BAB 9

39 8 0
                                    

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan yang bertubi-tubi yang berpunca dari lapang sasar kem tentera tempat di mana Asyraf bertugas sedikit pun tidak membuatkan jejaka tinggi lampai itu berganjak.

Kedua matanya yang dilindungi oleh kaca mata hitam sibuk memerhati prebet-prebet yang sedang sibuk berlatih menembak seperti di dalam jadual mereka.

Meskipun jasadnya terpacak di lapang sasar ini, namun mindanya melayang kerana sedang memikirkan hasrat Puan Suraya semalam.

"Eh tapi kan..." Bahu Luqman ditepuk lembut. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Luqman di awal perbualan mereka tadi.

"Apa?"

"Ibu mengadu apa dekat kau? Kau tak cakap habis lagi tadi." Soal Asyraf yang masih lagi ingin tahu.

Luqman diam membisu seketika.

"Err..." Dia juga turut mati kata.

Adakah abangnya itu patut tahu tentang hasrat ibu mereka yang diluahkan padanya tempoh hari?

"Luqman..." panggil Asyraf sambil memandang tepat ke arah adiknya yang diam seribu itu.

"Ibu mengadu apa dekat kau? Dia mengadu pasal aku ke?" Soalnya bertubi-tubi.

Tangan Luqman naik menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Terpancar rasa serba salah di sebalik senyum yang dia berikan kepada abangnya.

"Luqman Adham..." panggilnya berderet. Kesabarannya kian menipis apabila melihat Luqman bertindak untuk diam tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Mesti ibu mengadu pasal aku kan? Kalau tak, tak adanya kau diam macam ni." Teka Asyraf. Nada suara yang digunakan sudah tidak selembut tadi.

Baru sahaja Luqman ingin bersuara, satu suara sudah menyampuk terlebih dahulu.

"Betullah tu. Ibu ada mengadu pasal kamu dekat Luqman." Puan Suraya mengatur Langkah untuk mendekati kedua anak lelakinya itu.

"Kenapa pula? Asyraf ada buat apa-apa kesalahan ke?" soal Asyraf tidak berpuas hati.

Puan Suraya melabuhkan diri di atas sofa yang bertentangan dengan sofa yang diduduki oleh Asyraf dan Luqman.

"Asyraf tak ada buat salah pun. Cuma ibu..."

"Cuma apa ibu?" potong Asyraf.

Puan Suraya menarik dalam nafas sebelum menyuarakan hasratnya di hadapan anak sulungnya.

Jantung Asyraf sudah semakin berdegup kencang menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut ibunya.

"Ibu nak kenalkan kamu dengan anak Aunty Melur," ujar Puan Suraya senafas.

Mata Asyraf terbuntang luas mendengar nama yang disebutkan oleh Puan Suraya sebentar tadi. Sudah semestinya anak Puan Melur yang dimaksudkan oleh ibunya itu ialah Haura Sofea.

"Untuk apa?" soalnya dalam nada yang sedikit menaik.

"Untuk jadikan dia sebagai isteri kamu."

"Ibu... Asyraf tak naklah. Kenapa ibu buat keputusan tanpa berbincang dengan Asyraf dulu." Asyraf sudah mulai merungut.

"Eh kamu ni. Mana ada ibu buat keputusan tanpa berbincang dengan kamu dulu. Buktinya, Aunty Melur belum tahu lagi pasal ni," bidas Puan Suraya.

Riak wajah Asyraf berubah. Hatinya belum lagi terbuka untuk menerima mana-mana wanita di dalam hidupnya.

"Asyraf..." Ingin membantah, tapi mulutnya seakan terkunci.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 6 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LA's: His Precious 2Where stories live. Discover now