Tiga orang jejaka memasuki kelas kami , aku terkejut beruk melihat dua orang diantara dua jejaka itu , aku menutup muka ku menggunakan buku tulis ku , hanya untuk menyorokkan wajahku dari jejaka jejaka itu .
Aku berlari anak-anak ke arah meja ku , mata aku dan mata jejaka yang tidak dikenali itu bertembung di saat aku berlari seperti kanak - kanak itu .
Cikgu Aina memasuki kelas itu dan memberi salam kepada kami semua , setelah berucap salam , aku terus menyorokkan wajahku di sebalik buku nota matematik ku .
"Weh !! mamat tu hensem lah " aku mendengar gadis-gadis di belakang ku itu memuji-muji mereka yang di hadapan itu .
"Okey kelas , hari ini kita ada kawan baru LAGI yang masuk kat kelas ni , so sila perkenalkan diri awak yang kat belah kanan tu start dulu ye " kata cikgu aina kepada salah seorang jejaka itu
Aku kenal sungguh jejaka yang ingin memperkenalkan diri itu , dia dan sepupunya yang berada di sebelah itu sungguh aku kenali , Alejandro dan Alessandro
"Assalammualaikum semua nama saya Alejandro Achille , boleh panggil Alejandro je jangan panggil benda lain , saya berasal dari Eropah tapi saya pindah sini atas urusan keluarga dan saya islam untuk pengetahuan semua " walaupun dia kacukan melayu dan eropah , percakapannya tiada cacat cela , sangatlah senang untuk difahami
"Okey yang sebelah tu pulak " kata Cikgu Aina kepada jejaka yang berada di sebelah Alej
"Assalammualaikum semua nama saya Alessandro Felipé , saya dan Alejandro sepupu jadi saya tak perlu terang banyak lah kan " dia tersenyum gatal , Aless dari dulu sampai sekarang you tak pernah berubah , sama seperti Alej tetapi perangai dan personaliti terlalu beza
Aku tersedar terdapat sepasang mata yang memerhatikan aku , jejaka yang berada di sebelah Aless itu siapakah dia ? macam kenal mamat ni aku jumpa kat mana ye ? " omel aku di dalam hati
"Hai nama aku Aqeel Aryan panggil Aqeel je , aku asal italy , dan aku islam tu je terima kasih " aku mengaku , iman aku tergugat melihat dia , wajah maskulin kacak , mempunyai warna mata yang unik , lagi lagi dia berasal italy , i like !!
"Okey kamu dah memperkenalkan diri , baiklah murid murid ada apa apa soalan ke " soal cikgu aina
Gadis di bahagian depan guru itu mengangkat tangan ingin menanya soalan
"Baiklah apa soalan kamu lily " soal cikgu kepada lily , gadis yang disukai ramai dan juga terkenal dengan perangai 'pick me'"Yang tepi tu dah berpunya ke " aku mengetap bibir sahaja melihat lily dengan perangai yang tak semegah , goyang goyang pinggul hishh aku lempang apa tak dapat
"Ehemm tanya soalan yang berkaitan sahaja lily jangan nak menggatal spm pun tak lepas lagi , baiklah Alejandro dan Alessandro kami berdua duduk belakang Calisya , ada dua kerusi kosong kat situ , Aqeel pula boleh duduk sebelah Calisya " jatuh terus iman aku apabila cikgu menyuruh mamat italy itu duduk disebelah ku , jantungku berdegup bagai bom hendak meletup ....
TO BE CONTINUED