BDI 2

4 1 0
                                    

"Assalamualaikum..." Serene memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah, ruang tamunya kelihatan amat sunyi, mungkin adik-adiknya semua sudah dibuai mimpi.

"Dah balik? Cikgu kau kata balik awal harini, kenapa balik lambat?" tanya ibunya yang tidak menunjukkan sebarang nada marah pun, Serena hanya memandang ibunya dan diam seketika.

"Sara melukis tadi, Lupa nak tengok jam, lagipun kelas tambahan tadi sekejap sangat" jawab Serena tenang, ibunya hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"Mhmm... atleast dia tanya" gumam Serena, dia terus berjalan perlahan menuju ke biliknya yang elok-elok terduduk dihujung sana.

Serena terus terjun terbaring di atas katilnya, dia memandang lukisan cantik yang dia hasilkan pada dinding biliknya sendiri.

Tok
Tok
Tok

Serena terus buka tombol pintunya, Serena tersenyum apabila dia melihat sosok adik bongsunya berada dihadapan.

"K-ka-kak" sang adik memanggilnya dengan manja, Serena terus mengangkat adik bongsunya dan mencuit hidung milik Saisya.

"You want sleep with kakak?" tanya Serena lembut, saisya mengangguk sambil menggerak-gerakkan badannya gembira.

beberapa jam kemudian, sekarang sudah menunjukkan pukul 3pagi, dia menggosok-gosok matanya dan tersenyum apabila melihat wajah tidur adiknya.

Serena keluar dari biliknya untuk mengambil sedikit air, tekak dia tiba-tiba terasa kering.

"Turun dah dia" Serena terkejut apabila terdengar suara ibunya dan ada beberapa pakcik makciknya berada disitu. Serena menggosok-gosok matanya lagi apabila satu sosok tubuh itu terlihat kabur dimatanya.

"Sara, mommy nak ikut uncle ni, and mommy akan bawa syasya" berita itu membuatkan Serena terkejut dan geram. dia takut nak membantah keputusan ibunya.

tiba-tiba ruang tamunya jadi semakin jauh darinya, mulutnya terkunci,dia ingin cuba menghalang ibunya pergi meninggalkan dia.

'Mommy, you didn't love me anymore!?...' ayat-ayat ini terus menerus berbunyi di mindanya, Serena berharap yang dia boleh mengungkapkan kata-kata itu.

semakin jauh mereka dari Serena, semakin perlahan pergerakan Serena.

"Mommy!" Serena terjerit kecil dan sedar bahawa kejadian tadi itu hanya sebuah mimpi. badan Serena basah dengan peluh, dia melirik sebelahnya.

"Saisya?" Serena bangun dan mencari adiknya di tepi katilnya, takut jika betul tekaannya yang adiknya tergolek ketika tertidur.

"Mungkin mommy dah ambik" Serena mengeluh perlahan, mimpi tadi mula menghantui fikiran Serena, jari jemari semakin bergetar, dia mengambil mini radio yang dihadiahkan oleh nuha itu.

Serena tersedar yang ada kertas jatuh ketika dia cuba buka kotak mini radio itu, hadiah ini nuha memberinya pada minggu lepas, tidak pernah dia membuka atau menggecek kerana dia tiada masa untuk membukanya.

"Serena, if you want to calm your heart, tekan butang yang tertulis nombor 33, itu surah Ghafir untuk tenangkan hati kau, info selanjutnya, kau kena baca surat yang tertulis nombor sama dengan butang butang tu, i love you bestie." Serena terharu apabila baca surat yang ditulis oleh nuha itu.

Serena sempat melirik kotak yang penuh dengan kertas itu lalu dia menekan butang yang diarah oleh nuha, lama-lama Serena mendengarnya, hati dia semakin tenang, kepala dia terasa ringan.

(OG) Buang Derita IniWhere stories live. Discover now