI MUSTAQIM (COMPLETED)
RomanceSPIN OFF TUANKU DAEEN MATEEN ‼️ "𝓘 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓼𝓱𝓸𝔀 𝔂𝓸𝓾 𝓽𝓱𝓮 𝓽𝓻𝓾𝓮 𝓶𝓮𝓪𝓷𝓲𝓷𝓰 𝓸𝓯 𝓱𝓮𝓵𝓵" START : 16 JULY 2024 END : 30 AUGUST 2024