Bab 5

224 7 0
                                    



Malam semakin larut, dan rumah yang dahulu dipenuhi dengan gelak tawa kini hanya bergema dengan bunyi hujan di luar. Ayla duduk di sudut katil, tubuhnya bergetar kecil dalam kesejukan malam, namun dia tahu bukan hanya dingin cuaca yang membuatkan hatinya resah. Isaac belum pulang, dan naluri Ayla memberitahunya bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi.

Jam di dinding berdetik perlahan, setiap detiknya seolah-olah menghukum Ayla dengan rasa bimbang yang semakin menekan. Pintu bilik tiba-tiba terkuak, dan Isaac melangkah masuk dengan wajah yang kelihatan penat, namun kali ini ada sesuatu yang lebih gelap dalam pandangannya. Sesuatu yang membuatkan Ayla merasa seram.

"Awak belum tidur?" Suara Isaac kedengaran serak, seperti seseorang yang baru sahaja bangun dari mimpi buruk.

Ayla menggeleng, cuba mencari kata-kata yang tepat untuk memulakan perbualan, namun sebelum dia sempat bersuara, Isaac melangkah lebih dekat, menyentuh pipinya dengan tangan yang keras.

"Awak tunggu saya balik?" Nada Isaac seperti mengejek, senyuman sinis terukir di bibirnya.

Ayla mengangguk perlahan, cuba menahan perasaan takut yang semakin mencengkam. "Saya bimbangkan abang. Awak tak balik lambat macam ni sebelum ni."

Isaac mendengus kecil, senyumannya makin lebar, tetapi kali ini penuh dengan kejam. "Awak bimbang? Untuk apa? Awak tak perlu tahu saya kat mana atau buat apa. Itu urusan saya."

"A-aba... abang, saya cuma.."

Sebelum Ayla sempat menghabiskan kata-katanya, Isaac sudah mencengkam lengannya dengan kasar, membuatkan Ayla tersentak. "Jangan banyak soal, Ayla. Saya tak suka isteri yang terlalu sibuk nak tahu urusan suami. Awak faham?"

Ayla merasakan cengkamannya semakin kuat, rasa sakit mula menjalar di lengannya. Air matanya menitis tanpa henti, namun dia tetap cuba mengangguk. "F-faham, abang. Saya... saya minta maaf."

Isaac melepaskan cengkamannya dengan kasar, membuatkan Ayla hampir terjatuh. Dia merenung wajah Ayla yang kini dipenuhi dengan air mata, tetapi tidak ada rasa simpati di wajahnya. Sebaliknya, hanya ada dingin yang menyakitkan.

"Kalau awak nak jadi isteri yang baik, awak buat saja apa yang saya suruh. Jangan campur urusan saya. Saya tak perlukan awak untuk kawal hidup saya, faham?" Suara Isaac bergetar dengan kemarahan yang terpendam.

Ayla hanya mampu mengangguk, hatinya hancur melihat suaminya yang dahulu penuh dengan cinta kini berubah menjadi monster yang menakutkan. "Saya cuma nak abang bahagia...," bisiknya dalam tangisan.

Isaac ketawa kecil, namun ketawanya penuh dengan sinis. "Bahagia? Awak fikir awak boleh buat saya bahagia? Jangan mimpi, Ayla. Hidup saya dah cukup rumit tanpa awak masuk campur."

Ayla hanya mampu memandang Isaac yang kini membelakangkannya, berjalan keluar dari bilik dengan langkah yang tegas. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada lelaki yang dia cintai. Isaac yang penuh kasih sayang kini menjadi bayangan gelap yang menghantui setiap langkahnya. Cinta mereka yang dulu indah kini sudah menjadi mimpi ngeri yang sukar untuk dibayangkan.

Di dalam kesunyian malam itu, Ayla akhirnya memahami bahawa Isaac yang dulu tidak akan kembali lagi. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki yang kejam, yang sanggup menghancurkan hatinya demi kepuasan diri sendiri.

Bayangan Dusta Where stories live. Discover now