BDI 15

0 0 0
                                    

Ppang!!

Serena memandang ketepi apabila pipi kanannya ditampar keras oleh ibunya, sakit dan pedih itu tidak dapat dia ungkapkan walaupun dengan air mata.

"Aku dah agak, kau mesti pergi menyundal dengan jantan kat luar sana, kali ni dengan lelaki mana pula?" soal ibunya, sungguh hina Serena pada mata ibunya sekarang, wanita dihadapannya bukan ibu yang pernah dia sayang dulu.

Serena diamkan diri, dada terasa sesak dan berat, amarah terus menerus membara dalam jiwanya, nak lepas tetapi dia masih jaga adabnya pada ibunya.

Ppang!!

kali kedua pipinya dilempang apabila Serena masih mendiamkan diri, Serena menahan sakit di pipinya, tubir matanya terasa panas.

"Kau masuk dalam bilik kau sekarang, kau jangan keluar!" tengking ibunya, Serena hanya mengangguk dan pergi, sempat dia memberi senyuman kecil pada adiknya, adiknya menunjuk wajah cebiknya pada Serena.

"Kau jangan sentuh anak aku" tegur ibunya dengan pandangan penuh hina, Serena tarik semula tangannya daripada memegang adiknya.

"besok kita tidur sama sama ye?" bisik Serena, adiknya hanya mengangguk perlahan lahan.

Serena melihat gambar pada skrin telefonnya, yang di mana Serena dan Fazry dipotret secara senyap.

"siapa pula sanggup hina diri ni ya Allah.." bisik Serena, sakit apabila ibunya lebih percaya orang luar berbanding anaknya sendiri.

"Selama dia menjaga aku, dia tak pernah langsung kenal anak dia? perangai anak dia pun? lebih percaya orang lain berbanding aku..." bisik kecewa Serena, dadanya terasa benar benar berat, entah kenapa hidup dia semakin kucar kacir.

Serena terlelap tidur di tilamnya, di keadaan dia sedang terlena itu, dia merasakan sentuhan lembut di rambutnya.

Serena buka matanya perlahan lahan, ada seorang wanita berumur memakai baju berwarna putih, senyuman terlihat sangat manis dan tenang.

"Rena dah bangun? kenapa cucu nenek ni nampak serabut sangat." ujar wanita itu, serena masih terpegun melihat wanita itu.

"nenek..." panggil Serena apabila dia sedar bahawa itu neneknya, boleh dikatakan arwah neneknya, ini mimpi.

"maaf kan nenek ye sayang, comotnya cucu cantik nenek ni, come here peluk nenek" neneknya mengangkat tangannya itu beri ruang supaya Serena memeluknya, Serena terus memeluk neneknya dan menangis.

"Nenek, i'm tired, she didn't love anymore. dia dah benci Serena, kenapa orang fitnah serena seteruk ni, Serena tak cari masalah dengan orang pun." luah Serena, neneknya hanya mengangguk berkali kali dan terus menerus menggosok belakang Serena.

"Serena sayang, kamu kena kuat, kamu kena jaga solat, jaga benda wajib, pergi lah mengadu pada Allah, minta pertolongannya, insyaallah suatu hari nanti kamu akan tahu siapa yang teruk sangat fitnah kamu.kalau mereka tak sayang kamu,nenek yang akan sentiasa sayang awak ingat tu." pujuk neneknya lembut, Serena tersenyum kecil mendengar pujukan neneknya. lama kelamaan bayang bayang neneknya semakin pudar.

"ne-nenek, no no dont leave me" merayu Serena, neneknya hanya meninggalkan senyuman manis sebelum bayangnya pudar sepenuhnya.

"Nenek!!" jerit Serena apabila tersedar dari lena, dadanya bergelora seperti ombak. Serena memejam matanya dan menenangkan hatinya.


(OG) Buang Derita IniWhere stories live. Discover now