01 - Soal hati (1)
dahi aku jatuhkan atas meja sebelum aku mengeluh berat. aku tak suka perasaan ini. harus kah aku biarkan saja?
kenapa aku boleh jatuh suka pada dia? sejujurnya, aku tak pasti kenapa. pertama kali melihat dia, aku terus jatuh. entah mungkin jatuh kerana tatapannya atau kerana gelak tawa manisnya.
tapi, kenapa harus aku yang dahulu yang menyukainya? kenapa tidak dia?
ah... benar. mustahil untuk jejaka sepertinya menyukai aku yang tiada apa apa ini. dibandingkan dengan gadis itu, tentu saja aku kalah.
dan dibandingkan perasaan aku dengan hubungan persahabatan aku, aku lebih memilih persahabatan kami- aku bersama gadis itu.
"Hayla.. nah makanan kau."
aku mengangkat wajah. oh, Annisa. gadis itu menghulur sebungkus roti pau sambil tersenyum manis.
"aku tahu kau tadi tak breakfast, kan? so nah aku belanja roti pau ni. kau kena makan, lepas ni dah lah kelas PJ nanti pengsan risau aku jadinya."
"oh iya, tadi aku dah hantar sekali buku latihan kau dekat staf sebelum aku pergi kantin."
Annisa, sahabat baik aku juga seorang gadis yang disukai oleh jejaka yang aku suka.
tengok lah, siapa saja yang tidak jatuh suka pada Annisa? dia baik, sudi hulur bantuan, sentiasa murah dengan senyuman, ah pantas saja jejaka itu boleh menyukainya. bahkan wajahnya juga cantik dan manis.
aku menunduk memandang tanganku yang tidak berhenti mencubit antara satu sama lain. aku gelisah kah?
"Hayla? okey tak?" Anissa memegang bahu aku. dia cuba untuk melihat wajah ku yang setia menunduk. aku tak mahu dia lihat aku murung sebegini.
lalu aku ukir senyuman buatnya.
"ya ya okey lah Nis. thank you tau belanja aku, nanti aku belanja kau lagi."
aku tersengih.
"tak payah lah kau ni. macam tak biasa pulak. kau temankan je lah aku esok."
"esok? kenapa esok?"
"lah kau lupa? kan, kita nak beli bahan melukis untuk kelas art minggu depan. kau kata bahan kau dah nak habis?" Anissa tertawa lembut.
"kau ni banyak makan semut ke? kenapa lately selalu lupa semua benda ni?" dengan tawa lembutnya, dia menggeleng kepala.
aku membuat muka. dah reti dah budak ni ejek orang ya? entah belajar dari siapa.
aku mencapai beg sekolah ku, ingin mengambil botol air di dalam beg. ada eloknya aku pergi makan dahulu. mungkin sebab ada orang belanja, selera aku tiba tiba je ada.
chirp! chirp!
aku menoleh memandang tingkap. tanpa sedar, aku tarik senyuman nipis. bahagia betul dua ekor burung tu. berkejar-kejaran pulak depan aku.
seketika, terasa dunia sekeliling aku sunyi. seakan akan suara yang tadi aku bisa dengar kini telah pun tiada. langit biru terang dengan cakaran awan itu kemudian menarik perhatian aku.
walhal ianya cuma lah langit yang setiap masa dan setiap hari aku tengok namun tak pernah sekali pun aku rasa bosan.
aku semakin lama semakin diam menatap langit awan itu. roti pau pemberian Anissa jugak belum aku sentuh.
sehingga lah satu suara singgah di gegendang telinga.
"Anissa!"
aku terpaku. ah.. kenapa harus dia yang menyedarkan aku kembali ke alam realiti?
"hai!" suara garau itu kedengaran ceria.
dengan rasa yang kosong, aku menoleh ke pintu depan.
dan di sana, berdirinya jejaka itu. senyuman manisnya menghiasi wajah, lambaiannya jelas terlihat bahagia dan mata itu kian menatap Anissa yang sudah menunduk malu.
Anissa aku lihat membalas lambaian jejaka itu, hanya mengangkat tangannya separa bahu. tapi cukup buatkan senyuman si jejaka semakin melebar.
Anissa dengan pipi merah meronanya, Firash bersama sengihannya dan aku.. kekal statik begini.
oh ya.
aku pernah bilang kah Anissa turut sama menyukai jejaka itu, Firash?
belum? kalau begitu..
ya, Anissa dan Firash saling membalas perasaan suka.
ha...
roti pau aku tatap, tiada selera.