06 - Bulan dan Bunga (4)
"Kau buat apa dekat Nira?"
Munira memicit batang hidungnya. Masuk masuk bilik medik je, terus Taufiq sembur Iysa.
"Sabar bro." Hanif menepuk kejap bahu Taufiq. Menenangkan sahabatnya ini. Taufiq tak pernah marah, jadi kalau sampai marahnya meletus maka orang itu benar benar menguji kesabaran Taufiq.
Hanif pandang Munira dan Iysa. Memang patut Taufiq marah pun. Kalau dia jadi Taufiq, dia takkan biarkan Munira dekat dengan Iysa.
Hanif kenal Iysa, lelaki itu terlalu banyak kes disiplin. Agak mustahil untuk Hanif tak berprasangka buruk kepada Iysa.
"Betul cakap kawan kau. Chill lah, aku tak buat benda buruk pun kat little cousin kau ni." Iysa tersenyum senget.
"Dah lah tu Taufiq. Yang penting sekarang ni saya dah sedar kan?" Pujuk Munira. Harap lah Taufiq lebih bertenang.
"Awak pergi lah masuk kelas semula." arah Munira ke arah Iysa.
Iysa membuat muka datar. "Tak mahu."
"Aik? Tadi kata nak teman saya sampai Taufiq datang je? Dah pergi balik kelas."
"Ah tak nak."
Hanif terkebil kebil. Sejak bila Iysa Hayyan ni reti menggedik eh?
"Kalau dia boleh ada kat sini—" Iysa menunjuk Hanif dengar jari telunjuk. Hanif pun turut sama tunjuk diri sendiri. Okey sudah kenapa kehadiran dia dipersoalkan pulak ni?
"Aku pun nak ada dekat sini." Tambah Iysa lagi. Munira mengeluh kecil, boleh tak dia pengsan kan diri semula? Penat melayan perangai degil Iysa yang satu ni.
"Awak, Hanif tu kawan Taufiq. Hanif pun kawan saya. Tak salah dia ada kat sini."
"Dah tu? Aku pun kawan kau apa."
"Ish! Balik je lah awak ni." Munira mengjengilkan anak matanya pandang Iysa. Jejaka tu mendengus kecil sebelum tubuhnya dibawa keluar dari bilik medik.
"Korang... ada apa apa hubungan ke?" Soal Hanif. Kejap dilihat tubuh Iysa yang menjauh, kejap dilihat wajah Munira yang sudah terkejut habis.
Taufiq mengerutkan keningnya. Hubungan? Munira dengan Iysa? Lantas dia mendekati tubuh kecil Munira.
"Bunga Munira, apa kau buat ni?" Agak tegas suara Taufiq bertanya. Lagak macam seorang abang memarahi adik.
"Eh kejap! Korang salah faham kami dua kawan je!"
"Habis tu kenapa kau selalu menghilang waktu rehat?"
Hanif mengangguk berkali kali. Bersetuju dengan soalan yang diutarakan oleh Taufiq. Biasanya dia nampak Munira lepak terus dengan kawan dia. Tapi sejak bulan lepas baru Hanif perasan gadis itu selalu terlewat masuk kantin.
"Haih... saya tak tahu macam mana nak explain. Complicated. Urm Abah dengan Umi macam kenal Iysa. Diorang suruh saya jadi kawan Iysa pastu Umi selalu bekal kan makanan untuk Iysa. Sebab tu tiap kali waktu rehat saya selalu hilang, saya cari Iysa nak bagi bekal tu."
"Lah dia takde duit belanja ke? Mak pak dia tak kasi makan ke apa?" Sampuk Hanif.
"Iysa tu.. uh dia tinggal seorang kat rumah sebelah tu."
Taufiq terkaku. Rumah sebelah? Tinggal seorang?
"Eh? Bukannya rumah tu kosong ke?" Tanya Hanif. Macam lah dia tak tahu rumour pasal rumah kosong tu. Ramai cakap rumah tu berisi sebab dah takde orang tinggal situ. Ramai jugak yang cakap rumah tu pernah ada kes bunuh.
Jadi bagaimana boleh Iysa pulak yang tinggal situ? Penetap haram ke apa budak tu? Dia tak takut ke kena baham hantu nanti?
"Entah lah. Umi cakap, rumah tu milik keluarga Iysa."
"Mak pak dia tak tinggal dengan dia ke?"
"Tak langsung. Saya selalu hantar bekal sampai depan rumah. Tak pernah nampak ibu ayah Iysa. Tapi kadang sekali sebulan ayah dia datang. Mungkin orang tua Iysa kerja jauh?"
"Mungkin. Entah entah Iysa tu anak orang kaya tak ke?"
"Nira." Panggil Taufiq.
"Eh sabo Topek. Aku belum habis ber teori ni— okey fine." Hanif menutup mulut. Taufiq macam serious je.
Munira kemudian menoleh pandang Taufiq. Berkerut terus dahi Munira sebaik saja melihat wajah Taufiq yang seakan akan pucat tu. "Taufiq?"
"Aku... aku balik dengan kau hari ni. Nak jumpa Umi kejap."
Munira diam. Dia tak suka Taufiq versi lagi satu ini.
🥀🌑
Ting!
Iysa mengangkat wajahnya dari menyembam terus di atas lengan sendiri. Telefon pintar yang terletak atas meja tu diambilnya.
Skrin telefon dibuka. Mesej notifikasi dibacanya.
Ayah
Aku jenguk rumah malam ni.Iysa diam. Telefon tadi diletak begitu saja. Wajah disembam semula atas lengan.
Tapi tak lama kemudian dia mengangkat wajahnya kembali. Telefon diangkat.
You
No need.Rumah? Iysa tergelak sinis. Bodoh je.
🥀🌑
Sempena birthday purflwrs saya hadiahkan dua chapter sekaligus (ノ◕ヮ◕)ノ*.✧
next chapter will be the last chapter of bulan dan bunga story. mianhaee~
YOU ARE READING
MAY
Ngẫu nhiênrandom story. can be cute, fluff, romance, villain, comfort, angst, etc.