Ramai yang tertanya-tanya, sejak cerita ini ada di alam maya, sejak akhir tahun 90an hingga kini, siapakah Suraya.
Baiklah, sebenarnya Cikgu Suraya adalah cikgu yangmengajar aku masa tingkatan 4 dan 5. Dia memang cantik la pada waktu tu, fesyan zaman 90an. Wajah manis, kulit cerah, kira memang jadi bahan budak-budak lelaki layan imaginasi, termasuklah aku.
Kalau time saya, kami geng-geng lelaki memang akan ke rumah dia, kalau dia tak balik kampung, jadi memang tau la kawasan rumah dia tu. Selalu jugak aku main basikal ronda dengan kawan-kawan kat tempat tinggal dia tu.
Ada satu petang tu, masa lps main bola, masa tu aku form 5, nak balik ikut kawasan umah Cikgu Suraya, kebetulan time tu mmg hujan. Lenjun abis, dan pada masa tu juga, mmg tayar basikal aku pancit. tapi redah jugak balik, pancit pun kayuh jugak....Takde apa berlaku pun. Hahahaha...
Pastu aku masuk form 6, sekolah yang sama. Masa form 6 tu la aku kenal penulisan ilmiah, sastera dan lain-lain, sebab macam aku cakap post yg lepas, memang aku amik subjek tu. Dan dalam masa yang sama, aku dok baca buku-buku erotis (macam post yang lepas). Jadi, aku pun terniat nak cuba cuba menulis, dan tumpuan pertama imaginasi aku ialah Cikgu Suraya. Sebab obses sangat dgn cikgu tu (bukan aku sorang, member lain pun sama), aku pun jadikan dia watak utama, dan Amir tu kiranya aku la. Masa tu malu nak letak nama sendiri. Aku tulis dalam bulu kulit keras saiz F4, kaler bitu tua. (buku tu ada lagi, nanti aku cari). Aku tulis guna pensel, sebab senang nak padam. Aku amik scene balik naik basikal dalam hujan, dan aku luaskan imaginasi aku seluas-luasnya mencipta adegan-adegan yang pernah anda semua baca tu. Apa yang anda baca tu, memang 100% tak ubah langsung daripada apa yang aku tulis tangan pada waktu itu, tahun 1999 aku post ke MYFIRSTTIME.COM, bila dah ada Internet kat umah guna TMNET Dial-UP 1515 52kbps. Aku print pada 9/4/2000.
Ini lah dia.....karya pertama aku
Kini, cerita Cikgu Suraya dah 24 tahun lebih berlegar-legar di alam siber, dipublish berulang kali di macam-macam medium, ada yang tukar nama watak, ada yang mengaku sendiri punya. Hahahaha......
Siapa yang ada pengalaman dengan cerita Cikgu Suraya ni, boleh share di komen di bawah. Kita kongsi......
YOU ARE READING
CORETAN HATI TICERSHAM
Ficção GeralNaskah ini bukan cerita erotis, bukan cerpen, bukan novel. Ia adalah coretan hari aku sebagai penulis yang telah lama berkecimpung hampir 30 tahun, segala thought yang ada dalam benakku, nukilan, pendapat, gerak hati, kata hati, dan apa sahaja yang...