BAB 1

796 36 0
                                    

Skrin telefon yang dibuka terlebih dahulu sebelum ditatap lama bersama perasaan yang bercampur baur. Foto sewaktu mereka baru sahaja diijabkabulkan menjadi pilihan Asyraf untuk dia letakkan sebagai gambar latar telefonnya.

5 Oktober, tarikh di mana Muhammad Laith Asyraf bin Ihsan melafazkan akad nikah ke atas Airis Nur Farhah binti Zahin dan menerima wanita itu sebagai pendamping hidup sehingga akhir hayatnya.

"Isteri abang nak tahu sesuatu tak? Esok hari pertama bulan Ramadan. Ramadan yang pertama buat anak kita, sayang." Monolog Asyraf sendirian di atas birai katil.

"Tahun lepas sayang ada dengan abang masa hari pertama puasa. Tapi tahun ni, Cuma ada abang dan Adriez je."

Cecair jernih mula bertakung di tubir matanya. Pandangan matanya kian menjadi kabur akibat cecair jernih tersebut.

"Sayang mesti gembirakan sebab dapat sambut bulan Ramadan dan Syawal sama-sama dengan mama tahun ni." Suaranya berubah menjadi serak apabila momen di mana isterinya menangis kesedihan kerana tidak dapat menyambut bulan Ramadan dan Syawal bersama ibunya bermain di mindanya.

Tetapi tahun ini, tahun pertama bagi Muhammad Laith Asyraf untuk menyambut bulan-bulan yang mulia bersama anak lelakinya, Muhammad Adriez Fahd tanpa isterinya di sisi.

Pergerakan di atas katil menarik perhatian Asyraf. Adriez yang tadinya sedang diulit mimpi kini sudah mencelikkan matanya.

Asyraf mendekati anak lelakinya yang baru berusia satu tahun itu. Adriez masih kekal baring di tempat yang sama di atas katil empuk itu sambil menggosok lembut matanya.

"Assalamualaikum anak soleh papa," ucapnya apabila tubuhnya sudah rapat dengan tubuh anak kecil itu.

Sudah menjadi rutin sehariannya untuk mengucapkan salam sebelum dan selepas tidurnya Adriez.

"Pap... pa." Adriez melingkarkan tangan-tangan kecilnya di leher Asyraf apabila haruman daripada papanya itu menerobos masuk ke dalam rongga pernafasannya.

Bibir Asyraf mengukirkan senyuman apabila mendengar panggilan manja daripada anaknya sebelum dia mengucup lembut dahi Adriez.

Asyraf merapatkan jarak bibirnya dengan telinga Adriez untuk membacakan doa bangun tidur buat anaknya.

"Alhamdulilahilladzi ahyaana ba'da maa amatana wailaihi nusyur." Asyraf membisikan kalimat suci itu ke telinga anaknya.

Asyraf menatap ke dalam anak mata Adriez dengan pandangan yang penuh dengan kasih dan sayang sambil mengusap lembut bahagian ubun-ubun anaknya.

"Hari ini Adriez tinggal dengan nenek dulu. Papa nak pergi work sekejap. Petang nanti kita jumpa, okay?" Asyraf seakan memujuk dirinya agar dia dapat merelakan untuk berpisah dengan Adriez hanya untuk beberapa jam.

Kedua mata Adriez berkedip perlahan memandang wajah papanya bersama wajahnya yang polos membuatkan Asyraf mengucup dahi anaknya sekali lagi.

"Atta... ta ta ta..." Adriez memberikan respon apabila bibir lembut papanya singgah ke dahinya.

"Papa sayang anak papa," ucap Asyraf tulus membuatkan air matanya bergenang sekali lagi.

Acap kali dia melihat wajah sang anak membuatkan wajah isterinya muncul kembali di mindanya.

Raut wajah Adriez yang persis seperti mamanya yang berada di syurga Allah SWT. Matanya yang bulat, kornea mata yang berwarna coklat gelap, bibir kemerahan yang mungil, bentuk alis kening yang teratur. Hanya bentuk hidungnya yang mancung sahaja yang diwarisi daripada Asyraf.

"Papa rindu mama, sayang. Kenapa mama terlalu cepat tinggalkan papa dalam keadaan papa tak bersedia untuk kehilangan dia. Hati papa sakit sangat," luahnya sebak.

Tanpa Asyraf sedari, air matanya jatuh membasahi pipi

Semenjak Airis pergi meninggalkannya, dia sudah takut dengan perkataan kehilangan. Dia sudah serik untuk merasakan kehilangan buat kali ketiga.

Kali pertama di mana Encik Ihsan menghembuskan nafasnya akibat serangan jantung dan Asyraf tidak sempat untuk berada di sisi abinya buat kali yang terakhir sebelum abinya menghembuskan nafas yang terakhir.

Dan kini, dia merasakan kembali sakit kehilangan orang yang paling dia cintai buat kali keduanya, iaitu kehilangan wanita yang paling dia cintai selepas ibunya sendiri, iaitu Airis Nur Farhah.

Pada saat adik sahabat baiknya itu meluahkan perasaannya buat kali yang pertama, dan pada saat itu juga dia menolak gadis itu atas sebab telah menganggap gadis tersebut seperti adik sendiri.

Namun siapa sangka aturan Allah SWT yang sangat indah itu telah membuatkan dia sedar bahawa hatinya sudah lama terpaut pada gadis yang telah dia anggap seperti adiknya sendiri.

Selepas 18 tahun berkenalan, akhirnya disatukan menjadi satu pasangan suami isteri yang sah.

Bermula dari adik sahabat baik dan berakhir menjadi bidadari syruganya. 

LA's: His Precious 2Where stories live. Discover now