FUNGSI BULU KEMALUAN

997 20 3
                                    



Kita fikir kalau tak cukur bulu je pengotor. Hakikatnya ada kelebihan dan fungsi tersendiri bulu kemaluan ni

Korang dah tahu ke belum? Kalau belum, jom belajar supaya kita bukan di kalangan orang yg bodo


1. Kurangkan geseran

Kulit pada bahagian kemaluan adalah sensitif. Jadi manfaat kesihatan kewujudan rambut pada bahagian tersebut akan bertindak sebagai pelindung.

Ia membantu mengurangkan geseran ketika hubungan seks atau aktiviti lain berlaku.


2. Perlindungan bakteria dan pantogen

Bulu kemaluan juga mempunyai fungsi seperti bulu mata atau bulu dalam lubang hidung anda.

Ia memerangkap kotoran atau sebarang mikroorganisma berpotensi mendatangkan bahaya


3.Isyarat sistem pembiakan

Bulu kemaluan biasanya akan muncul apabila anda mencapai akil baligh.

Ini secara tidak langsung adalah sebagai petunjuk fizikal tahap kematangan seksual yang jelas dan wujud peluang untuk persenyawaan atau kehamilan berlaku.


4. Feromon

Walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun ada teori yang mengaitkan bulu pada kemaluan dengan penularan feromon.

Feromon adalah rembesan kimia yang membawa bau yang mempengaruhi emosi atau tingkah laku individu.


5. Mengawal suhu badan

Folikel rambut akan membantu badan mengeluarkan peluh dengan lebih baik. Ia mengeluarkan minyak yang akan dibawa ke bahagian permukaan kulit.

Semasa penyejatan, minyak ini akan membantu untuk menyejukkan kulit kesan daripada haba panas daripada dalam badan.

CORETAN HATI TICERSHAMWhere stories live. Discover now