BDI 1

6 1 0
                                    

Terlihat seorang gadis sedang memberi perhatian sepenuhnya pada lukisannya, Jari jemari nya terlihat sangat lintah menggerakkan pensil itu.

"Serena!" terjah seseorang membuatkan dia terkejut sehingga pensil miliknya terlepas dari genggamannya.

Serena Sara yang berusia 17tahun dan dia dikenali sebagai budak seni dan juga terkenal kerana kemahirannya terhadap seni.

"Nuha, jangan lah terjah macam tu, Nasib aku tiada serangan jantung tau" tegur Serena dan kedengaran sedikit bebel membuatkan Nuha tersengih.

Fatyn Nuha, satu satunya kawan serena yang berada di kelas seni itu, mereka berdua ini juga dianggap serupa adik beradik pada pandangan orang-orang di sekolahnya.

"That was my fault, sorry serena" Nuha bersuara lagi sambil mengangkat tangannya dan menunjuk peace.

Serena mengeleng kepala dan sambung melukis semula, Nuha yang masih tersengih itu mula menjenguk-jenguk ingin melihat lukisan serena.

"Look beautiful mystery as always." Nuha beri komen pada gambar lukisan Serene itu, kedengaran seperti nuha sudah terbiasa melihat Serena melukis lukisan yang sulit dia fahami.

Serena hanya tersenyum tipis mendengar komen dari kawannya itu dan terus menerus melukis sehingga selesai.

"Done!" Serena bersuara selepas beberapa minit dia terdiam kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya pada lukisannya itu.

"Aku tak faham lah, kau selalu melukis, tapi tak pernah izinkan mana-mana cikgu tampalkan lukisan kau ni, dekat papan seni terbaik tu" bebel nuha, Serena hanya pekakkan telinganya dan mengemas semua barang-barangnya.

"Hah, nak mengelak lah tu." tegur nuha sambil mencebik bibir.

"Jom Nuha, semua orang dah balik, kita dua je belum, dah pukul berapa dah ni."  Serena cuba alihkan topik nuha itu dari fikirannya.

"Alright rena, let's go home." akhirnya nuha mengalah, dia tahu Serena tidak akan sesekali menjawab persoalannya itu.


(OG) Buang Derita IniWhere stories live. Discover now