03 - Bulan Dan Bunga (1)

13 1 4
                                    

03 - Bulan dan Bunga (1)





"Weh tadi aku tengok depan mata kot."

"Betul ke dia kena marah dengan cikgu disiplin?"

"Tu ah dia tu berlagak siak. Acah beku konon."

"Kenal Iysa? Iysa Hayyan, senior form lima?"

"Bro, Iysa kena denda lagi."

Rumor. Sampai bila pun tak akan berhenti. Munira menghela nafas. Lagi lagi tentang lelaki itu.

Iysa Hayyan. Pelajar yang sering kali keluar masuk disiplin. Kesnya? Ponteng sekolah, membawa bahan terlarang, langgar peraturan pemakaian, dan lagi teruk kes buli.

Setiap hari, pasti ada saja gosip hangat tentang dia. Jujur, Munira penat mendengarnya. Apa lelaki itu tak memikirkan tentang prestasi dan imej nya?

Iysa Hayyan yang dikatakan pelajar paling bermasalah. Iysa Hayyan yang dikatakan anak dari keluarga bangsawan sebab itu kes berat jejaka itu 'ditutup' begitu saja. Iysa Hayyan yang dikatakan hidupnya sempurna dan seronok.

Akan tetapi Iysa Hayyan yang mereka kenal tak sama dengan Iysa Hayyan yang Munira kenal.

Percaya atau tidak, Iysa Hayyan itu hidupnya sedikit bergantung pada Munira-

"Awak sini rupanya." Ujar Munira sebaik saja anak matanya menangkap kelibat Iysa yang tengah duduk di tepi stor sukan.

Iysa mengangkat wajah. Anak matanya menatap sepasang mata milik gadis itu sebelum dia mengeluh kasar. Tak suka bila gadis ini menganggu kententeramannya.

"Kau nak apa?" Soal Iysa kasar. Tuala kecil yang basah dengan peluh itu diletaknya menutup wajah. Mahu melenakan diri sendiri. Maklum lah baru habis kena denda kemaskan stor sukan.

Munira mengeluh kecil. Kasar betul lelaki ini.

Beg kotak yang dari tadi dibawanya diletak dekat tepi kaki Iysa. Sempat Iysa membuka matanya dan melirikkan matanya di sebalik tuala itu. Tahu lah dia apa isi dalam beg tu.

"Umi masak nasi goreng kampung. Dia tahu awak suka makan telur mata lembu. So dalam tu ada dua biji telur. Habiskan tau."

Iysa diam. Begitu juga Munira. Bila tidak ada respon dari lelaki itu, Munira kemudiannya berdiri. Lebih baik dia pergi sebelum waktu rehat ni tamat.

Namun belum sempat lagi dia melangkah, suara Iysa menghentikannya.

"Kau tak payah nak kesian dekat aku. Pandai aku jaga diri aku."

Munira mengetap bibirnya. Penumbuknya dikepal. Sumpah dia benci lelaki ni.

"Umi Abah anggap awak macam anak diorang sendiri. At least hargai usaha yang diorang buat untuk awak."

-Atau lebih tepat lagi. Munira yang hidupnya bergantung pada Iysa. Munira yang mana kasih sayang dari orang tua nya cuma dia dapat bila berkaitan dengan Iysa.

"Saya tak perlu nak kesian dekat awak, apatah lagi nak bersimpati." Ujar Munira lagi. Lalu langkahnya yang dihentikan tadi kini diteruskan.

"Pathetic." Kesal Munira. Entah sindiran itu untuk lelaki itu atau untuk dirinya.

🥀🌑

Bunga Munira, gadis tak sempurna.

Orang kata dia beruntung. Punya kedua ibu bapa yang penyayang dan baik hati. Punya seorang kakak yang pintar dan cantik. Pokoknya, keluarga gadis itu kelihatan harmoni.

Padahal Munira tak merasakan semua yang dikatakan 'harmoni' itu.

Ya, Umi Abah memang penyayang, baik. Kakak memang cantik, pintar. Dia pulak? Sudah semestinya semua menganggapnya anak gadis yang sempurna dan beruntung.

Ragu. Munira agak ragu mendengar pujian itu. Kerana dirinya rasa kosong. Tiada istilah sempurna atau untung. Semuanya kelihatan hening.

Dari kecil lagi, dia sering ditinggal sendirian. Umi Abah kerja. Kakak sekolah. Dia sendiri di rumah banglo bertingkat dua itu. Kalau dulu waktu dia tadika, ada Bu Edah. Pembantu rumah yang sudah lama berhenti sewaktu Munira menginjak lima belas tahun.

Sejak itu, Umi Abah tidak lagi upah pembantu rumah. Kata mereka, Munira sudah cukup usia untuk menjaga diri sendiri.

Biasa sendiri. Semuanya sendiri.

Bahkan apabila Umi berhenti kerja setahun yang lalu pun Munira tetap sendiri. Kadang kala Umi cuba untuk merapatkan diri dengan Munira. Tapi gadis itu tak bisa.

Tahu perasaan itu? Perasaan di mana kamu terbiasa sendiri sehinggakan kehadiran orang di sisi kamu buatkan kamu tidak selesa? Dan perasaan itu, Munira dapat rasa bila bersama keluarganya.

Iysa Hayyan. Dia datang lalu membawa kata harmoni dalam keluarga Munira. Disebabkan dia, meja makan penuh dengan pelbagai makanan. Ruang tamu yang dahulunya sunyi tidak terdengar suara televisyen, kini bercampur baur dengan cerita yang tiada hentinya.

Ah. Ini kah harmoni kekeluargaan yang sudah lama Munira tak rasa- bukan. Ini kah harmoni kekeluargaan yang memangnya tidak wujud dalam diri Munira?

Ting! Tong! Lonceng berbunyi di pintu utama.

"Nira sayang. Tolong bukakan pintu. Rasanya tu Iysa kot."

"Elok lah tu Iysa makan sini sekali."

"Fuh nasib baik ada Iysa. Laptop akak buat hal lagi!"

Munira membuka pintu rumahnya. Sesaat anak matanya membalas kontak mata Iysa. Munira menjatuhkan pandangannnya, Iysa dilihatnya sudah menanggalkan selipar. Kaki yang tersarung stokin hitam itu perlahan melangkah masuk ke dalam rumah Munira.

Pentingkan diri sendiri kah dia kalau dia tak mahu menjemput Iysa masuk ke dalam?

"Welcome."

Namun Munira gagahkan diri jua memberi laluan buat jejaka itu masuk ke dalam.

"Iysa meh sini. Duduk lah buat macam rumah sendiri."

"Iysa Iysa! Wah makin tinggi kau ek sekarang?"

Munira mendiamkan diri di depan pintu. Dilihatnya Abah yang duduk diam. "Abah, Nira keluar jap. Rasanya Nira jemur kasut Nira kat luar tadi."

"Hm. Pergi lah."

Munira keluar dari rumah.

Tak! Pintu ditutup.

Dilihat ke langit. Hujan gerimis.

Tap! Tap! Tap! Entah itu titisan hujan atau air mata.





______

Bunga masih bersedih, ya?
Iya Bulan.
Maaf, aku belum bersinar. Sisi gelapku penuh.

🥀🌑

MAYWhere stories live. Discover now