Serena putar putar sudunya perlahan pada buburnya, tiada selera pula nak makan, dia memandang ibunya yang sedang senyum senyum melihat telefon bimbitnya.
"chat dengan orang tu lah tu." gumam Serena perlahan. dia hanya biarkan sahaja ibunya yang sedang angau bercinta, semalam bukan main mengamuk sampai ajak dia balik kampung, tiba-tiba pagi tadi ibunya kata tidak jadi nak pergi.
"serena, aku nak keluar dengan adik adik nanti" Serena mengangguk berkali kali, malas hendak menanya.
"Dia suruh ajak kau sekali, kau nak ikut?" tanya ibunya, Serena mengeluh perlahan sebelum menjawab pertanyaan ibunya.
"Serena nak keluar dengan kawan nanti, mommy pergi je lah dengan adik adik." jawab Serena dan hanya menunjuk reaksi kosong.
"Orang dah gatal memang berani nak keluar rumah. kalau aku dapat tahu kau buat perangai, siap kau aku kerjakan." sindir ibunya, sempat perempuan itu mengugut Serena, Serena hanya pekakkan telinga dan hanya diamkan diri.
Ting!
Fazry
serena, awak dah siap? pukul 1 nanti saya datang ambil awak.serena melirik lirik pada skrin telefonnya, dan hanya membaca mesej Fazry dari lockscreennya.
serena menghabiskan buburnya secepat mungkin dan sesudah selesai makan dia terus basuh cawan mangkuk miliknya. dia terus melangkah masuk ke dalam bilik dan menekan aplikasi hijau.
me
belum, aku baru nak siap siapserena pun terus mencari pakaian untuk dia sarungkan nanti, sesudah mencari, tanpa basa basi Serena terus pergi bersiap-siap.
Ting!
fazry
sayang, i have arrivedserena yang sedang sapu sunscreen pada wajahnya itu hanya melirik pada skrin telefonnya, terbeliak mata Serena bila dia membaca 'sayang' dari Fazry itu, dia terus menekan mesej itu dan melihat dengan teliti.
fazry
serena, i have arrived
editedserena terus berdehem apabila dapat tahu yang mata dia tidak salah tengok, Fazry mengedit mesej itu dengan cepat, lelaki itu tidak tahu yang Serena sudah membaca mesejnya itu dahulu sebelum dia edit.
tanpa berlengah masa, Serena terus menutup semua suis sebelum keluar rumah. rumah yang sunyi itu dipandang kosong, ibunya dan adik adiknya pula sudah pergi lagi awal dari dia, harap ibunya pulang lah harini.
fazry yang berpakaian baju polo putih itu dengan berseluar panjang berwarna nude dipandang Serena tidak henti.
'hensem pula mamat ni tiba tiba' bisik hati Serena, Fazry yang nampak kehadiran Serena itu terus membuka pintu kereta, Serena hanya memberi senyuman kecil sebelum masuk ke dalam kereta milik lelaki itu.
sepanjang perjalanan mereka. Serena dan Fazry hanya mendiamkan diri, masing-masing tidak tahu mahu bertanya apa.
"ehem, so where we go now?" tanya Serena, Fazry mengangkat keningnya sebelah, aneh. perempuan itu lupa ke yang dia nak ke mana sekarang ini?
"Nak pergi pantai, Serena" jawab Fazry tenang, dia tahu Serena tiada topik nak berborak sampaikan benda yang sudah dia inform pun Serena lupa.
Serena mengangguk berkali kali, perasaan segan mula menyerang dirinya, dia baru sedar yang Fazry sudah memberitahunya bahawa mereka akan ke pantai sekarang ini.
Serena memejam mata dan terus mengalih wajahnya ke arah tingkap kereta, malu!
Fazry yang perasan itu pun hanya tersenyum melihatnya, geli hati melihat gelagat budak kecil satu ini, comel.
YOU ARE READING
(OG) Buang Derita Ini
Non-Fiction"Am i new student and the teacher told me to find you, awak tahu mana budak-budak seni berada sekarang?"- Fazry Aidyn "Aku budak seni juga, lagi beberapa minit habis waktu rehat, just stay here with me first."- Serena Sara makin lama mereka semakin...