10 - Muse (1)
<Pertemuan Pertama>
Pertemuan kali pertamanya bersama lelaki itu setelah bertahun tahun lamanya.
Lelaki yang bersinar terang di bawah bulan. Lelaki yang senyumannya lebih manis berbanding madu dan gula. Lelaki yang tingkah lakunya lembut dan sopan.
"Nur Lailiy."
Lailiy mengetap bibirnya. Ah, lelaki itu masih ingat dirinya. Untuk apa? Dia tidak penting pun dalam hidup lelaki itu.
Sekadar seorang pelukis biasa sahaja.
"How have you been?" Lelaki itu tersenyum nipis. Lailiy tak mampu membalas tatapan mata si lelaki. Anak mata Lailiy sekejap ke hulur sekejap ke hilir. Apa yang penting, dia tak mahu bertentangan mata dengan lelaki itu.
Lelaki yang namanya bermaksud sinaran bulan pertama.
"Tak sangka kita berjumpa macam ni. High school reunion? Cliche nya." Lelaki itu kemudian tergelak kecil, entah apa yang lawak pun Lailiy tidak mengerti.
"Yeah, cliche." Gumam Lailiy perlahan.
"Lailiy?"
"Uh sorry, you cakap apa tadi?
Lelaki itu tergelak lagi. Lailiy kekal diam, lelaki ini tidak berubah langsung. Masih suka tertawa tanpa sebab.
"Life awak macam mana? Bahagia ke?" Tanya si lelaki.
Lailiy tersenyum lembut. Sebelum dia menjawab, "Alhamdulillah, I bahagia je. Setakat ni takde drama rampas merampas laki orang. You pulak?"
"Sama lah. Bahagia." Ringkas dan padat.
Lailiy tak mahu bertanya lebih. Dia sedar, masih ada garis batasan di antara mereka.
Kemudian keduanya mendiamkan diri. Menikmati pemandangan malam di balkoni hotel.
Acara reunion sekolah ini diadakan di hotel termewah milik keluarga salah satu rakan sekelas Lailiy. Padahal boleh saja mereka mengadakan acara ini di pantai. Saja mahu ambil fancy.
Dan disebabkan Lailiy tak biasa dengan acara mewah ini, dia membawa diri ke luar balkoni. Lebih baik dia tengok pemandangan malam daripada tercegat di dalam.
Sehingga lah muncul nya seorang pangeran menemani Lailiy, atau lebih tepat lagi lelaki itu datang menganggu privasi nya untuk bersendiri. Nak halau pun tiada guna, balkoni hotel ni bukan dia punya pun.
"Lailiy." Suara itu lembut memanggil. Sekaligus membuatkan Lailiy menoleh ke tepi.
"Awak.. masih melukis?"
Soalan yang diajukan itu benar benar buatkan Lailiy terdiam lama. Jari telunjuk menguis cincin yang disarung di jari manisnya.
"Tak aktif macam dulu lagi." Jawapan yang berbelit diberi.
"Saya rindu nak tengok lukisan awak."
Lailiy angkat kening. "Tiba tiba je?"
"Saya tak tipu bila saya kata saya admire lukisan awak."
"Kau buat apa kat sini?"
"Admiring your art."
"Tapi lukisan I tak cantik mana pun. Just a doodle."
"But its meaningful." Lelaki itu tatap anak mata Lailiy. Senyuman manisnya terukir.
"Bercakap pasal lukisan." Tambah lelaki itu kembali. "Dah lama saya nak tanya. Siapa lelaki dekat buku lukisan awak tu?"
Lailiy terkaku.
"Kenapa awak tak lukis muka dia? Is it someone yang berharga buat awak?"
Lailiy perlahan memandang wajah lelaki itu. Kenapa dia tak lukis wajah orang di dalam lukisannya?
Because that guy is you, Arjuna Hilal.
•••
"Kau lukis apa tu Aili?"
Aili— Nur Lailiy Ana, seorang pelukis biasa.
"Doodling je. Takyah sibuk pergi main jauh jauh." Pipi sahabatnya Sya, ditolak dengan pen. Tidak suka bila lukisannya dilihat orang lain walaupun sahabat baik sekalipun.
Sya mencebik tak puas hati. "Ni mesti kau lukis rumah orang lagi kan?"
"Rumah orang apa nya. Kau ingat aku ni stalker ke?"
"Macam lah aku tak pernah tengok semua lukisan lukisan kau Aili oi. Cantik tu memang lah cantik tapi cuba lah kau lukis aku yang lawa ni ke. Tiap kali melukis, rumah jugak yang kau pilih."
"Bising lah kau ni. Macam mana lah Hariz boleh tahan dengan kau?"
"Pakwe jangan sebut ek.
"Bila masa tah dia jadi pakwe kau." Gumam Lailiy kecil. Tak mahu Sya dengar apa dia cakap, nanti berang pulak budak kecil tu.
"Dah lah. Bazir air liur je cakap dengan kau. Aku pergi medik jap. Nak tolong apa yang patut."
"Yelah. Aku tunggu sini, jangan lama pulak. Kau kata nak temankan aku beli aiskrim tadi kan?"
"Iyo lah. Dah bye!"
Sya melangkah pergi dari kawasan tempat duduk penonton. Lailiy mengangkat muka, dilihatnya peserta larian sudah pun tamat berlawan. Patut lah Sya pergi ke kem medik.
Maklum lah, Sya kan ahli pasukan bulan sabit.
Lailiy cuma mendiamkan diri di tempatnya sementara orang sekelilingnya sudah bersorak girang apabila satu acara larian bakal berlangsung. Larian pecut 100m.
Ah. Ini kan acara yang diikuti mamat itu, Arjuna Hilal.
Patut lah ramai yang bersorak. Arjuna itu rumah sukan kuning, tapi yang bersorak untuknya itu termasuk lah pelajar perempuan dari rumah sukan lain.
Adeh. Pelik, Lailiy yang rumah sukan kuning ini pun tidak bersorak buat pasukannya. Mereka pulak yang melebih.
Lailiy menggelengkan kepala. Tak mahu ambil peduli, dia kembali fokus melukis. Earbud disumbat ke dalam telinga. Lagu FML dari Seventeen dipasang.
Intro, Pre-Chorus, Chorus, kembali semula ke Pre-Chorus.
Lagu ini, mencerminkan kehidupan Lailiy. Tentang dunia yang rosak, tentang diri sendiri yang begitu bodoh, tentang arah yang hilang.
In this f*cking world, I'm the only stupid
I lost my way, I lost my aim
Dumbest person alive—Tap!
Lailiy tersentak. Bahunya terasa ditepuk dari arah sebelah kanannya. Lekas Lailiy menoleh.
Arjuna Hilal.
Duduk di sebelahnya, mengukir senyuman manis.
We're so used to feeling numb in this life
Now I just wanna find myself🌠
muse
a muse is a person who serves as an artist's inspiration.FML - Seventeen
Lagu ini juga tentang mereka yang ingin mencari diri sendiri setelah lamanya kehilangan satu tujuan.Rindu update MAY ಥ‿ಥ