14 - Mungkin Jodoh Kot (1)

4 1 11
                                    

14 - Mungkin Jodoh Kot











"Adik. Ada orang risik kau."

What a good starter! (sarcasm)

Mendengarkan hal itu, Sheen yang dari tandas itu pantas keluar berlari menuju ke arah sang ibu yang sedang berdiri mencekak pinggang sambil tengok kaca televisyen. Tipikal mak mak bila ada siaran berita.

Puan Seri melihat anak gadis bongsunya. Muka dilekat dengan masker hijau, mata pulak sudah merenung dirinya. Betul ke dia lahirkan anak ni? Kenapa rupa sama macam watak hantu dalam Pontianak 200kg tu?

"Ma, apa? Ulang semula? Rasanya orang salah dengar tu."

"Salah dengar apa nya. Betul lah tu, kau kena risik. Tadi pagi belah keluarga lelaki tu datang sini siap bawak Tupperware lagi."

"Mama terima ke tak Tupperware tu?"

"Eh engko ni. Tu tak penting. Yang penting jawapan kau tu, kau terima ke tak risikan tu?"

"Ma! Macam lah orang tak tahu, Mama kalau nampak Tupperware suka hati je buat keputusan sendiri. Mama terima kan risikan tu?"

Puan Seri diam. Matanya terhala tengok berita. "Uish, Fattah Aman cerai? Apa kes nya pulak kali ni?"

Dramatiknya Sheen melutut di tengah tengah ruang tamu itu. Mask wajah nya sedikit tertanggal, menampakkan lagi efek hatinya kecewa dengan sang ibu. Sheen tahu, pasti ibunya terima risikan tu!

Allah, bagaimana dengan Lee Deokyeom dia? Bagaimana dengan kekasih dalam buku cinta nya? Bagaimana dengan pakwe di dalam komik nya? Tidak sanggup dia menduakan mereka semua.

"Argh!"

Tercebik cebik bibir Sheen menoleh ke belakang. Abangnya, Syah terkejut beruk. Terkejut dia tengok adiknya yang one and only ini kelihatan messy. Dengan mask wajah yang tertanggal, dengan air mata yang mengalir deras, dengan kerutan di dagu nya.

Buruk, sumpah.

"Kau buat apa tengah tengah jalan ni?"

"Abang, boleh tak orang tinggal kat hostel Abang?"

"Otak tu lain kali biar pandai sikit. Kau ingat hostel aku tu ada perempuan ke? Tak boleh, semua lelaki mata keranjang."

"Abang, orang tak nak kahwin..."

"Aik? Ada ke orang nak kat kau?"

Semakin deras tangisan Sheen di tengah tengah ruangan itu. Fakta yang menyakitkan.

"Dah lah tu Syah. Adik kau tu drama je lebih, orang datang merisik aje pun."

Laju Syah pusing kepalanya lima puluh darjah, pandang sang ibu yang tengah menggauli bahan nak buat karipap dengan selamba.

"Ada orang risik Adik? Kenapa Syah tak tahu apa apa ni?"

"Orang risik tu pagi tadi. Kau balik sini petang, mana nya nak tahu. Dah lah aku nak buat karipap ni, Adik teman aku buat karipap."

"Tak mahu! Orang frust ni Ma!"

"Lima puluh sen satu biji."

"Baik ibunda."

Riak wajah yang tadi tersebek sebek menangis kini berubah semangat. Biasa lah, Nur Afsheen kan gila harta sikit.

Lima puluh sen satu biji. Kalau buat lima puluh biji dapat, dua puluh lima ringgit. Cun, beli aiskrim potong lima batang.

•••

"Baba! Pinjam motor ek!"

Laung Sheen dari depan rumah. Matanya terhala pandang sang ayah yang memotong rumput di kawasan rumah.

MAYWhere stories live. Discover now