Kepada yang lahir tahun 80an ke bawah, anda tentu pernah nama dengar nama ini, WAHID KASRAN. Dia adalah penulis ruangan khas di Mingguan Malaysia, iaitu KISAH BENAR yang menulis tentang kisah besar berunsurkan erotis. Pada waktu itu, selamba je karya macam ni kat Malaysia, berlambak buku dok ada.
Aku suka baca, setiap minggu, memang beli surat khabar itu semata-mata nak baca ruangan Wahid Kasran ni, sebab dia menggunakan bahasa sastera erotis yang bombastik, penuh unsur personafikasi dan metafora bagi menggambar sesuatu peristiwa atau adegan. Jadi, penulisan aku di medium wattpad ini turut terpengaruh dengan gaya penceritaan Wahid Kasran.
Kalau anda nak tau, aku ada buku kompilasi kisah Benar karya Wahid Kasran yang aku beli masa awal 90an, kekal buku itu hingga hari ini dengan kondisi yang baik.
1. Kalau anda pernah membaca buku ini, komen sikit kita share.
2. Kalau anda pernah dengar nama ini, mari kita berkongsi cerita.
Sudi-sudikan la KOMEN ya....
YOU ARE READING
CORETAN HATI TICERSHAM
Ficción GeneralNaskah ini bukan cerita erotis, bukan cerpen, bukan novel. Ia adalah coretan hari aku sebagai penulis yang telah lama berkecimpung hampir 30 tahun, segala thought yang ada dalam benakku, nukilan, pendapat, gerak hati, kata hati, dan apa sahaja yang...