13 - Muse (4)

6 1 7
                                    

13 - Muse (4)



<Glad I met you>

"Jemput masuk."

Lailiy pandang Arjuna tak percaya. Adakah tadi dia jadi saksi Arjuna ceroboh masuk bilik arts menggunakan lock pick?

"Seriously Arjuna?"

"Serious lah." Arjuna tersenyum polos. Lailiy pula cuma mampu garu kening sebelum dibawa tubuhnya masuk ke dalam. Nanti ada guru lain nampak susah jadinya.

"Kenapa.. sini?" Soal Lailiy.

"Kenapa sini? Entah. Awak yang ajak saya makan sama sama waktu rehat hari ni kan?"

"Kita boleh je makan kat dewan makan, Arjuna."

"Tapi tiap kali waktu rehat saya memang akan lepak sini, Lailiy."

Lailiy angkat kening. Duduknya dilabuhkan atas kerusi. "Patut lah aku tak nampak kau tiap kali rehat. Kau lepak sini rupanya."

Kali ni Arjuna pula mengangkat kening. "Oh wow, now you're stalking me?"

Lailiy sudah panik tapi riak wajah segera dia neutralkan. "Aku nak beli makanan dulu lah."

Arjuna tergelak kuat. Riak wajah Lailiy yang berusaha sorok rasa panik dia tu lucu bagi lelaki itu. Deja vu, lucu yang comel.

"Haih kau gelak lah sorang sorang. Aku pergi dulu." Lailiy mula bangkit berdiri.

"Eh eh Lailiy!" Pantas lengan Lailiy ditarik Arjuna. Lembut saja. "Tak payah lah, aku dah upah orang belikan makanan untuk kita."

"Hah?"

BAM! Tiba tiba pintu bilik diterjah. Dan suara asing memenuhi ruangan ini.

"Juna! Kau kata nak tunggu aku kat depan dewan—"

Seorang lelaki. Tak silap Lailiy, ini rakan Arjuna yang bermain basketball bersama. Siapa ya?

Ah, Harith Sufyan.

"Oh shoot. Sorry dude." Harith menutup anak matanya dengan plastik makanan.

"Hei hei kitorang tak buat apa apa!" Sebal Lailiy. Tangannya ditarik namun Arjuna menguatkan lagi pegangannya.

"Arjuna Hilal!" Marah Lailiy. Ditarik lagi sekali tangannya dan kali ini Arjuna lepaskan.

Harith menjengulkan kepalanya di sebalik plastik hitam itu. "Betul ke korang tak buat apa apa?"

"Eish tak lah!" Bantah Lailiy. Rasa macam mahu menangis pun ada. Kenapa ni? Lailiy mahu datang bulan kah?

"Wow okey. I trust you." Harith kemudian berjalan menghampiri keduanya. Plastik makanan diletak atas meja.

"Nah, food delivery. Jangan lupa kasi tips tau."

•••

"Awak buat apa?"

Lailiy angkat muka. Arjuna yang sedang asyik menghirup susu strawberry itu dipandang kejap sebelum kembali fokus pandang buku nota bersaiz A5 nya.

"Lailiy, saya tanya ni."

"Melukis je." Langsung Lailiy tak tengok Arjuna.

Arjuna mengeluh kecil. Susu strawberry diletak atas meja. Dia tengok Harith yang sudah tidur atas kerusi yang disusun berbaris. Arjuna berdiri, dia mendekati Lailiy. Kerusi ditarik lalu diletak betul betul depan Lailiy.

Arjuna pandang wajah Lailiy. Seketika dia mencebik. Lailiy terlalu fokus dengan lukisannya sampai tak perasan Arjuna duduk di depannya.

Arjuna letak kepala atas meja. Ditilik wajah Lailiy itu.

MAYWhere stories live. Discover now