Usai menunaikan solat fardhu subuh, Asyraf menapak perlahan ke arah balkoni yang terletak di luar bilik tidurnya. Udara segar dihirup sambil memejam erat matanya.
Dia melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang sedia ada di balkoni tersebut sambil menikmati pemandangan matahari terbit di hadapannya.
Bibirnya mulai melakarkan senyuman apabila terkenang akan isterinya yang gemar dengan pemandangan indah seperti matahari terbit dan terbenam.
"Cantikkan sunrise tu, abang?"
Pantas Asyraf menolehkan kepalanya ke arah pemilik suara lunak tersebut. Sekali lagi bibirnya mengukirkan senyuman melihat wajah berseri itu.
"Cantik. Macam isteri abang," puji Asyraf sambil matanya masih lagi menatap wajah cantik Airis.
Airis tersenyum manis mendengar pujian ikhlas dari suaminya.
Selepas puas menikmati pemandangan matahari terbit itu, Airis menolehkan kepalanya untuk membalas pandangan sang suami.
"Selamat menyambut bulan ramadan, syurgaku. Jangan ponteng puasa tau. Nanti sayang merajuk dengan abang." Ucapan yang berbaur dengan ugutan itu membuatkan ketawa kecil Asyraf terletus.
Asyraf tidak bersuara. Dia hanya membiarkan Airis berkata-kata sementara dia merenung wajah itu dengan penuh kasih untuk dia melepaskan rasa rindu.
"Abang..."
"Ya sayang?" sahut Asyraf.
Airis memusingkan batang tubuhnya untuk menghadap Asyraf sebelum dia melutut di hadapan lelaki itu.
"Abang sayang Airis tak?" Soal Airis sambil kedua tanganya menggenggam erat tangan Asyraf. Kedua anak matanya merenung ke dalam mata suaminya.
Asyraf mengangguk.
"Mestilah sayang," jawabnya saat dadanya semakin dihurung rasa sebak apabila Airis menanyakan soalan itu.
Rasa cinta dan sayangnya pada Airis Nur Farhah tidak berubah dan tidak berkurang sedikit pun semenjak wanita kesayangnnya itu pergi meninggalkannya setahun yang lalu.
Bibir merah Airis mengherot membentuk senyum yang manis apabila mendengar pengakuan dari Asyraf sendiri.
"Kalau sayang... janganlah macam ni lama-lama. Sayang tak nak tengok abang macam ni. Sayang tak sukalah," luah Airis sebelum dia mengeluarkan cebikan bibirnya. Salah satu taktiknya untuk membuatkan suaminya lemah melihatnya.
"Abang bukan tak redha, tapi abang rindu. Terlalu rindukan sayang."
"Kalau abang rindukan sayang, macam-macam abang boleh buat untuk lepaskan rindu abang tu. Contohnya, peluk cium Adriez, tengok sunrise dan sunsert, makan lamb chop ke atau lawat pusara sayang." Airis memberikan cadangan.
Asyraf berfikir sejenak. Terasa sudah lama dia tidak melawat pusara isterinya padahal baru minggu lepas dia menjejakkan kaki di tanah perkuburan itu.
"Nanti abang lawat sayang ya. Sayang rindu abang dengan Adriez." Pesan Airis buat kali yang terakhir sebelum bayangannya hilang secara perlahan.
"Sayang, jangan pergi dulu." Baru dia hendak menghalang isterinya dari pergi, bayangan Airis sudah hilang sepenuhnya.
Asyraf mencelikkan matanya luas. Baru dia sedar bahawa semua itu hanyalah mimpi. Airis hanya singgah ke mimpinya.
"Allahuakbar." Tangan diraupkan ke muka sambil mengucap.
Matahari yang terbit tadi sudah naik menerangi langit bumi.
"Pap... pa," panggil Adriez sambil menepuk lembut paha Asyraf.
Segera Asyraf menolehkan kepalanya ke arah Adriez yang berdiri di samping kerusi kayu yang dia duduki saat ini.
"Sayang papa..." wajahnya kembali tersenyum apabila wajah suci sang anak yang sudah memenuhi pemandangan matanya.
"Come." Dia menyelitkan kedua tangannya di celah ketiak Adriez sebelum mengangkat tubuh kecil itu ke pangkuannya.
Bibirnya singgah di kedua belah pipi Adriez terlebih dahulu sebelum ke bahagian dahi anaknya untuk dikucup lama.
"Papa minta maaf sebab tak ada dekat sebelah Adriez masa Adriez bangun tadi," ucapnya dengan rasa bersalah. Mujur sahaja anaknya tidak menangis tadi sewaktu bangun tidur kerana ketiadaan dirinya di sisi.
Kepala anaknya diusap sayang saat Adriez sibuk menikmati pemandangan di hadapannya.
Tiba-tiba Asyraf teringat akan pesan Airis sewaktu isterinya singgah masuk ke dalam mimpinya untuk meminta dia dan anak mereka melawat pusaranya.
"Muhammad Adriez Fahd..." panggil Asyraf lembut sambil mengusap bahagian belakang anak lelakinya. Dia memang gemar memanggil Adriez dengan menggunakan nama penuh.
Lantas Adriez menolehkan kepalanya ke arah Asyraf sebaik mendengar nama penuhnya dipanggil.
"Kita mandi, jom? Papa nak bawa Adriez pergi ke suatu tempat yang special."
Mendengar sahaja perkataan mandi meniti di bibir papanya membuatkan anak kecil itu teruja.
Asyraf mendukung tubuh kecil Adriez untuk masuk semula ke dalam bilik tidur kerana sebentar lagi mereka berdua akan bergerak melawat pusara Airis.
YOU ARE READING
LA's: His Precious 2
Romance[SEQUEL LA'S: HIS PRECIOUS] Tidak mudah bagi seorang yang bernama Muhammad Laith Asyraf yang hidup sebagai bapa tunggal selepas isterinya, Airis Nur Farhah pergi meninggalkannya setahun yang lalu. "Papa bukanlah seseorang yang sempurna, malah jauh d...