17 - last [what if]

5 1 12
                                    

17 - last [what if]




"Abang Rin tangkap gambar kitorang dua lagi sekali."

Khalish mengangguk kecil dengan senyuman tipis yang terukir spontan di bibir. Farah datang kepadanya menghulur telefon milik si gadis, lantas Khalish mencapai telefon itu.

"kali ni kau kena senyum betul betul tau Sufi!" suara Farah menjengah telinga. Khalish mengangkat wajah, melihat sepupu dan sahabatnya yang bernama Sufiah itu.

dan apabila mata memandang wajah Sufiah, entah kenapa tawanya lepas. tengok lah betapa pasrahnya muka sahabat Farah itu. sama macam muka yang adiknya, Kaisara, pernah buat waktu dia dipaksa ambil gambar.

Khalish tanpa berlengah mengangkat telefon Farah tinggi, dibawa di depan wajah. dengan ketinggiannya, frame kamera itu betul betul terletak cantik menangkap gambar dua gadis itu.

dan Sufiyah— pfft. gadis itu nampak sangat tak suka bergambar, non photogenic lah ni? aduh kesian dia terpaksa layan karenah Farah.

tengok lah betapa malasnya gadis itu bila Farah duk mengadu agar Sufiyah senyum—

Khalish terkebil kebil. ha? senyuman milik Sufiyah... manis.

tak tipu, memang manis.

"Abang Rin nak tangkap gambar tu tolong kira eh!"

Khalish tersentak kecil. suara Farah kembali menjengah, menyedarkan Khalish. terus dia tersengih malu, kemudian dia ikut saja lah apa yang Farah mahukan.

"okey. satu.. dua..."

Khalish pandang anak mata Sufiyah melalui skrin telefon. wajah itu, nampak lega?

"tiga." dan punat kamera ditekan banyak kali. menangkap setiap perbuatan Sufiyah. dari dia tersenyum lega, dari dia tunjuk muka bosan, dia membentak kecil sebab penat senyum, dia sebal sebab Farah minta tangkap gambar lagi.

"ish Sufi free style lah cepat!"

dari skrin kamera, nampak sangat Sufiyah tengah tahan geram tapi dia layankan jua perangai Farah. tak semena mena terlepas perlahan tawa Khalish. lucu tengok gadis itu buat free style macam pakcik pakcik rock. lagi lagi dengan raut wajah mendatarnya, sungguh lucu di mata Khalish.

apabila Farah meminta telefonnya semula, Khalish hanya berikan telefon itu tanpa banyak bunyi. dua bersahabat itu nampak seperti budak budak saja apabila mereka meniliti gambar masing masing di dalam telefon. sungguh Khalish tak dapat tahan diri untuk tertawa kecil.

Khalish kerling wajah Sufiyah. nampak mendatar saja, tapi entah kenapa pipi gadis itu kembung macam itu. kuat makan kah? ni mesti hasutan dari Farah ni.

"Farah, nanti send gambar tu dekat aku tau. semua sekali. ni aku dah nak gerak, mak aku dah tunggu."

kali ini suara Sufiyah menjengah telinga. kecil saja suara itu, ingin saja Khalish dekati tetapi gadis itu bukan bercakap dengannya pun. jadi tidak perlu lah kan.

"hah cepatnya?"

"hahaha.."

anak mata terkelip kelip perlahan. gadis itu, Sufiyah gelak?

"kena cepat lah. mak aku nak balik. dia penat kut, aku pun penat dah ni."

"yeke? alah kalau macam tu... see you when i see you?"

"hahaha ya Farah ya, jumpa lagi kalau berjodoh."

Khalish perhati wajah Sufiyah dari belakang. hanya terlihat pipi kembung itu saja yang bergerak naik, tersenyum hingga ke telinga. ah.. kalau tengok depan depan bagaimana ya hasil wajah Sufiyah bila gadis itu gelak?

pasti manis kan? semanis senyumannya tadi. Khalish tersenyum, untung siapa yang berjodoh dengan Sufiyah nanti.

"ish berjodoh punya lah! kau hati hati tau balik tu. jangan lupa text aku!"

"bye Sufi!"

Khalish angkat wajah, Farah yang membelakanginya dan Sufiyah yang sudah bergerak ke depan. sempat Khalish pandang wajah si gadis dari tepi sebelum dia menghilang di sebalik kerumunan.

"Farah." panggil Khalish.

"yes?"

"kawan kau tu, ambil course apa? sama dengan Ammar ke?" entah kenapa dan mengapa soalan itu keluar dari mulut Khalish.

"hurm, kejap Ara lupa lah hehe, nama course dia tu complicated. tapi seingat Ara dia tak sama course dengan Ammar."

"oh." Khalish anggukkan kepala sedikit. anak mata tiba tiba menangkap kelibat Sufiyah dari jauh. apabila gadis itu hampir melanggar seorang lelaki, sempat si gadis memberhentikan langkahnya. dalam diam Khalish menarik nafas lega.

clumsy girl, yet funny.

"kenapa Abang tanya?" soal Farah.

"tak. saja je." Khalish tarik senyuman tipis. dia pandang lagi ke depan, dan tubuh kecil itu sudah tiada.

kenapa Khalish tanya? mana tahu lah kan, mereka akan berjumpa lagi sekali? sekurang kurangnya Khalish punya satu topik, iaitu bertanya tentang pembelajaran gadis itu.

"nak Ara tanya dia tak balik nanti?"

Khalish kerling wajah Farah. senyuman kekal diukir. "tak perlu lah. nanti Abang tanya dia depan depan."

"oh?"

dan itu adalah reaksi Farah setelah itu. kemudian keduanya mula sibukkan diri dengan bergambar ramai bersama Ammar dan keluarga.

'nama dia, Sufiyah ya?'





🗝️

this chapt basically tells other perspective, which is khalish amarin.

sufiyah ingat khalish gelakkan dia sebab mekap bertaburan, tetapi the truth is khalish cuma anggap sufiyah lucu bila buat riak wajah merungut dia tu. and the fact that khalish didn't even mention about sufiyah makeup buktikan yang khalish bukan gelakkan mekap sufiyah.

two different perspective, gives one misunderstanding. that is why communication penting ye gais.

plus. pov of khalish amarin is just a pure imagination of author-nim. sufiyah irl didn't even know apa yang khalish amarin irl thought about her.

so chapter ni cuma rekaan semata mata. its not based on true story, true feeling.

thats why the topic of this chapter said, what if.

end of story.

—301024

MAYWhere stories live. Discover now