18 - 2 soon
⚠️ This chapter contain bad influence and cursing words. Read at your own risk.
BETAPA bodohnya makhluk bernama manusia.
Manusia yang meratapi sebuah penyesalan, manusia yang merembaskan air mata kerana rasa sesal memenuhi dada, manusia yang memilih jalan yang berhujung kesal— mereka lah makhkluk manusia paling bodoh.
Helaan tawa sinis keluar dari bibir. Mentertawakan diri sendiri, si manusia bodoh. Dia lah orangnya, si bodoh itu.
Kepala terasa berat, hingga kan dia perlu mendongak pandang langit gelap. Cahaya lampu menyilaukan retina mata, memaksa dua kelopak matanya untuk tertutup rapat.
"Sial.." Najmi mencarut lemah. Kotak memorinya tiba tiba saja memenuhi minda, menayangkan satu per satu momen indah, momen bahagia bersama bidadarinya.
Senyuman gadisnya,
"Awak, hai!"
Gelak tawa lembut si jelitanya,
"Hahaha, mana ada lah!"
Lirikan mata si cantiknya,
"Kenapa pandang saya macam tu? Malu lah.."
Dari mata bersinarnya, hidung tirusnya, bibir delimanya, pipi kemerahannya, bahkan setiap fitur yang ada, setiap kedutan yang menyerikan wajah si gadis, setiap lekuk wajah, semuanya sudah dihafal dengan mudah.
Lagi sekali, Najmi tertawa. Hah.. sedalam itu kah dia jatuh pada bidadarinya? Sedalam itu kah dia jatuh hingga buatkan dia enggan untuk menerima realiti? Sedalam itu kah dia jatuh sampaikan dia tak sedar dia telah hilang bidadarinya?
Dahulu, tangannya mengenggam erat tangan si bidadari— terasa begitu hangat dan nyaman.
Berkali kali jua Najmi mengepal tangannya, ingin mencari kehangatan dan kenyamanan yang dahulu ia rasai. Tetapi sayangnya, tiada lagi semua itu.
Kini, tangannya kosong— angin dingin malah berani menyapa. Menggigil hebat tangan kasar itu, bersama tubuhnya sekali.
"Sial." Lagi, Najmi berbisik kasar.
Angin dingin yang kembali menderu, memaksa dua kelopak mata Najmi terpejam erat. Dan apabila mata dipejam, satu lagi memori bersamanya diputar.
"Najmi!"
Najmi buka matanya. Laut yang terbentang di hadapan, ditenung lama. Satu lagi memori kembali menjengah. Kali ini muncul pula bayangan si gadis.
"Awak basah lah! Jangan lah main air!"
Ingat lagi dia waktu itu dia bermain air bersama bidadarinya. Si cantik merungut dan membentak kecil. Walau begitu, tetap saja bibir delima si gadis merekah dengan senyuman dan tawa suka.
Najmi hela nafas perlahan.
"Sial kau Najmi."
•••
SESAL tetap memenuhi dada.
Najmi meraup rambutnya ke belakang. Lemah kepalanya disandar ke birai katil. Kaki kanan dilipat, lengan kanan diletak atasnya. Di antara hujung jari telunjuk dan jari tengah, tersepit sebatang rokok yang buntutnya menyala mengeluarkan kepulan asap nipis.
Sebelah tangan pula menggenggam erat satu peranti berbentuk segi empat. Telefon canggih itu langsung tidak menyala, menandakan tiada mesej yang masuk.
Dan panggilannya yang entah kali ke berapa tadi masih tidak terbalas, tidak dijawab oleh talian di sana.