Terdapat beberapa sebab utama kenapa wanita mengerang dalam hubungan intim. Baca punca wanita mengerang ketika seks yang saya senaraikan ini, dan lihat sama ada anda bersetuju atau tidak.
1. Tindak balas semula jadi kepada nikmat
Salah satu sebab utama wanita mengerang ketika seks adalah kerana reaksi semula jadi naluri wanita terhadap nikmat, terutama nikmat bersetubuh.
Sama seperti anda mengeluh lembut ketika berehat selepas penat bekerja. Nikmat yang anda rasakan daripada hubungan intim akan buat akan mengeluh dan mendesah, tak lupa juga mengerang.
2. Tindak balas semula jadi kepada rasa sakit
Rasa sakit ketika hubungan intim juga boleh buat anda mengerang tanpa anda sedari. Kadang-kala mungkin suami sedikit kasar dan liar, sehingga buat anda berasa tak selesa.
Atau mungkin juga anda mengalami kekejangan otot ketika bersetubuh. Faktor-faktor ini dengan mudah boleh membuat anda mengerang tanpa anda sedar.
3. Menaikkan Nafsu
Kadang-kala sukar untuk memberi fokus terhadap hubungan intim yang sedang anda jalani. Tambahan pula fikiran dan emosi kaum wanita sering memikirkan perkara yang kompleks, walaupun semasa bersetubuh.
Mungkin tanpa anda sedar anda memikirkan barang yang perlu dibeli ketika membeli-belah pada besok hari. Perkara remeh seperti ini besar kesannya terhadap hubungan suami isteri di ranjang.
Oleh itu erangan anda secara tidak langsung dapat mengembalikan semula fokus anda kepada seks. Secara semula jadi juga nafsu anda akan meningkat dengan setiap erangan anda.
4. Membuat suami lebih bernafsu
Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal. Mengerang ketika seks boleh buat pasangan anda lebih ghairah dan lebih bernafsu.
Semua lelaki suka mendengar erangan, desahan dan keluhan pasangan mereka ketika seks. Jangan percaya jika mereka katakan mereka tak gemar dengan perkara ini.
Malah kajian menunjukkan lebih kuat pasangan mereka mengerang, lebih bernafsu mereka. CLICK TO TWEET
5. Mengubah rentak seks
Sesetengah wanita mengerang untuk mengubah rentak hubungan intim. Anda boleh letakkan mengerang sebagai salah satu cara untuk menyampaikan perasaan anda kepada suami.
Contohnya, jika anda berasa nikmat yang teramat sangat, nada erangan anda adalah unik dan boleh dikenal pasti oleh suami. Begitu juga sebaliknya.
Jika anda berasa tak selesa dengan rentak suami, erangan anda juga akan memberi isyarat kepada suami.
6. Memudahkan suami klimaks
Lebih kuat anda mengerang, lebih bernafsu suami. Lebih bernafsu suami, sudah pasti lebih mudah suami puas dan klimaks.
Wanita yang mengetahui helah ini sering menggunakan kuasa erangan mereka untuk menipu orgasma dan membuat suami klimaks lebih awal. Anda bagaimana?
Walaupun perkara ini mungkin kelihatan seperti tidak ikhlas dalam hubungan intim, tetapi kadang-kala perlu juga dilakukan untuk menjaga hati suami.
Kepada suami, anda perlu tahu apakah tanda-tanda isteri menipu orgasma yang telah saya tulis sebelum ini. Baca 7 tanda isteri berpura-pura klimaks.
7. Membuat seks lebih hebat
Dan faktor utama yang membuat wanita mengerang ketika bersetubuh sudah pasti untuk membuat hubungan seks lebih hebat dan nikmat.
Cuba anda bayangkan hubungan intim bersama suami tanpa sebarang bunyi. Tiada erangan, desahan mahupun keluhan, dari anda dan juga suami.
Sudah pasti pengalaman bersetubuh akan menjadi sangat menjemukan!
YOU ARE READING
CORETAN HATI TICERSHAM
Ficción GeneralNaskah ini bukan cerita erotis, bukan cerpen, bukan novel. Ia adalah coretan hari aku sebagai penulis yang telah lama berkecimpung hampir 30 tahun, segala thought yang ada dalam benakku, nukilan, pendapat, gerak hati, kata hati, dan apa sahaja yang...