Puan Suraya memandang sekilas saat dia berjalan melalui pintu bilik utama milik Asyraf dan Adriez untuk mengejutkan anak bongsunya, Lutfiyah Amira.
Sememangnya Asyraf sendiri yang meminta ibu dan adik bongsunya untuk tinggal bersama atas faktor masa bekerja Asyraf yang tidak menentu sehingga menyukarkan dirinya untuk menghantar Adriez ke rumah Puan Suraya.
Tok! Tok! Tok!
"Asyraf..." Puan Suraya memanggil nama anak sulungnya seraya dengan mengetuk daun pintu kayu berwarna coklat gelap itu.
"Asyraf..."
Namun tiada sebarang jawapan yang Puan Suraya diterima dari dalam bilik tidur anak sulungnya itu.
Puan Suraya mendekati pintu bilik tidur Asyraf sebelum dia mencuba untuk memusingkan tombol pintu tersebut. Mujur sahaja anak sulungnya tidak mengunci pintu itu dari dalam.
"Asyraf..." Puan Suraya melangkah masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang terang benderang itu. Semenjak hadirnya Adriez Fahd dalam hidup Asyraf, lelaki itu sudah terbiasa tidur dengan keadaan bilik yang lampunya sentiasa terbuk.a
Puan Suraya memandang Adriez yang sedang tidur dengan berbantalkan lengan sasa milik papanya sambil memegang cuping telinga kanan Asyraf.
Persis seperti Airis yang mengidam ingin menggentel cuping telinga suaminya ketika dia sedang membawa Adriez di dalam perut.
"Asyraf, bangun nak," panggil Puan Suraya dalam nada yang lembut dan perlahan sambil memukul lembut lengan Asyraf untuk mengejutkan anaknya dari lenanya.
Jeda. Tiada sebarang respon yang ditunjukkan oleh Asyraf.
"Asyraf, bangun. Kita sahur sama-sama," panggil Puan Suraya buat kali kedua.
Akhirnya Asyraf membuka matanya perlahan menandakan dia sudah terjaga dari lenanya. Kepalanya ditoleh ke arah kanan selepas sedar kelibat seseorang di sampingnya.
Matanya mulai mengecil untuk melihat kelibat seseorang itu sebelum dia menggosok lembut matanya.
"Sa... sayang?" Tersekat-sekat dia memanggil nama panggilan itu.
Susuk tubuh isterinya menghiasi ruangan matanya membuatkan Asyraf seakan tidak percaya. Isterinya yang sudah pergi meninggalkannya kini kembali kepadanya.
"Abang, bangunlah. Kita sahur sama-sama," kata Airis lembut bersama senyuman kecil yang sudah menghiasi bibirnya sejak tadi lagi.
Asyraf terkedu. Bibirnya seakan terkunci saat dia melihat bidadari syurganya di hadapan matanya.
"Sayang..." Suara Asyraf kedengaran bergetar memanggil nama itu. Dadanya semakin dihurung rasa sebak.
"Ya abang. Ini Airis, isteri abang," sahut Airis sebelum dia mengambil tempat di birai katil mereka berdua.
Asyraf bangun dengan perlahan saat Airis menghampiri dirinya.
Wajah Airis yang tersenyum dan putih berseri-seri. Jubah putih yang dipakainya menaikkan lagi seri di wajahnya manakala rambut dilepaskan sehingga ke paras bahu.
Bibir merah Airis mengukirkan senyuman nipis apabila tangan kekar milik suaminya naik mengusap pipinya.
"Isteri abang pergi mana selama ni? Separuh mati abang rindukan sayang," luah Asyraf sambil mengusap pipi isterinya dengan penuh kasih.
Air matanya mulai memenuhi tubir mata. Bila-bila masa sahaja, cecair jernih itu akan turun membasahi pipinya.
"Mana ada sayang pergj mana-mana. Sayang ada je dekat sini. Cuma abang yang tak nampak." Balas Airis. Tangan Asyraf yang sedang mengusap pipinya diambil sebelum digenggam erat.
YOU ARE READING
LA's: His Precious 2
Romance[SEQUEL LA'S: HIS PRECIOUS] Tidak mudah bagi seorang yang bernama Muhammad Laith Asyraf yang hidup sebagai bapa tunggal selepas isterinya, Airis Nur Farhah pergi meninggalkannya setahun yang lalu. "Papa bukanlah seseorang yang sempurna, malah jauh d...