BAB 8

30 7 1
                                    

Luqman memandang hairan ke arah abangnya yang kelihatan seperti sedang gundah-gulana. Kakinya bergetar manakala giginya sudah menggigit hujung ibu jarinya.

"Kau kenapa bang? Gelisah semacam je aku tengok," tegur Luqman.

Mereka duduk bersama-sama di ruang tamu rumah Asyraf sementara menunggu Puan Suraya, Ireen dan Amira menyediakan juadah berbuka puasa.

"Aku rasa ibu marah dengan aku." Gigitan di ibu jari dilepaskan. Wajah hairan Luqman dipandang.

"Marah? Marah kenapa? Kau buat apa sampai ibu marah dekat kau?" Soalan bertubi-tubi diberikan.

Mulut Asyraf terkunci.

Sudah empat hari berlalu semenjak Asyraf dan Puan Suraya berlawan mulut hanya disebabkan tentang mencari pengganti arwah isterinya.

Hati semakin menjadi tidak tenteram apabila ibunya sering kali mengelak untuk bertemu empat mata dengannya.

Melihat abangnya terus diam, Luqman seperti sudah dapat mengagak punca pergaduhan di antara Asyraf dan Puan Suraya.

"Sebab ibu suruh kau cari pengganti arwah Airis ke?" Tekaan Luqman membuatkan Asyraf membuntangkan mata.

"Macam mana kau tahu?"

"Ibu mengadu dengan aku hari tu," maklum Luqman.

"Ibu cakap apa?" Rasa ingin tahunya semakin membuak-buak.

Luqman mengengsot ke kiri untuk merapatkan jaraknya dengan Asyraf. Dengan melihat perbuatan adiknya itu membuatkan jantung Asyraf semakin berdegup kencang.

Luqman memerhati keadaan sekeliling terlebih dahulu sebelum merapatkan lagi jarak dengan Asyraf sehingga tiada lagi ruang di antara mereka.

Risau kalau-kalau Puan Suraya dapat mendengar perbualan mereka.

"Ibu cakap yang kau..." Luqman mula bersuara dalam nada yang berbisik. Hanya dia dan Asyraf sahaja yang dapat mendengar suaranya.

Tidak cukup dengan lutut mereka yang sudah bertemu, jarak di antara kepala mereka pula dirapatkan.

"...sebenarnya anak angkat yang dikutip dari tepi tong sampah."

Serta merta Asyraf mencipta jarak di antara mereka sebelum dia bertindak untuk mencengkam kuat rambut Luqman dan menarik kepala adiknya ke belakang.

"Sakitlah!" Luqman mengadu kesakitan sambil dia berusaha untuk menarik tangan Asyraf dari terus menarik rambutnya.

"Lain kali orang tanya tu, jawablah betul-betul. Kau makan ni," bidas Asyraf sambil menguatkan lagi cengkamannya.

"Argh! Sakitlah bab—"

"Bab apa? Makilah lagi. Biar puasa kau hari ni jadi sia-sia je," omel Asyraf.

Kesakitan akibat rambutnya ditarik kuat oleh Asyraf membuatkan Luqman sudah tidak dapat menampung ia.

"Aku minta maaf. Aku yang salah."

Selepas adiknya mengaku kesalahan yang dia buat, akhirnya Asyraf melepaskan cengkaman.

Luqman mengusap kepalanya sendiri sambil meringis kesakitan.

"Sakit tak?" Melihat Luqman seperti masih lagi dalam kesakitan membuatkan Asyraf berasa sedikit risau dan serba salah.

Perlahan, Luqman mengangguk. Kesakitan yang dialami sudah beransur pulih.

"Sorry." Ucap Asyraf perlahan.

"Sebenarnya aku rindu nak bergurau senda dengan kau macam dulu," luah Luqman dalam wajah yang redup.

LA's: His Precious 2Where stories live. Discover now