Kepada semua pembaca setia nukilan TicerSham, aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua yang sudi membaca coretan aku ini. Terima kasih kerana tanpa sokongan kalian, nama TicerSham tidak dikenali sebagaimana hari ini.
Kepada yang pernah bertanya tentang kerjaya aku, ye, aku memang guru, memang real cikgu di alam nyata, dan kalau korang baca RKSK itu, semua yang digambarkan adalah real. Nama real, lokasi real, karektor real. Dari situ anda boleh tahu siapa aku, di mana aku berada, mengajar, dan lain-lain. jadi, tentang latar belakang aku, anda boleh ulangkaji RKSK Siri yang awal.
Sejak bila aku mula menulis?
Kalau anda baca intro, aku ada cakap yang aku dah menulis hampir 30 tahun. Bermakna aku start menulis sejak usia belasan tahun, ketika mana tiada Internet lagi pada waktu itu. Aku menulis di dalam buku kulit keras, dan yang paling best, buku itu masih aku simpan hingga sekarang, dan cerita Cikgu Suraya ada dalam bulu itu, yang mana ketika aku menulis cerita Cikgu Suraya, aku berada di Tingkatan 6. Next coretan aku akan ceritakan siapa Cikgu Suraya.
Minat menulis ini timbul tak tau bila, tapi aku suka membaca, tak kisah la karya apa pun, sebab itulah aku score subjek Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu semasa di sekolah. Melalui pembacaan, aku dapat ilmu menulis secara tak langsung, dan subjek SPM dan STPM kesusasteraan banyak membantu mengasah kemahiran aku menulis, maka terhasillah karya pertama aku CIKGU SURAYA.
YOU ARE READING
CORETAN HATI TICERSHAM
Fiksi UmumNaskah ini bukan cerita erotis, bukan cerpen, bukan novel. Ia adalah coretan hari aku sebagai penulis yang telah lama berkecimpung hampir 30 tahun, segala thought yang ada dalam benakku, nukilan, pendapat, gerak hati, kata hati, dan apa sahaja yang...