Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Setiap kali mengutarakan isu melancap, sudah pasti kita akan mengaitkannya dengan golongan lelaki sahaja bukan? Pun begitu, ketahuilah bahawa golongan wanita onani juga!
Menurut kajian yang dilakukan oleh The Kinsey Institute, kira-kira separuh daripada populasi wanita di Amerika Syarikat melancap sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
Nicole Prause yang merupakan Pakar Seksual mengatakan, perkara ini adalah normal. Wanita juga akan beronani untuk mendapatkan kepuasan seksual, sama seperti lelaki.
Namun, tahukah anda terdapat beberapa perkara menarik yang ramai tidak tahu mengenai onani dalam kalangan wanita?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!
Fakta menarik tentang wanita onani
#1. Ia adalah bagus untuk wanita
Terkejut dengan penyataan ini? Tenang, ia mungkin ada benarnya.
Hakikatnya, onani mampu melancarkan perjalanan darah serta mengeluarkan hormon endorfin dalam tubuh badan seorang wanita.
Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai 1 terapi untuk mengurangkan stres dan melegakan rasa sakit atau kejang akibat haid (PMS).
Dalam erti kata yang lebih mudah, melancap adalah bagus untuk wanita dalam pelbagai aspek.
#2. Ia dijadikan sebagai terapi untuk mudah tidur
Sebenarnya, terdapat banyak lagi terapi yang kita boleh lakukan untuk mudah tidur selain minum susu lembu atau kira bulu kambing biri-biri!
Menurut kajian yang pernah dijalankan, kira-kira 32% wanita beronani setiap kali mereka berasa sukar untuk tidur.
Ini kerana mereka percaya ia adalah sebagai 1 bentuk terapi untuk mudah tidur. Lebih mengejutkan, ramai yang percaya bahawa ia adalah sangat berkesan.
#3. Onani boleh membantu kehidupan seks wanita
Menurut Yvonne K. Fulbright yang merupakan seorang Pakar Seksual, melancap boleh menjadikan seseorang wanita itu berasa yakin dan selesa dalam perihal kehidupan seks.
Ini kerana ia memberi peluang kepada kalian untuk belajar mengenali tubuh badan sendiri.
Ini adalah penting sebagai 1 eksperimen terhadap diri anda untuk mengetahui dan memahami tentang kemahuan seksual anda.
Dalam pada itu, ia juga boleh jadi 1 teknik untuk memuaskan nafsu sendiri sekiranya gagal mencapainya bersama pasangan tercinta anda.
#4. Onani boleh membantu masalah seks pramenopaus
Menurut Judi Chervenak yang merupakan seorang Pakar Ginekologi, melancap boleh membantu wanita menyesuaikan diri ketika berada dalam fasa pramenopaus.
Persoalannya, bagaimana?
Sebagaimana yang kita tahu, tubuh badan wanita normal akan menjalani banyak perubahan.
Antaranya adalah faraj akan menjadi kering dan sempit sekali gus menyebabkan proses penetrasi zakar sukar dijayakan.
Oleh itu, melancap setiap kali sebelum melakukan hubungan seks mungkin boleh membantu mengelakkan masalah ini selain meningkatkan lagi libido seorang wanita itu.
Namun, jika perbuatan itu hanya akan mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada anda, segera hentikannya.
Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu ya!
#5. Ia tidak perlu diakhiri dengan orgasma
Hakikatnya, rata-rata individu terutamanya lelaki melakukan onani semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seksual.
Pun begitu, ketahuilah bahawa golongan wanita tidak semestinya perlu mengakhiri perbuatan ini dengan orgasma.
Ini kerana melancap dalam kalangan wanita adalah lebih kepada 1 pengalaman untuk mereka.
Penyataan ini adalah sangat berbeza bagi golongan lelaki yang melakukannya semata-mata untuk memuaskan nafsu syahwat.
Jadi, jangan berasa tertekan sekiranya anda gagal untuk mencapai klimaks setiap kali beronani.
Sebaliknya, berilah masa, ruang dan peluang untuk diri anda belajar mengenai tubuh badan anda sendiri. Ia sudah tentu lebih bagus untuk kehidupan seks kalian.
Akhir kata, ternyatalah bahawa terdapat banyak manfaat onani bagi golongan wanita.
YOU ARE READING
CORETAN HATI TICERSHAM
Ficção GeralNaskah ini bukan cerita erotis, bukan cerpen, bukan novel. Ia adalah coretan hari aku sebagai penulis yang telah lama berkecimpung hampir 30 tahun, segala thought yang ada dalam benakku, nukilan, pendapat, gerak hati, kata hati, dan apa sahaja yang...